Wednesday 31 August 2011

Pre- & Pasca- Ramadhan

Berlalunya Ramadhan kareem.
Gambar hiasan : Antara dua, kita yang mana?

Situasinya...
Beberapa hari menghampiri ramadhan:
"esok luse dah nak puasa, aku nak berubah, nak pi terawih, solat sunat, baca quran banyak-banyak, kalo boleh satu al-quran aku nak abiskan..bla.bla.bla...."detik seseorang.

Ada juga yang kedengaran di telinga
"bulan puasa nak mula sembanhyang la"...erk, alhamdulillah

Bermacam-macam gayanya lagi.

Pokoknya, umat islam menjadikan Ramadhan itu sebagai bulan untuk memperelokkan penampilan, pergaulan serta ibadah. Madrasah untuk memulakan perubahan. Mereka berlumba-lumba untuk memperbanyak amal dan melakukan ibadah kerana Ramadhan bulan Rahmat dan keampunan.Solat berjemaah, solat sunat rawatib,solat sunat terawikh, membaca dan tadabur Al-quran, memperbanyak sedekah dan amal jariah & pelbagai amalan mulia lagi. Pendek kata, semuanya amalan yang menharapkan pahala dan redha dariNya.

Namun...
Selepas Ramadhan berlalu...
Apakah kita masih konsisten dalam melakukan amal ibadah dan menjaga kualiti ibadah seperti yang dilakukan ketika bulan Ramadhan. Ramai antara 'mereka'(mereka merujuk kita kepada umat manusia) yang 'kembali' pada kebiasaan. Pergaulan tidak diperhatikan lagi. Kualiti amal ibadah menurun.Solat sunat dikerjakan bila ada masa lebih, sedekah bila ada wang lebihan bulanan, Al-quran  cukup sekadar membaca tanpa mentadabur. Tanpa memahami nilai dan makna puasa sebenar, proses membentuk akhlak yang mulia dan menaik taraf tingkatan taqwa akan terbantut setelah Ramadhan menghilang.
Adakah kita melaksanakan segala amalan mulia di Bulan Ramadhan kerana Allah menjanjikan pahala berganda lantas bermalas-malasan di luar Ramadhan kerana Allah tidak melipatgandakan pahala??
Tepuk dada tanya iman kita...dimanakah kita tergolong?

Mereka yang benar-benar berjaya di madrasah Ramadhan ialah mereka yang berjaya mengaplikasikan apa yang dipelajari dan diamalkan 'disana' setelah bergraduasi dari madrasah ini. Ini bermakna, amalan-amalan mulia terus diamalkan secara konsisten pada 11 bulan selepas Ramadhan sehingga masuk kembali ke madrasah mulia ini untuk memperbaiki kualiti amal ibadah.

Akhir kalam,didoakan agar bulan Ramadhan sentiasa menjadi madrasah terbaik dalam membentuk akhlak dan meningkatkan taqwa bagi melahirkan mukmin dan mukmimah sejati. Jadilah hamba kepada Allah, bukannya hamba kepada Ramadhan...
Salam Aidilfitri. Hari untuk kembali kepada fitrah.....Semoga bertemu Ramadhan seterusnya ;)

||Cahaya Yang Menerangi||





No comments:

Kata-kata motivasi

Untuk memperbaiki manusia, baiki HATInya, untuk membaiki hati manusia, baiki dahulu SOLATnya.

Jadi Agen Kebaikkan sedari awal pagi

Islamic Calendar

Followers

Temujanji dgn ALLAH

noormunirahaab.blogspot.com. Powered by Blogger.
banner 1 banner 2