Monday, 25 February 2013

Seminar Baitul Muslim 2.0


Alhamdulillah, berkesempatan menghadiri seminar Baitul Muslim 2.0 di PICC Putrajaya anjuran orang-orang hebat One Heart Creative Solution.

Sebelum ke seminar
Alhamdulilllah Allah gerakkan hati untuk mendaftar beberapa hari sebelum seminar berlansung. Nak dapat kan tiket bukan senang, sebab da terlepas harga early bird, kena kumpul 5 orang baru dapat harga murah sikit. Bajet2….. 3 hari berusaha nak kumpul 5 orang,dok mesej orang ni orang tu, tapi takde satu pun yang dapat join bersama, hehe, sebab semua ada komitmen lain. Akhirnya, menebalkan muka mesej seorang peserta  yang post dalam FB@event Seminar baitul Muslim 2.0, minta nak join kuota dia, terpaksa la walaupun segan, alhamdulillah, dia pun tak cukup kuota lagi, baru ada 4 orang. Alhamdulillah, dapat join kuota dan ini responya:

"Wasalam! Boleh alhamdulillah
Saya memang mencari sorang je lagi ni. Akak nak hari mana?"

See. Ni adalah jalan yang dipermudahkan Allah.

Di Seminar



2 hari.
Alhamdulillah, Alhamdulillah, dapat kelapangan waktu dan izinNya menghadiri Seminar Baitul Muslim 2.0 di PICC Putarajaya pada 16 & 17 February 2013.  Ia bukan untuk orang yang bakal mendirikan baitul muslim sahaja, malah dah selamat berbaitul muslim.

Jap, jap, apa tu Baitul Muslim? Maka diterjemahkan ia sebagai “Rumah Muslim”. Didirikan oleh 2 orang iaitu muslimin dan muslimat, di serapkan ajaran Islam didalamnya, agar tertegaknya sebuah keluarga yang mengamalkan ajaran-ajaran Islam dan menjadi keluarga teladan.

Penting ke baitul muslim? Of course la, baitul muslim ni ibarat batu bata kepada pembetukkan masyarakat muslim, seterusnya membentuk negara muslim dan khilafah muslim. Manakah mungkin sebuah ummah itu cemerlang sedangakn di peringkat asasnya masih lompong sana, lompong sini. Asas yang rapuh tidak akan mendirikan bangunan yang kukuh.

:: Individu Muslim>Baitul Muslim>Masyarakat Muslim>Negara Muslim>Khilafah Muslim ::

Back to this programme, seGah namanya, segah ituhla ilmu dan pengalaman yang di’curahkan’ daripada penceramah-penceramah tanah air hebat ke jiwa dan minda kami peserta. Majlis ilmu yang dinaungi jutaan malaikat.

2 hari ber’sesat’an di atas jalan raya,  tapi ia berbaloi.
2 hari jumpa sahabat-sahabat UIA yang berperanan sebagai Volunteer hebat dari One Heart Creative, lagi la bebaloi2.
2 hari di‘curahkan ilmu’, membuka mata hati, membuat persedian kepada pembentukan bakal baitul muslim, lagi la berbaloi dan berbaloi dan infiniti nikmatnya. Again, Alhamdulillah J ,sedikit pun tiada penyesalan, dan kalau ada tambahan hari, sanggup attend.

Ok, dok banyak sangat celoteh, apa yang best sngt?
Best tuh bergantung apakah niat apa yang nak diperolehi sepanjang seminar, kalo nak ilmu, dan dapat ilmu, memang best dan berbaloi. Kalau pergi nak cari pasangan, tapi tak dapat, memang la tak best kan.

Kearah pembentukkan baitul muslim, persiapan diri mestilah dilakukan SEBELUM AKU BERNIKAH, dan semestinya la kan. Persiapan yang dimaksudkan ialah PERSIAPAN DIRI dan METHOD yang digunakan untuk membentuk baitul muslim. Bila dah terbinannya Baitul Muslim, fuh, perjalanan bermula. Banyak yang harus diperhatikan sepanjang perjalanan membentuk sebuah keluarga yang sakinah, mawaddah wa rahmah dan dalam misi menjadikan “rumahku syurgaku”. Dan antara yang utama dan pertama adalah menguruskan PERBEZAAN kerana obviously men and women are from different world. Juga penekanan kepada hubungan menantu mertua, persiapan untuk pendidikan dan pembentukkan minda anak, dan banyak lagi petua menyemai cinta untuk BERCINTA SAMPAI SYURGA .

