Tuesday 4 March 2014

Lirik Damba CintaMu (Raihan)

Damba CintaMu (Lirik)
By: Raihan

Ya rabb,ya rabb, ya rabbi, ya rabbi

Tuhanku,
Ampunkanlah segala dosaku,
Tuhanku,
Maafkanlah kejahilan hambaMu,
Ku sering melanggar laranganMu,
Dalam sedar atau tidak,
Ku sering meninggalkan suruhanMu,
Walau sedar aku milikMu

Tuhanku,
Ampunkanlah segala dosaku,
Tuhanku,
Maafkanlah kejahilan hambaMu,
Bilakah diri ini kan kembali kepada fitrah sebenar,
Pagiku ingat,petangku alpa,
Begitulah silih berganti,
Oh tuhanku, kau pimpinlah diri ini,
Yang mendamba cintamu,
Aku lemah, aku jahil, tanpa pimpinan darimu,
Ku sering berjanji depanMu,
Sering jua ku mungkiri,
Ku pernah menangis keranaMu,
Kemudian ketawa semula
Bilakah diri ini kan kembali kepada fitrah sebenar,
Pagi ku ingat, peatang ku alpa,
begitulah silih berganti,

Oh tuhanku,
Kau pimpinlah diri ini,
Yang mendamba cintaMu,
Aku lemah, aku jahil,
Tanpa pimpinan dari Mu,
Kau pengasih, kau penyayang, kau pengampun kepada hamba-hambaMu,
Selangkahku kepadaMu,
Seribu langkah Kau padaku

Tuhan, diri ini tidak layak ke syurgaMu,
Tapi tidak pula aku sanggup ke nerakaMu,
Ku takut kepadaMu,
Ku harap jua padaMu,
Moga ku kan selamat dunia akhirat,

Seperti rasul dan sahabat (ulang 7x)

Sunday 2 March 2014

Pemakanan selepas pembedahan cysts

Pemakanan selepas pembedahan cyts etc
(Copy from Dr Hamid Arshat blogspot)

1. Lepas bedah penting untuk meningkatkan immunty untuk mencegah tumbuh semula penyakit endometriosis, fibroid dan ovarian cyst serta untuk meningkatkan peluang hamil.

2. Ambil langkah untuk kurangkan stress. Exercise 30 minit setiap hari, banyak berzikir , baca quran 4-5 muka setiap hari.
Kurangkan pendedahan kepada toksin – jauhkan menghidu asap2 beracun, semburan insecticide dan pewangi dirumah dan dalam kereta. Gunakan bahan2 organik untuk syampu, sabun, minyak rambut dan deodorent.

3. Sangat penting makanan berzat dan berkhasiat,
 Jauhkan semua makanan dan minuman yang mengandungi pengawet, perisa dan pemanis, saperti fast foods, junk foods, burger, hot dog, nuggets, french fries dll.
Juga jahukan makanan dan minuman yang mengandungi gula dan tepung  - donut, kueh2, ice krim , chocolat dll. Jauhkan minuman soft drink , jus dan kordial dalam botol atau kotak.

4.
 Makan 70% bahan2 mentah dan segar , iaitu buah2 dan sayur2. Makan lebih buah2 tempatan saperti papaya, nenas, jambu batu, tembikai , dragon fruit dll.
Saya galakkan makan ulam2 , sayur2 bayam, bendi, terong, kangkong, cekor manis, daun turi dan keledek merah.

5. Amalkan
 minum jus buatan sendiri tanpa gula. Dua biji apel hijau, 2 carrot, 2 batang celery . Atau 1/4 buah papaya dan ¼ Nenas (khas sminggu dalam waktu haid). Buat jus asli campur sikit air jadikan satu jug , masuk peti ais semalaman.

6. Esok untuk
 sarapan pagi kacau dan minum satu gelas jus , lepas itu minum satu sudu besar extra virgin olive oil atau minyak kelapa dara.
Makan 2 biji telor saparuh masak dan oats atau cereal lain. Jauhkan roti putih atau nasi putih. Makan roti whole meal dan brown rice.

