Thursday 19 May 2011

Rabun atau buta al-quran

Rabun atau buta al-Quran


Rabun atau buta al-Quran

Situasi 1
Suatu pagi, saya memegang sehelai kertas yang tertulis indah ayat-ayat Allah dan tulisan jawi. Datang seorang kenalan bertanyakan “kertas apa tuh?”. Dia tersenyum melihat kertas itu, dan dengan penuh jujur dan ikhlas mengaku “saya sebenarnya tidak pandai baca jawi dan lansung tidak mengenal huruf-huruf jawi”. Saya tersentak….tidak sangka masih ada orang tidak tahu huruf-huruf basic Al-quran, apetah lagi membaca dan mengerti Al-Quran. Sesungguhnya, selama ini memang saya tidak biasa bertemu dengan mereka yang tidak pandai membaca al-Quran. Mungkin tidak menyedari…
Hari itu membuatkan saya benar-benar tersedar realiti sebenar umat islam hari ini. Ada hikmah perbualan kami pagi itu. Lantas, dia terus berminat untuk mempelajari huruf-huruf basic Al-Quran dan meminta saya mengajarnya. Sambil mengajar, datang seorang lagi kenalan menyatakan “saya pun tak tahu membaca tulisan jawi”.  Inilah realiti sebenar masyarakat hari ini…

***
Situasi 2
Lokasinya berlaku dalam Eye Refraction Room (Bilik Pemeriksaan Mata). Datang seorang lelaki pertengahan 60-an menjalani pemeriksaan mata. Usai pemeriksaan tahap penglihatan jauh, saya teruskan dengan tahap penglihatan dekat (rabun dekat atau presbyopia yang biasanya dialami mereka yang berusia 40 tahun ke atas). Biasanya target bacaan yang saya gunakan ialah  tampalan surat khabar atau petikan dalam tulisan jawi dan ayat al-quran pelbagai saiz. Ia sangat membantu untuk mereka yang buta huruf rumi. Namun, pakcik tadi dengan selambanya mengaku “ pakcik tak pandai baca quran”.luluh hati mendengarnya…

***

Kedua-dua situasi di atas megambarkan realiti sebenar keadaan masyarakat kita, MASIH ada yang tidak mengenal,mengerti dan memahami  huruf dan bacaan al-Quran. Mungkin dalam situasi ini mereka boleh dikategorikan sebagai Buta Al-Quran. Namun, mungkin tidak keterlaluan untuk mengatakan, masih ramai dalam masyarakat kita yang rabun Al-quran. Ya ke? Ini cuma berdasarkan pemerhatian sekeliling….

Rabun atau buta al-Quran?
Rabun dalam bahasa optometri boleh didefinisikan sebagai tahap penglihatan yang kurang (kabur) manakala buta ialah HILANG tahap penglihatan secara separa atau keseluruhan(partial or total loss of vision).  Bukanlah untuk membahaskan definisi rabun atau buta, namun istilah-istilah ini boleh dipinjam untuk mengambarkan isu ini.

Yang saya maksudkan dengan rabun al-quran ialah seseoarang itu tahu mengenal huruf dan tahu membacanya dengan lancar, namun pemahaman dan penghayatannya kurang. Cukup sekadar membaca Al-Quran, tanpa memahami isi kandungannya.  Sesungguhnya Al-quran itu bukanlah sekadar pusaka peninggalan Rasulullah semata-mata, ia ditinggalkan supaya manusia dapat mempelajari, menghayati  dan seterusnya mengamalkan segala isi kandungannya.

Tulisan ini bukanlah untuk menuduh apatah lagi mengata bahawa ramai dikategorikan sebagai rabun al-quran. Ia sekadar peringatan untuk kita semua termasuklah diri saya sendiri. Kerana nikmat Allah itu sungguh luas yang membenarkan kita untuk mempelajari al-Quran. Nikmat MASA, MELIHAT, MENDENGAR yang dikurniakanNYA sangat berharga. Bayangkan nikmat2 ini ditarik secara sekelip mata, alangkah ruginya kita sebagai HAMBA dan KHALIFAH di muka bumi ini, tidak dapat mengambil pengajaran daripada kitab panduan yang satu itu. Dua minggu lepas, seorang kawan telah terlibat dalam kemalangan. Kemalangan itu tidak menglibatkan orang sekeliling, cuma melibatkan dia yang bermotosikal yang terlanggar lampu isyarat. ‘Kebiasaannya’, kemalangan sebegini hanya menyebabkan cedera ringan atau luka-luka. Namun, ketentuan Allah itu lebih utama, mata kanannya telah mengalami pendarahan teruk dan tidak lagi berfungsi dengan baik. Sekarang ini dia hanya boleh melihat dengan bantuan mata kiri. Pengajaranya, nikmat Allah itu boleh ditarik bila-bila masa. Bersyukur kepadaNya, nikmat-nikmat itu masih indah terpelihara pada diri kita, dan seharusnya kita menjaga dan memaksimumkan kelebihan ini untuk mencapai redhaNya.

