Tuesday 19 March 2013

Tarbiyah di jalan raya

Ini adalah catatan ke tempat kerja, bukan saja-saja saya mencatatnya, namun ianya untuk saya renungkan hikmah, bukan setakat waktu ini, dan semoga ada pengajaran yang boleh diambil kepada pembaca...

Tatkala semua sibuk membawa diri ke pusat rezeki, saya pun juga memulakan langkah. Namun sebelum itu, Allah gerakkan hati untuk memeriksa keadaan tangki air kereta...Nah, ia kosong,amat.. walaupun baru 2 hari yang lepas baru diisi.Jadi ia agak menunjukkan 'sign&symptom" yang tidak positif. Air diisi dan perjalanan bermula...Terima kasih Allah mengerakkan hati memeriksa keadaan tangki air.

Perjalanan bermula. Ia tidak dekat, tidak juga terlalu jauh, lebih kurang 40 minit perjalanan(kebiasaan). Dari Cheras, saya susuri lebuhraya KESAS ke Shah Alam, dan ia tidak seperti hari biasa...
kalau hari2 biasa boleh 'pecut' tanpa risau keadaan kereta yang dipandu...
namun hari ini agak kena berjaga-jaga...
Kalau ikut pengalaman sebelum ini, temperature biasanya naik selepas 20 minit perjalanan selepas air diisi.
Jadi saya kena berjaga-jaga, boleh kata setiap minit tengok temperature level..
Alhamdulillah, sentiasa dalam keadaan normal..
Dalam hati tidak putus berharap pada yang Esa, Allah SWT..
Sebelum masuk exit ke Shah Alam, saya singgah dulu di Petrol station untuk 'relek'kan kereta...Alhamdulillah, temperature masih maintain selepas 35 minit perjalanan...dan ini dengan Izin Allah, dan ini kerja Allah...Terima kasih Allah kerana mempermudahkan sampai saat ini..

Meneruskan perjalanan memasuki exit ke Shah Alam, dalam tahap yang lebih sukar kerana harus menempuh himpunan kereta yang berpusu-pusu untuk ke Shah Alam dan beberapa lampu isyarat, ini tahap sukar dengan keadaan kereta seperti itu...Namun, Allah tenangkan hati, paksikan sahaja keyakinan kepadaNya, Allah sentiasa bersama, tawakal padaNya,....alhamdulillah temperature tetap maintain walaupun kereta sudah menandakan ketidaktahanannya...kereta mula ber'getar' tapi masih boleh dipandu...tenang, dan harus tenang,,,dalam hati harus mengaharapkan kemudahan dari Allah...Terima kasih Allah dengan kurniaan perasaan yang tenang dan pengharapan kepadaMu...

Jem diredah, trafic light di lepasi, roundabouts di susuri....Alhamdulillah tiba di tempat kerja, yang  mengambil masa hampir 1 jam untuk hari ini kerana berlaku sedikit kesesakan jalanraya...Subhanallah, ia juga kerja Allah yang memudahkan untuk tiba dengan selamat dan mudah....Terima kasih Allah.

Masuk saja tempat parking, jarum temperature mula bergerak ke atas,meluahkan ketidaktahanannya, nah, temperature sudah naik!..dan , secara fizikalnya atau teknikalnya, temperaturenya memang dijangkakan akan naik kerana saya yakin ada something happen pada tangkinya dan ini juga berdasarkan pengalaman lalu, namun bila ia nak naik itu luar kawalan kita....dan saya yakin setiap sesuatu akan berlaku hanya dan hanya dengan IZIN ALLAH. Dan dalam setiap kesusahan, paksikan keyakinan kita pada Allah bilamana kita buntu  jalan penyelesaiannya. InsyaAllah dipermudahkan, dan nikmat Allah itu sangat besar. Terima kasih Allah kerana bukan di atas jalanraya yang jem, namun diparking. 'Ala kulli hal Alhamdulillah.

Syukur pada Allah. Catatan ini ditulis bukan mengharapkan apa2, bukan menunjukkan apa2, ia ditulis sebagai pengajaran untuk saya dan pembaca, hamba2 yang dhaif ini. HAMBA itu perlukan TUHAN. Tidak kira keadaan, tempat dan waktu.

Harap pada Allah itu bukan pada waktu susah sahaja, juga dikala senang. Tatkala senang kita syukur, tatkala susah kita sabar. Sungguh nikmat perasaan itu.  :)





No comments:

Kata-kata motivasi

Untuk memperbaiki manusia, baiki HATInya, untuk membaiki hati manusia, baiki dahulu SOLATnya.

Jadi Agen Kebaikkan sedari awal pagi

Islamic Calendar

Followers

Temujanji dgn ALLAH

noormunirahaab.blogspot.com. Powered by Blogger.
banner 1 banner 2