7.
 Makanan selingan (tea dan coffee break) - jauhkan makanan bergula dan karbohadret. Makan buah2 atau segenggan campuran kacang2 almond, gajus, kismis dan peanuts. Minum air mineral atau teh hijau. Jauhkan teh tarik atau nescafe susu.

8.
 Makan tengah hari - Cuba makan rojak, pecal, salad atau sup sayur. Makan seketul ayam, sepotong ikan atau daging. Minum air mineral ,air kelapa muda. Tengah hari tidak makan nasi atau lain2 jenis carbohydrate

9.
 Makan malam - Minum satu gelas jus diikuti satu sudu besar apple vineger atau satu sadu . Masak sup sayur kobis, karot, broccoli dan cendawan.
Atau buat rojak/pecal dari sayur kankong, taugeh, sengkuang, tempeh tauhu. Masak lauk ikan , ayam atau daging dengan menggunakan lebih halia, kunyit bawang putih dan merah serta serai . Gantikan nasi putih kepada brown rice.

10.
 Supplemen yang perlu untuk mencepatkan pemulihan luka dan pemulihan penyakit endometriosis ialah multivitamins, vit C 1gm, vit E 400 IU, Habatus sauda. Makan juga goji beri, lain2 jenis berries, spirulina, rumpai laut.


Seminar Baitul Muslim 3.0

Copy Paste from ONE HEART CREATIVE SOLUTION facebook page:
Semoga bermanfaat.
Untuk panduan dan peringatan bersama.

RUMAHTANGGA berbeza dengan RUMAH. Rumah dibina dengan batu bata. Rumahtangga pula dibina dengan kasih sayang, cinta, rindu dan rasa tanggungjawab. Dan ruhnya adalah sakinah, mawaddah dan rahmah. 

Ketenangan, kebahagiaan dan kasih sayang.

Rumah kita Home atau House?
A house is just a place where people live. Home is truly where the heart is.

Ayahanda Ustaz Pahrol Mohd Juoi
Rumahtangga Tapak Perjuangan
#sbm3#home
_________________________________________________________________________________
Jangan pernah mencari pasangan yang sempurna, kerana tidak ada pasangan yang sempurna. Yang ada adalah pasangan yang tepat utk kita. Utk saling mnyempurnakan.

Ramai mencari pasangan spt khadijah yg lemah lembut, penyabar, tetapi bila ditanya mahukan isteri yang 15 tahun lbh tua? Tidak mahu

Ramai mencari pasangan seperti Aisyah, tetapi mahukah anda isteri yg cemburu sehinggakan pernah membaling pinggan berisi makanan. Tidak mahu.

Ramai yang mahukan pasangan seperti Rasulallah. Tetapi bila ditanya mahukah ditinggalkan, dipulaukan manusia kerana menyebarkan dakwah dan hidup sederhana? Tidak mahu

Tiada manusia yang sempurna. Tetapi yang ada seorang suami dan seorang isteri yang melengkapi dan bercinta kerana Allah. Itulah kesempurnaan.

------------------------------
"Sebelum Aku Bernikah"
Ustaz Salim Akhukum Fillah 

#sbm3 #oneheartcs #baitulmuslim
_________________________________________________________________________________

Ustaz, bagaimana untuk mengetahui seseorang itu soleh/ah atau tidak?

Mohonlah fatwa daripada hati. Hati yang dekat dengan tuhan tidak akan menipu dengan penipuan. Banyakkan solat dan kurangkan suuzhon pada orang, maka hati akan berfatwa. Hati yang bersih akan menghasilkan keputusan yang jernih. Bila hati tenang dan cenderung, itu tanda istikharah kita terjawab.

Tidak akan mnyesal orang yg istikharah dan tidak akan rugi orang yang bermesyuarah

Ustaz Ridhauddin Mohd Salleh 
Slot Pengurusan Jiwa 
#sbm3
_________________________________________________________________________________

Anak-anak belajar dari parent melalui;
1. Pendengaran. 2. Penglihatan.

