Tuesday 25 February 2014

Doa Nabi Ibrahim (ketika matahari terbit)

Doa nabi Ibrahim(setiap kali matahari terbit);
dipetik dari Kitab Jadid Hayatak by Syeikh Muhammad Al-Ghazali
Menurut Sheikh Muhammad Al-Ghazali, barangsiapa yang membaca dan mendoakan doa ini setiap hari, seawal pagi atau seawal subuh, dia telah membawa dirinya untuk mensyukuri kehidupan yang Allah kurniakan kepadanya. 

Monday 24 February 2014

Amalan wanita haid

Cinta Ilmu: Amalan bagi wanita haid (by Ustazah Isfadiah)


  1. Tutup aurat.
  2. Menjaga batas pergaulan.
  3. Tidak memisahkan diri daripada Al-Quran, malah menyelami terjemahan dan tafsiran.
  4. Menghafal hadith dan mengenal isi & intipati hadith. Termasuklah hadith Qudsi.
  5. Membaca buku-buku berkaitan sejarah sirah Nabi Muhammad SAW. Ex: Buku Fiqh Sirah by Syed Ramadhan Al-Buti. 
  6. Banyakkan berzikir, bertasbih (Subhanallah),bertahmid (Alhamdulillah), bertahlil (La ila ha ilallah), bertakbir (Allahu Akbar)
  7. Membanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad. Banyak jenis selawat ada. Selawat ibrahimiah (iaitu selawat yang dibaca waktu tahiyat akhir), selawat syifa etc. 
  8. Memperbanyakkan doa. Doa masuk tandas, doa keluar tandas, doa keluar rumah, doa masuk rumah, doa memakai pakaian, etc.
  9. Membaca Al-quran dalam hati. Contohnya dah menghafal sesuatu surah, boleh dihafal dan diulang didalam hati.
  10. Menuntut ilmu, dengan cara mendengar majlis ilmu melalui televisyen, radio, audio CD atau menghadiri majlis ilmu etc. 
  11. Mendengar bacaan Al-Quran.
  12. Membanyakkan istighfar.
  13. Bersedekah. Waktu peristiwa Isra' & Mi'raj, Rasulullah melihat ramai wanita dalam neraka. Jadi Rasulullah menasihatkan cara untuk menjauhkan diri dari api neraka adalah dengan bersedekah. 
  14. Membaca buku-buku ilmiah yang menambah ilmu bermanfaat [ni point tambahan ;)]



Noktah. Selamat beramal ;)

- Cahaya Yang Menerangi -

Sunday 23 February 2014

Setegar Serbuk Kopi



Dalam berhidup di atas muka bumi Allah ini, pasti keadaan dan persekitaran kita disulami hal-hal positif dan negatif. Dugaan dan ujian yang kadang-kadang menjengah, sebenarnya tarbiyyah direct dari Allah untuk menjadikan hambaNya lebih dekat dan terus bergantung padaNya. 

Situasi atau ujian yang datang itu diluar kawalan kita, tapi cara kita bertindak balas (respon) kepada situasi/ujian tersebut itulah yang lebih penting dan utama.

Mengawal emosi dan tindakan dan tindak balas secara positif akan menghasilkan outcome yang positif.

"Jadi, kita hendaklah kuat dalam menghadapi sebarang situasi. Apa-apa pun dugaan sama ada yang positif atau negatif, tidak sama sekali menggugat pendirian kita. Walau di mana pun kita berada, persekitaran tidak akan mampu mengubah sikap kita jika emosi kita kuat. Kita tidak mudah terpengaruh dan terpedaya dengan persekitaran jika kita pandai mengawal emosi." (Quoted from Sejernih Sinar Matamu)

Jadilah seperti coffee dalam video di atas. Mencipta suasana, bukan berubah mengikut suasana sekeliling.

Kisah Lobak Merah, Telur & Serbuk Kopi

Ada kaitan ke antara ketiga-tiga bahan ni? Tidak, mereka berbeza dari 'sifat' mereka bila dimasukkan ke dalam air panas.

Jika ketiga-tiga bahan ini dimasukkan ke dalam air panas, , kesemua bahan ini akan menunjukkan kesan dan reaksi yang berbeza.

1. Lobak Merah. Lobak merah yang asalnya keras dan susah dipatahkan, bila mana dimasukkan ke dalam air panas, terus lembut dan mudah dipatahkan. Walhal, air itu tidak berubah warna dan tetap panas.
Macam itulah umpama dalam kehidupan, lobak merah ini seperti individu yang berhati waja dan keras bertenaga. Bila datang ujian/dugaan yang dianalogikan dengan air panas, individu ini boleh bertukar menjadi lemah dan putus semangat, tidak tahu bersabar, bersyukur dan redha.  Jadi eloklah kita jauhkan diri dari menjadi seperti lobak merah.




