Saturday 8 January 2011

Jom Wakaf (Pelaburan Akhirat)

Welcome to Surau Syaidina Umar Al-Khattab Bandar Seri Putra (Jom berWAQAF)
Nombor akaun BIMB: 12-038-01-004110-9 (Majlis Agama Islam Selangor)


"Bandingan (pahala) orang-orang yang membelanjakan harta mereka (termasuk wakaf) pada jalan Allah seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan 7 tangkai dan tiap2 tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan Allah melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Mala Luas (KurniaanNya) lagi Maha Mengetahui." (Surah Al-Baqarah: 261)

Surau Saidina Umar Al-Khattab yang sedang dalam pembinaan sekarang terletak di Bandar Seri Putra iaitu di Jalan Seri Putra 2/4 di sebelah Taman Permainan Kanak-kanak Fasa 7. Kos keseluruhan pembinaan surau ini dianggarkan sebanyak RM790,000.00, walaubagaimanapun sumbangan sehingga 31 Disember 2010 masih di tahap yang sangat rendah. Sehubungan dengan itu, AJK surau menjemput muslimin dan muslimat untuk menyertai skim waqaf yang telah ditubuhkan melalui akaun Majlis Agama Islam Selangor. Penyertaan waqaf dikecualikan cukai.

Nombor akaun BIMB: 12-038-01-004110-9 (Majlis Agama Islam Selangor)

Maklumat nombor rujukan deposit sangat diperlukan bagi membolehkan wang sumbangan dikeluarkan daripada akaun tersebut bagi tujuan pembinaan surau.

Bagi membolehkan resit dikeluarkan, sila emelkan maklumat nama, no K/P, alamat rumah, amaun yang dimasukkan ke bank beserta nombor rujukan deposit ke emel surausyaidinaumar@yahoo.com atau ke emel mdhisyamuddin @yahoo.com.

Ayuh sahabat2, semoga rezeki pemberiaanNya lebih diberkati dengan sedikit sumbangan ini.Seseungguhnya Allah sebaik2 penilai =)

No comments:

Kata-kata motivasi

Untuk memperbaiki manusia, baiki HATInya, untuk membaiki hati manusia, baiki dahulu SOLATnya.

Jadi Agen Kebaikkan sedari awal pagi

Islamic Calendar

Followers

Temujanji dgn ALLAH

noormunirahaab.blogspot.com. Powered by Blogger.
banner 1 banner 2