Kefahaman yang tepat dan mendalam terhadap isi kandungan al-Quran akan menjadikan seseorang hamba itu bertambah teguh keimanannya kepada Allah SWT. Dr. 'Aid Ibn Abdullah Al Qarni mengatakan: "Seseorang itu tidak dianggap membaca al-Quran jika tidak menghayati (tadabbur) apa yang dibacanya kerana tadabbur merupakan sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia. Tadabbur melahirkan iman, menanamkan keikhlasan dalam hati dan memberikan ruang dan dapatan ilmu kepada manusia tentang ketauhidan. Keyakinan dan keutuhan seseorang itu kepada Allah SWT akan semakin bertambah cantik sekiranya menghayati setiap untaian kalam Allah SWT". (Sejenak Bersama Hidangan Al-Quran)

***

Hargai Nikmat Masa
Sesibuk mana pun kita bekerja, sebanyak mana pun kita menuntut ilmu, Al-Quran mestilah dibaca, difahami dan dihayati (tadabbur). Luangkan masa kita untuk itu. Bukan dibaca mengikut musim terutamanya di bulan Ramadhan. Bulan-bulan lain kitab panduan itu sepi berhabuk di atas almari. Auzubillah..Bukankah Allah telah nyatakan, Al-Quran ialah kitab panduan hidup teragung, bagaimana mungkin kita mampu melakukan sesuatu pekerjaan ataupun mampu membuat keputusan dengan baik kalau bukan kalam Allah ini dirujuk. Trend kini, ‘I sibuk keje la, balik keje penat, terus tidur’,atau ‘ mane ada masa nak baca al-quran,awal-awal pagi dah kuar keje, balik I nk spend masa dgn family plak, mase I penuh’ atau ‘tengoklah, kalau ada masa saya bacalah al-quran” ataupun paling biasa sekali  dengar“ pas balik keje, sembahyang, then main facebook plak, tak sabar nk update status,huu~~”atau 1001 macam alasan lagi. Belajar sibuk cara belajar, kerja sibuk cara kerja, duniawi mestilah diseimbangkan dengan ukhrawi.

Allah SWT berfirman maksudnya: “Orang-orang yang telah Kami turunkan Kitab kepadanya, mereka membaca dengan bacaan yang sebenarnya, mereka itulah yang beriman dengan kitab itu: dan sesiapa yang mengingkarinya, mereka itulah orang yang rugi.” (Al-Baqarah:121)
Semoga kita tergolong di antara orang-orang yang sentiasa diberikan kesempatan untuk membaca dan menghayati Al-Quran dan seterusnya diamalkan dalam segenap kehidupan. Hargai mereka yang disekeliling yang mungkin tidak tahu membaca dan tidak lancar bacaannya. Mungkin ANDA berperanan disitu untuk membantu mereka, insyaAllah.=D

**

-Merindui zaman kampus. Inisiatif biro Da’wah & Tarbiyyah kulliyyah society mewujudkan kumpulan kecil untuk membaca al-quran bersama sahabat-sahabat. Sebarang kesalahan bacaan dan tajwid akan ditegur dengan penuh hemah oleh yang lebih pakar. Credit to allJ

-Dan hari ini hari jumaat, antara perkara sunat yang digalakkan melakukanya ialah membaca surah al-kahfi. Sama-sama luangkan masa untuk membaca dan menghayatinya J
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antara kedua-dua Jumaat berkenaan." (Riwayat Al-Hakim Dan Al-Baihaqi)


Celik Mata, Celik Jiwa
||Cahaya Yang Menerangi||;)
-muni_Aab-




Wednesday 4 May 2011

Lirik Cahaya Hati by Opick

Allah engkau dekat penuh kasih sayang

Takkan pernah engkau biarkan hamba-Mu menangis
Karna kemurahan-Mu
Karna kasih sayang-Mu

Hanya bila diri-Mu
Ingin nyatakan cinta
Pada jiwa yang rela dia kekasih-Mu
Kau selalu terjaga yang memberi segala

Reff:
Allah Rahman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi
Allah Rohman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi

Di setiap nafas di segala waktu
Semua bersujud memuji memuja asma-Mu
Kau yang selalu terjaga yang memberi segala

Back to Reff:

Setiap mahluk bergantung pada-Mu
Dan bersujud semesta untuk-Mu
Setiap wajah mendamba cinta-Mu cahaya-Mu

Back to Reff:

Yaa Allah Ya Rahman
Yaa Allah Yaa Alllah Yaa Allah
Ya Nurul Qolbi
Yaa Allah


Kata-kata motivasi

Untuk memperbaiki manusia, baiki HATInya, untuk membaiki hati manusia, baiki dahulu SOLATnya.

Jadi Agen Kebaikkan sedari awal pagi

Islamic Calendar

Followers

Temujanji dgn ALLAH

noormunirahaab.blogspot.com. Powered by Blogger.
banner 1 banner 2