2. Telur. Telur yang pada fizikalnya lembut dan cair didalam, apabila diletakkan ke dalam air panas yang menggelegak, akan bertukar menjadi keras, sedangkan rupa dan fizikal air tetap sama. Umpamanya, individu yang lemah lembut, penuh kesantunan, apabila di tekan dengan ujian, berubah kepribadian menjadi seorang yang kasar dan tidak tahan sabar. 



3. Serbuk Kopi. Fizikalnya bewarna hitam, berderai dan kasar teksturnya. Apabila dimasukkan ke dalam air panas, air itu berubah rupa dan rasa, bertukar menjadi warna hitam. Air yang tidak mempunyai apa-apa rasa, tetapi dengan memasukkan serbuk kopi ke dalamnya, bertambah enak air tersebut. Ditambah pula dengan creamer atau gula, fuh, melazatkan lagi air kopi tersebut. Inilah analogi untuk individu yang dirinya yang mencipta suasana dan memberikan makna yang lebih baik kepada dunia persekitaran. Dalam kata lain, bukan suasana yang menciptanya, persekitaran dan sekeliling tidak mampu untuk mempengaruhinya.



Jadi mana pilihan kita. Lobak merah, telur atau serbuk kopi? 

Saya pilih SERBUK KOPI :)

Saturday 22 February 2014

Hidupan berasal dari air

SUMBER: Buku Al-Quran dan Sains

AL-QURAN
Dalam Al-Quran dengan jelas menyatakan kehidupan bermulanya dari air. Antaranya dalam ayat-ayat di bawah:

 " Apakah orang-orang kafir itu tidak mengetahui langit dan bumi itu keduanya adalah suatu yang padu kemudian kami pisahkan antara keduany. Daripada air kami jadikan segala sesuatu hidup." (Al-Anbiyak: 30)

 " Allah mencipta kesemua jenis haiwan daripada air." An-Nur:45

Air adalah komponen yang penting untuk hidupan dan dalam kehidupan.
Ayat-ayat diatas ini jelas menunjukkan air adalah asas bagi segala hidupan. Tanpa air,hidupan tidak wujud sama sekali.

DIBUKTIKAN DENGAN KAJIAN SAINS

Air dan kehidupan tidak dapat dipisahkan,beberapa kajian sains menunjukkan air adalah asas untuk hidupan dan kehidupan manusia.

Kajian-kajian dan penemuan-penemuan sains ini membuktikan bahawa kenyataan Al-Quran bahawa segala kehidupan berasal daripada air adalah benar dan dapat disahkan melalui kajian sains.

1.BBC News dalam segmen Science And Nature (Space) /27 Mei 2006
Pakar-pakar biologi bersepakat air adalah asas kepada kehidupan . Tanpanya kehidupan tidak boleh hidup,adapun yang hidup,namun tidak boleh bersambung.

2. www.bbc.co.uk/science
Dalam membuat kajian mengenai kewujudan kehidupan di planet -planet lain, saintis akan terlebih dahulu mencari kewujudan sumber air di planet-planet tersebut.

3.Paleontological Society Special Publication Volume 9 (1999)
Tajuk: Evolution: Investigating the Evidence
"Permulaan hidupan sudah semestinya bermula di persekitatan yang mempunyai suhu yang rendah agar dengan itu air(liquid water) dapat wujud. Air diperlukan kerana ia asas kepada kehidupan. Hal ini disebabkan hanya air sahaja yang menjadi medium kepada proses-proses( yang berkaitan dengan kehidupan) dan hanya dengan air metabolisme boleh berlaku".

4. BBC News Online dalam segmen Sci/Tech
Tajuk: Springing to Life Under The Sea.
Saintis-saintis mengatakan rahsia mengenai kewujudan hidupan yang awal di dunia mungkin wujud 9000 kaki di bawah Lautan Atlantik. Disitu saintis menemui semburan hidrogen dan selepas mereka mengkaji persekitarannya,mereka merasakan ia sesuai bagi melahirkan kehidupan di peringkat awal.


