Wednesday 31 August 2011

Pre- & Pasca- Ramadhan

Berlalunya Ramadhan kareem.
Gambar hiasan : Antara dua, kita yang mana?

Situasinya...
Beberapa hari menghampiri ramadhan:
"esok luse dah nak puasa, aku nak berubah, nak pi terawih, solat sunat, baca quran banyak-banyak, kalo boleh satu al-quran aku nak abiskan..bla.bla.bla...."detik seseorang.

Ada juga yang kedengaran di telinga
"bulan puasa nak mula sembanhyang la"...erk, alhamdulillah

Bermacam-macam gayanya lagi.

Pokoknya, umat islam menjadikan Ramadhan itu sebagai bulan untuk memperelokkan penampilan, pergaulan serta ibadah. Madrasah untuk memulakan perubahan. Mereka berlumba-lumba untuk memperbanyak amal dan melakukan ibadah kerana Ramadhan bulan Rahmat dan keampunan.Solat berjemaah, solat sunat rawatib,solat sunat terawikh, membaca dan tadabur Al-quran, memperbanyak sedekah dan amal jariah & pelbagai amalan mulia lagi. Pendek kata, semuanya amalan yang menharapkan pahala dan redha dariNya.

Namun...
Selepas Ramadhan berlalu...
Apakah kita masih konsisten dalam melakukan amal ibadah dan menjaga kualiti ibadah seperti yang dilakukan ketika bulan Ramadhan. Ramai antara 'mereka'(mereka merujuk kita kepada umat manusia) yang 'kembali' pada kebiasaan. Pergaulan tidak diperhatikan lagi. Kualiti amal ibadah menurun.Solat sunat dikerjakan bila ada masa lebih, sedekah bila ada wang lebihan bulanan, Al-quran  cukup sekadar membaca tanpa mentadabur. Tanpa memahami nilai dan makna puasa sebenar, proses membentuk akhlak yang mulia dan menaik taraf tingkatan taqwa akan terbantut setelah Ramadhan menghilang.
Adakah kita melaksanakan segala amalan mulia di Bulan Ramadhan kerana Allah menjanjikan pahala berganda lantas bermalas-malasan di luar Ramadhan kerana Allah tidak melipatgandakan pahala??
Tepuk dada tanya iman kita...dimanakah kita tergolong?

Mereka yang benar-benar berjaya di madrasah Ramadhan ialah mereka yang berjaya mengaplikasikan apa yang dipelajari dan diamalkan 'disana' setelah bergraduasi dari madrasah ini. Ini bermakna, amalan-amalan mulia terus diamalkan secara konsisten pada 11 bulan selepas Ramadhan sehingga masuk kembali ke madrasah mulia ini untuk memperbaiki kualiti amal ibadah.

Akhir kalam,didoakan agar bulan Ramadhan sentiasa menjadi madrasah terbaik dalam membentuk akhlak dan meningkatkan taqwa bagi melahirkan mukmin dan mukmimah sejati. Jadilah hamba kepada Allah, bukannya hamba kepada Ramadhan...
Salam Aidilfitri. Hari untuk kembali kepada fitrah.....Semoga bertemu Ramadhan seterusnya ;)

||Cahaya Yang Menerangi||





Saturday 27 August 2011

7 sunnah penting, jom beramal denganya!


Salam, (ini adalah perkongsian daripada sahabi Nurhafizah bt Yaakob, semoga sentiasa dilimpahi rahmatNya)
Ihya Ramadhan Al Mubarakh
Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.
Kedua:
Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.
Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.
Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.
Keenam:
Jaga wudhuk terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhuk. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhuk senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".
Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua.

Sunday 21 August 2011

Berakhirnya kemewahan dunia

Sekadar renungan...
(Sumber: Maher Zain Malaysian Fan Club: Hazrul Syazwan. Cited from Prof Dr Muhaya)


1. Jangan bangga berkulit putih, kerana kulit terakhir kita = TANAH LIAT
2. Jangan bangga dengan rumah besar, kerana rumah terakhir kita = KUBUR
3. Jangan bangga dengan baju mahal, kerna baju terakhir kita = KAIN KAFAN
4. Jangan bangga dengan kenderaan besar, kerana kenderaan terakhir kita = KERANDA
5. Jangan bangga dengan minyak wangi berjenama, kerana wangian kita terakhir = KAPUR BARUS


* Kemewahan dan kesenangan didunia adalah pinjaman semata-mata, dan ianya adalah amanah yang harus dipikul dengan sebaik-baiknya. Pengakhiran kita menentukan siapa kita sebenarnya di hadapan Allah ;)



Kata-kata motivasi

Untuk memperbaiki manusia, baiki HATInya, untuk membaiki hati manusia, baiki dahulu SOLATnya.

Jadi Agen Kebaikkan sedari awal pagi

Islamic Calendar

Followers

Temujanji dgn ALLAH

noormunirahaab.blogspot.com. Powered by Blogger.
banner 1 banner 2