Rumahtangga,
bukan hanya membabitkan hukum-hakam,
malah perlu diiringkan dengan seni.

Senaraikan list apa yang kita impikan pada anak-anak
e.g "saya mahukan anak yang cerdik"
then ubah ayat tersebut "saya anak yang cerdik"
Siapa anak kita ia datang dari binary code yang lahir dari kita.

Pantau anak sendiri, jika perlu hantar kepada orang lain hantar kepada orang yang menjaga solat.

1. Nature - tolong siapkan diri kita sendiri; sikap & sifat anak lahir dari genetik kita.

2. Kurangkan menjadi diktator dalam rumahtangga; jadilah demonstrator.

Serapkan nilai demonstrator "Jom sola bersama abaht"
Jangan jadi dictator "Kau pergi solat!!

3. Nilai tarbiah dalam suasana & contoh agama - ia membentukkan akalnya meninggikan jiwanya meninggikan keperibadiannya.

Semoga anak-anak menjadi hujjah kita di Surga; hujjatan lana, wa la hujjatah 'alayna. Allahumma aameen!

--- --- --- ---
Slot 3 : Anakku Bukan Anakku
Ustaz Mohamad Ridhauddin Mohd Salleh 
#sbm3
_________________________________________________________________________________

- Jangan tetapkan wang hantaran jika tidak mahu mengambil risiko perselisihan pendapat dengan keluarga mertua, apatah lagi wang hantaran yang tinggi. Apabila kita meletakkan wang hantaran, kita telah mencipta persepsi negatif. Masuklah ke dalam keluarga baru dengan suasana yang harmoni dan disayangi.

- Majlis kahwin yang melampau ibarat menjadi raja 4 jam, dan menjadi hamba seumur hidup. Pembelanjaan kahwin yang paling banyak ialah pembiayaan membiayai pembelajaan "seronok". Kajian menunjukkan, orang yang merasakan dirinya mahal, dia tidak memerlukan apa2 yang mahal utk dilekatkan disekilingnya

- Ada 3 pelaburan yang paling menguntungkan:
1) Ilmu
2) Hartanah
3) Emas

- Matlamat hidup ini bukanlah untuk kaya atau menghimpun harta melimpah ruah di dunia, tetapi menjadi kaya untuk menambah pahala dengan membantu orang yang memerlukan

Tuan Samsuddin Kadir
Fulus of Fulus
_____________________________________________________________________________________________

Lelaki/wanita yang memandang dengan nafsu - akan cari pasangan yang cantik rupa paras.
Lelaki/wanita yang memandang pada akal - akan cari pasangan yang cantik pada ilmu.
Lelaki/wanita memandang pada hati - akan cari pasangan yang berakhlak mulia.

Ianya pilihan. Kita yang memilih
#sbm3#kahwin
_________________________________________________________________________________

Hidup lelaki bukan untuk wanita, hidup wanita bukan untuk lelaki. Hidup kita hanya untuk mendapat redha Allah. Dapat redha Allah, kita dapat segala-galanya, hilang redha Allah kita hilang segala-galanya.

Ustaz Ebit Lew 
Slot Cinta Di Rumah Rasulallah
_________________________________________________________________________________

Abdullah Ibnu haris berkata, Aku tidak pernah melihat seseorang yang paling banyak senyum kecuali Rasulallah saw.
Baginda senyum ketika sedih dan juga ketika gembira. Ketika susah dan ketika senang.

Nabi saw berkata kepada Anas bin Malik yang mempunyai ramai anak, Berakhlaklah kamu dan mulakanlah dengan senyuman.

Lihatlah wajah ibu bapa, anak, isteri dan suami. Dan SENYUMLAH...Itulah pengikat kasih sayang keluarga. 

Cinta di Rumah Rasulallah
_________________________________________________________________________________

Hidupkan amalan Nabi dalam Rumah
1) Berkasih Sayang (Senyum, Salam dan Sentuhan)
2) Solat. Bangun subuh berjemaah dan kejutlah keluarga untuk solat tahajud. Jagalah solat di awal waktu. 
Sahabat menceritakan, “Apabila azan dilaungkan, Rasulallah seolah2 tidak mengenali kami lagi.” Sepanjang solat, nabi akan menangis. Saat solat, jantung baginda kedengaran seperti air yang mendidih. 