Sesungguhnya telah nyata sekali kandungan Al-Quran itu mengandungi fakta-fakta dan mukjizat saintifik yang di'revealkan' beribu tahun dahulu sebelum dibuat kajian secara saintifik pada era ini. Sesungguhnya Allah itu Maha Hebat ! :)

Friday 21 February 2014

Sentuhan Prof Dr Muhaya

Sentuhan Prof Dr Muhaya
(BUKU: Sejernih Sinar Matamu)

1. Kalau hendak buat apa-apa jangan fikir "apa yang orang kata", tetapi fikirkan "apa pandangan Allah".

2. Jangan kata tidak ada masa, tetapi katakan tidak cukup masa. Kalau kita pandai memperuntukkan masa dan mengawal masa, banyak perkara kita boleh buat dalam satu masa.

3. Katakan selalu, "hanya hal-hal kebaikan yang akan datang kepada saya". Tidak kira apa yang berlaku semua baik untuk saya.

4. Mesti pandai menjaga minda kita, jangan tercemar dengan perkara negatif. Apabila minda terkawal, emosi terkawal, dan tindakan juga akan terkawal.

5. Berprasangka baik kepada Allah.

6. Saring fikiran dengan membenarkan perkara positif sahaja berada di minda kita.

7. Muhasabah diri, lihat diri, jangan asyik melihat kesilapan orang.

8. Jangan tidur sebelum memaafkan semua orang yang pernah menyakitkan hati kita.

Sejernih Sinar Matamu

Bicara buku:
Prof Dr Muhaya: Sejernih Sinar Matamu ( by Rozninah Abd. Azib)

Ringkasan (Teori RESET MINDA) :

1. Hasil kehidupan kita ditentukan dengan bagaimana cara kita berfikir.

Berfikir secara positif, maka hasil kehidupan positif.
Jika berfikir secara negatif, maka hasil kehidupan adalah negatif.

Keputusan menghasilkan fikiran fikiran menghasilkan emosi - emosi menghasilkan tindakan - tindakan menghasilkan hasil kehidupan.
Hasil kehidupan termasuklah kebahagian, ketengangan, kesihatan, dan kekayaan.

2.  Fikiran akan bertindak dalam dua cara:

    -Pertama, mengikut pilihan sendiri (pilihan hati)
        -Jika fikiran mengikut pilihan sendiri/hati yang positif (betul), emosi akan positif, penampilan                     (aura) juga akan positif.
       -Jika fikiran mengikut pilihan sendiri/hati yang negatif (salah), emosi akan negatif, penampilan                   (aura) juga akan negatif.

    -Kedua, dipengaruhi faktor luaran atau persekitaran (apa-apa yang didengar, yang dilihat & yang            dialami) samaada dalam  bentuk positif atau negatif..

* Fikiran akan membuat pilihan dan menyaring apa-apa yang datang dari hati dan mengetuk                      minda/fikiran kita untuk bertindak. jadi sangatla perlu untuk mengawal pemikiran kita dari pengaruh      sekililing sebelum membuat pilihan dan melaksanakan tindakan.

3. Dunia dalaman menentukan dunia luaran. ADA- BERI-DAPAT. Maksudnya, apa yang kita ADA,         kita BERI dan kita DAPAT. Dunia dalaman ADA kebaikan, BERI kebaikan, dan akan DAPAT             kembali kebaikan.

4. Reset Minda kepada penerimaan ujian dariNya.

Sesuatu yang negatif di pandangan manusia, ianya adalah positif pada pandangan Allah. Ubah cara kita memandag sesuatu ujian yang negatif. Jangan menyalahkan takdir Allah, bersedih dan berkeluh kesah kerana ia akan mengurangkan tenaga kita. Fikiran negatif akan menghasilkan emosi negatif, emosi negatif menghasilkan tindakan negatif dan setrusnya memberi hasil kehidupan yang negatif. TETAPI reset minda dengan cara memandang, menerima dan memikirkan sesuatu kejadian yang ditakdirkan Allah kepada kita, akhirnya kita akan menjdai seorang yang tabah, redha dan bertakwa.

5. Menjaga tiga perkara:
    -Pertama, pilihan KATA yang keluar dari mulut.
    -Kedua, pilihan PERASAAN yang berbisik dihati dan pilihan FIKIRAN yang berlegar-legar dalam           minda
    -Ketiga, JANGKAAN kita. Jangkaan dan imaginasi apa yang akan berlaku dalam cara yang positif .


Kata-kata motivasi

Untuk memperbaiki manusia, baiki HATInya, untuk membaiki hati manusia, baiki dahulu SOLATnya.

Jadi Agen Kebaikkan sedari awal pagi

Islamic Calendar

Followers

Temujanji dgn ALLAH

noormunirahaab.blogspot.com. Powered by Blogger.
banner 1 banner 2