Sunday, 23 February 2014

Setegar Serbuk Kopi

video


Dalam berhidup di atas muka bumi Allah ini, pasti keadaan dan persekitaran kita disulami hal-hal positif dan negatif. Dugaan dan ujian yang kadang-kadang menjengah, sebenarnya tarbiyyah direct dari Allah untuk menjadikan hambaNya lebih dekat dan terus bergantung padaNya. 

Situasi atau ujian yang datang itu diluar kawalan kita, tapi cara kita bertindak balas (respon) kepada situasi/ujian tersebut itulah yang lebih penting dan utama.

Mengawal emosi dan tindakan dan tindak balas secara positif akan menghasilkan outcome yang positif.

"Jadi, kita hendaklah kuat dalam menghadapi sebarang situasi. Apa-apa pun dugaan sama ada yang positif atau negatif, tidak sama sekali menggugat pendirian kita. Walau di mana pun kita berada, persekitaran tidak akan mampu mengubah sikap kita jika emosi kita kuat. Kita tidak mudah terpengaruh dan terpedaya dengan persekitaran jika kita pandai mengawal emosi." (Quoted from Sejernih Sinar Matamu)

Jadilah seperti coffee dalam video di atas. Mencipta suasana, bukan berubah mengikut suasana sekeliling.

Kisah Lobak Merah, Telur & Serbuk Kopi

Ada kaitan ke antara ketiga-tiga bahan ni? Tidak, mereka berbeza dari 'sifat' mereka bila dimasukkan ke dalam air panas.

Jika ketiga-tiga bahan ini dimasukkan ke dalam air panas, , kesemua bahan ini akan menunjukkan kesan dan reaksi yang berbeza.

1. Lobak Merah. Lobak merah yang asalnya keras dan susah dipatahkan, bila mana dimasukkan ke dalam air panas, terus lembut dan mudah dipatahkan. Walhal, air itu tidak berubah warna dan tetap panas.
Macam itulah umpama dalam kehidupan, lobak merah ini seperti individu yang berhati waja dan keras bertenaga. Bila datang ujian/dugaan yang dianalogikan dengan air panas, individu ini boleh bertukar menjadi lemah dan putus semangat, tidak tahu bersabar, bersyukur dan redha.  Jadi eloklah kita jauhkan diri dari menjadi seperti lobak merah.




2. Telur. Telur yang pada fizikalnya lembut dan cair didalam, apabila diletakkan ke dalam air panas yang menggelegak, akan bertukar menjadi keras, sedangkan rupa dan fizikal air tetap sama. Umpamanya, individu yang lemah lembut, penuh kesantunan, apabila di tekan dengan ujian, berubah kepribadian menjadi seorang yang kasar dan tidak tahan sabar. 



3. Serbuk Kopi. Fizikalnya bewarna hitam, berderai dan kasar teksturnya. Apabila dimasukkan ke dalam air panas, air itu berubah rupa dan rasa, bertukar menjadi warna hitam. Air yang tidak mempunyai apa-apa rasa, tetapi dengan memasukkan serbuk kopi ke dalamnya, bertambah enak air tersebut. Ditambah pula dengan creamer atau gula, fuh, melazatkan lagi air kopi tersebut. Inilah analogi untuk individu yang dirinya yang mencipta suasana dan memberikan makna yang lebih baik kepada dunia persekitaran. Dalam kata lain, bukan suasana yang menciptanya, persekitaran dan sekeliling tidak mampu untuk mempengaruhinya.



Jadi mana pilihan kita. Lobak merah, telur atau serbuk kopi? 

Saya pilih SERBUK KOPI :)

No comments:

Kata-kata motivasi

Untuk memperbaiki manusia, baiki HATInya, untuk membaiki hati manusia, baiki dahulu SOLATnya.

Jadi Agen Kebaikkan sedari awal pagi

Islamic Calendar

Followers

Temujanji dgn ALLAH

noormunirahaab.blogspot.com. Powered by Blogger.
banner 1 banner 2