Doa selepas melakukan perkara baik akan dimakbulkan walaupun mengangkat halangan di tengah jalan. Jadi, berdoalah untuk jodoh yang baik.

Allah yang sama yang membantu nabi, Allah yang samalah yang akan membantu kita jika kita bertaqwa

3) Doa mendoakan.
Sentiasa doakan ahli keluarga kita. 
4) Kata salah saya. Tidak malu mengaku kesalahan
Peluklah isteri 10 saat sebelum bekerja setiap hari. Ia akan menyihatkan dan menambah kasih sayang. 
5) Tidak pernah berkata kenapa macam ni, kenapa tidak macam ni?

Apa yang berlaku, yang kita suka atau yang kita tidak suka adalah rahmat daripada Allah. 

6) Hidupkan taklim/Motivasi
7) Baca Al-Quran/Manzil
8) Khidmat diri sendiri
9) Keluar rumah dengan kaki kiri. Bacalah bismillahi tawakkkal tu ‘ala Allah. La haula wala quwwata illa billah

Nabi dulu berpenat lelah dan menangis untuk membawa Islam kepada kita. Adakah kita sanggup melambatkan solat hanya kerana sebuah drama atau sebuah hanset?

Allahumma Solli 'ala Muhammad 

Ustaz Ebit Lew
Cinta di Rumah Rasulallah

_____________________________________________________________________________________________

Orang yang memberi lebih baik daripada orang yang menerima. Suami Isteri sepatutnya berlumba-lumba melakukan tanggungjawab, bukan berlumba-lumba menunggu-nunggu haknya.

Jangan persoalkan hak yang belum ditunaikan, tetapi lihatlah pada tanggungjawab yang belum kita ditunaikan. Mudahkanlah urusan kita menjawab di hadapan Allah nanti.

Erti hidup pada memberi
_________________________________________________________________________________

Rukun usrah

1) Taaruf- mengenali. 5 tahun pertama perkahwinan, paling banyak berlaku penceraian. 
2) Tafahum- memahami. Fahami kelemahan dan kelebihannya.
3) Takaful- melengkapi. Tahu kelemahan pasangan, maka kita jadilah pelengkapnya

Allah tidak melihat keputusan, tetapi Allah melihat usaha. Menjadi pasangan yang baik, ialah on going proses. Jangan memandang rendah kepada pasangan. Tetapi sebutlah “I am here to complete you“.Teruslah berusaha untuk terus belajar dan memahami kerana matlamat kita ialah mendapat Redha Allah.
_________________________________________________________________________________

Bagi yang belum bertemu jodoh. Nak dapat jodoh yang baik, Istighfarlah banyak-banyak dan sentiasa improve diri sendiri. Jangan lupa berdoa.

We can do it! Insya Allah 

Ustazah Isfadiah 

_________________________________________________________________________________

Tidak mendapat cinta manusia di dunia, tidaklah bermakna kita tidak dapat ke syurga. Jangan risau, kerana cinta kita menunggu di akhirat sana. Ini janji Allah yang manusia diciptakan berpasangan. 

Tetapi risaulah jika kita tidak mendapat Cinta Allah. Jika di dunia pun sudah gagal mendapat cinta Allah, apatah lagi di akhirat. Bagaimana rasanya jika Allah tidak sudi memandang kita di akhirat sana?

Ya Allah, jadikanlah kami dicintai oleh orang-orang yang mencintaiMU



Kata-kata motivasi

Untuk memperbaiki manusia, baiki HATInya, untuk membaiki hati manusia, baiki dahulu SOLATnya.

Jadi Agen Kebaikkan sedari awal pagi

Islamic Calendar

Followers

Temujanji dgn ALLAH

noormunirahaab.blogspot.com. Powered by Blogger.
banner 1 banner 2