Monday 20 September 2010

Tuntutan di Tribunal Pengguna


Merasakan diri ditipu, itulah yang menggerakkan diri saya untuk berusaha mencari hak sebagai seorang pengguna. Kesedaran mengenai kewujudan tribunal pengguna hanya bermula selepas tamat belajar. Ini membuatkan saya menyedari  mengenai satu kes yang berlaku sekitar 2 tahun lepas, dimana ketika itu saya seorang pelajar tahun 2 di UIA, yang boleh dikatakan cetek mengenai dunia luar yang penuh dengan ‘tipu daya  lagi mempedayakan’. Maklumlah, kehidupan dalam kampus sungguh ‘terjaga’.

Pertengahan Februari 2008

Al-kisah bermula ketika saya bersama seorang rakan (Rara@Aznira) ke Kuantan Parade. Dan di’approach’ oleh seorang lelaki dan bertanyakan ‘adik ni student ke?’ sambil menghulurkan sekeping kad. Dijemput dengan penuh hemah ke ‘meja mempedaya’ yang dipenuhi dengan borang dan handout2 yang tercetak pelbagai tawaran-tawaran termasuklah diskaun pelancongan, penerbangan, tiket bas, perlindungan insuran, dan potongan untuk membeli handphone dan laptop dan bermacam2 ribu tawaran lagi. Selepas ditawarkan dengan pelbagai tawaran, disamping desakan mulut manis mereka, kami dengan mudahnya mendaftar sebagai ahli kepada syarikat tersebut, so called Argung Privileged Sdn Bhd.

Ogos 2010

Saya cuba mendapatkan hak sebagai seorang pengguna dengan melaporkannya kepada tribunal pengguna. Kes ni boleh dikira agak lama kerana melebihi 2 tahun. Prosedurnya amat mudah sekali. Pihak yang menuntut cuma perlu mengisi 3 salinan Borang 1 untuk melaporkan masalah dan menyerahkannya kepada Tribunal Pengguna dan  Pihak yang dituntut (Argung). Prosedur terperinci akan diterangkan oleh pihak tribunal pengguna dengan terperinci. Selang beberapa minggu, saya menerima surat untuk memaklumkan mengenai Pendengaran Kes di Mahkamah Tribunal pengguna pada 10 Ogos 2010. Saya hadir dengan beberapa bukti yang dirasakan amat kukuh untuk menegakkan hak . Namun, perasaan kecewa agak terasa pagi itu apabila pihak yang dituntut tidak menampilkan diri mereka untuk pembicaraan face-to-face. Namun, pembicaraan harus diteruskan dengan memberi keterangan kepada Presiden Tribunal Pengguna yang bertindak sebagai hakim dalam memberi keputusan. Penulis diputuskan menang tanpa pembicaraan lanjut, disaksikan 7 lagi hadirin yang lain dan berhak mendapat kembali wang yang di’beri’ secara percuma kepda syarikat itu.Fuh, lega, Alhamdulillah….

Pengalaman hadir ke tribunal pengguna ini adalah satu pengalaman yang baru dan sangat bermakna. Disamping menyelesaikan masalah sendiri, kes2 lain dibicarakan boleh dijadikan pengajaran terbaik untuk diri sendiri dan boleh dikongsi. Bukankah  pengalaman itu adalah guru terbaik .
 Wise man says “Experience is the most brutal of teachers. But it keeps u learning!” (credit to Khadijah Lukman)

Antara kes-kes yang boleh dikongsi(namun pihak yang menuntut dirahsiakan namanya)
  1. Semestinya kes saya adalah kes yang pertama yang didengar di mahkamah pendengaran ini yang bertarikh 10/8/10. seperti yang diterangkan, saya cuba mengemukakan bukti-bukti yang ada sebagai pengukuhan bahawa saya memang ditipu dalam kes ini. Kemenangan berpihak kepada saya.
  2. Kes ke-2 ialah mengenai pihak yang menuntut (encik A & encik B) dengan hotel yang agak terkemuka di Malaysia,yang beribupejabat di ampang. Tersebut alkisah dimana encik A dan encik B telah membuat tempahan bilik hotel, namun pada hari untuk menginap, mereka dimaklumkan bilik hotel sudah penuh dan ditawarkan hotel lain, ala-ala hotel rex, di trg (ntahla rupa macammana). Jadi, akibat tak puas hati, masuklah tribunal pengguna,
  3. Kes-3 ialah antara encik C dan Kedai cuci kereta. Kisahnya, selepas encik C menghantar kereta untuk dicuci termasuklah mencuci enjin, enjin kereta mati selepas 1KM perjalanan, dan lampu kereta tak dapat dinyalakan kerana air masuk kedalam wayar (saya tidak berapa pasti dengan kes ni, tapi ceritanya lebih kurang macam tu). Namun, dalam hal ini, presiden tribunal pengguna tidak dapat memberi keputusan akhir kerana pihak yang dituntut (syarikat cuci kereta) enggan menerima surat tuntutan yang difailkan) yang dihantar secara pos sebelum ini. Jadi, encik C dinasihatkan memberikan borang tuntutan secara direct kepada syarikat ataupun meninggalkan sahaja borang itu di syarikat tersebut sekiranya syrkt enggan menerima. Kes ini mungkin agak rumit kerana kerosakan pada bahagian kereta mestilah diperakui oleh mereka yang pakar dalam bidang ini dan kemungkinan jumlah tuntutan yang dibenarkan adalah RM10 iaitu kos untuk cuci kereta.Pembicaraan akan teruskan pada hari lain.
  4. Kes ke-4 ialah mengenai encik D dan penjual telefon bimbit (encik E). Encik D mendakwa bahawa telefon yang baru dipakai 25 hari timbul masalah. namun, encik E enggan menukarkannya dengan yang baru atau membaikinya walaupun waranti telefon tersebut adalah 1 tahun. Encik E mendakwa, kerosakan berlaku atas kecuaian encik D sendiri kerana terdapat keretakan dibahagian dalam telefon tersebut. Hakim menasihatkan mereka berdua untuk berunding untuk mencapai satu kata. Keputusan akhir tidak dipastikan kerana saya keluar awal dari mahkamah pengguna.

Pendedahan mengenai kes-kes ini tidaklah bermaksud untuk memalukan mana2 pihak, ia sekadar perkongsian yang boleh dijadikan pengajaran. Diantara keempat-empat kes diatas, hanya satu kes yang dihadiri pihak yang dituntut(ditentang) iaitu kes ke 4. mana pihak yang dituntut???hilang keberaniankah mereka untuk menjawab persoalan mengenai HAK!! Hak pengguna dan sudah tentunya ia berkaitan dengan kejujuran.Bilamana kejujuran dan sikap amanah diasingkan daripada kehidupan, maka berleluasalah penipuan diatas muka bumi Allah ini.Astaghfirullah, mohon dijauhkan.....



Nukilan,

Cahaya Yang Menerangi®
                                      


1 comment:

Anonymous said...

Salam Cik Noor Munirah. Saya ingin keterangan lanjut berkenaan tuntutan di tribunal pennguna ini.
Saya rasa saya telah terpedaya dengan satu sindiket cabutan bertuah buka dan menang. Banyak duit saya dah melayang kerana terpedaya dgn 'lucky draw' ni. Saya buntu dan tak tahu apa yg patut saya lakukan.
Kesnya begini...saya telah memenangi satu tilam jed yg kononnya amat mahal dan mempunyai fungsi2 utk kesihatan. Tilam itu katanya kalau saya tak mahu boleh dijual. Bila balik saya rasa mcm tertipu dan was-was. Adakah saya perlu mambuat tutntutan serta-merta atau memberi tempoh beberapa hari untuk pastikan bahawa saya betul2 tertipu ataupun mmg saya ini betul2 bertuah.
Kisah penipuan yg berlaku pada Cik Noor terjadi pada 2008 tp tuntutan dibuat hanya pada 2010? Betulke? Walaupun dah 2 thn masih boleh membuat tuntutan?Apakah bukti2 yg perlu saya sertakan ketika membuat tubtutan? Pls HELP me because I'm really blur/buntu pasal semua ni. Tq... ni email saya chiqlits@yahoo.com

Kata-kata motivasi

Untuk memperbaiki manusia, baiki HATInya, untuk membaiki hati manusia, baiki dahulu SOLATnya.

Jadi Agen Kebaikkan sedari awal pagi

Islamic Calendar

Followers

Temujanji dgn ALLAH

noormunirahaab.blogspot.com. Powered by Blogger.
banner 1 banner 2