Sedikit perkongsian:


PRE PERKAHWINAN: SEBELUM AKU BERNIKAH

Jodoh…1,2,3 (by Ustaz Pahrol Md Juoi)

Ni ha, dah ada cara nak dapatkan jodoh, ikut cara ni senang, kalau ikut cara yang dipromosikan dalam drama-drama tu nanti makan hati, tak larat nak tanggung.
Indahnya Islam sebab dah tetapkan garis panduan. Kalau nak dapatkan sesuatu kene USAHA, bukan dok tunggu je kan rezeki turun dari langit.

  1. JADI SOLEH/SOLEHAH:
Nk  dapat yang soleh, jadilah solehah dulu…nak yang solehah, jadilah soleh. Dah hukum Law of Attraction, yang baik akan tarik yang baik, yang buruk tarik yang buruk. Jangan lelaki tarik lelaki dah la, tuh da jadi cerita lain.  Dan sebenarnya inilah USAHA. Bukan seperti yang digembar gemburkan USAHA untuk kenal itu dengan keluar makan dua-dua, pegang-pegang.Itu bukan. Itu usaha ke ‘jahanam’, hurm, kasar ke? Hurm, Hurm….Tepuk dada, Tanya iman…

  1. IKUT PILIHAN ORANG YANG BAIK
Beradalah dikalangan orang yang soleh dan solehah. Kan kalo dah jadi baik, akan tarik yang baik,jadi linkungan sekeliling pun InsyaAllah baik-baik. J

  1. IKUT CARA YANG BAIK
Ada 3 cara yang dikongsi . Firstly guna orang tengah seperti Siti Khadijah dan Rasulullah ATAU  pasangan di ‘approach’ oleh ayah seperti kisah Umar dan Habsah ATAU offer diri(hurm?, tapi ni cara yang digunakan oleh 2 orang isteri Rasulullah, sweet kan ;))


 Persiapan Diri sebelum perkahwinan:

Dalaman: SQ,IQ,EQ

SQ-  Hubungan Dengan Allah (HDA)lengkapkan diri dengan ilmu agama, mesti usaha untuk jadi baik
IQ- Hanya dengan ilmu,segalanya akan terurus.
EQ –Menguruskan emosi-emosi negatif seperti sifat marah, cemburu etc.  Pasangan adalah orang baru dalam hidup kita dan datang dari latarbelakang yang berbeza, dan semestinya kena belajar cara pengurusan minda dan jiwa yang baru.

Luaran:
Usaha untuk cari pendapatan yang halal, kebolehan untuk survival.

PASCA PERKAHWINAN: BERCINTA SAMPAI SYURGA

  1. Meraikan perbezaan:
-COMPLETE vs COMPETE
-CONSULT vs INSULT
Sedikit perbezaan yang dapat di ‘grab’

MALE
FEMALE
Bahasa Cinta
Suka diberi SERVIS spt dikerat kukunya etc
Suka dipuji & dihargai
Buat keputusan
Suka buat keputusan sendiri
Ingin dibantu buat keputusan
Perihal teguran
Tak suka ditegur depan-depan
Boleh je kot tegur, tapi dalam cara lembut la…(ni sy tambah)
Aktiviti
Suka di beri challenge spt
-abng, dulu abng jemur baju 10 minit, apakata harini 7 minit
INSTEAD OF
Abang, jom jemur baju SAMA2 (lelaki tak suka buat kerja sama2)..boleh praktikkan, hurm
Suka buat kerja sama-sama
Bila rasa tergugat?
Bila wang mulai tidak stabil
Bila kasih sayang mula berkurangan
Kehebatan
Logik lebih
Emosi lebih

  1. Hidupkan Sunnah : Jaga solat berjemaah, saling membantu
  2. Hubungan menantu dan mertua: Mertua SETARAF dengan ibu bapa sendiri. Ambil hati ibu bapa mertua.
  3. Tarbiyatul aulad
Banyak perkongsian dalam membesarkan anak-anak.

Dan paling saya kagumi dan inspired ialah perkongsian daripada Ibu Wirianingsih dari Indonesia yang membesarkan 10 anak yang kesemuanya huffaz. Subhanallah. Ibu Wirianingsih  dan suami telah membentuk sebuah keluarga yang cintakan al-Quran sedari kecil. Walaupun kedua-duanya bukan huffaz, namun ia bukan penghalang utuk mereka membentuk budaya cintakan al-quran sedari kecil dengan mula memperkenalkan pendidikan Al-Quran di rumah. Telinga anak-anak mereka juga dibasahi dengan kisah-kisah nabi dan sahabat, 10 kosa kota Bahasa Arab, dan kenalkan iqra’ sebagai amalan harian wajib.

Bila diajukan soalan apakah doa khusus yang diamalkan ibu wiwi dan suami, katanya mereka tidak pernah meninggalkan solat malam, mengamalkan doa nabi zakaria untuk mendapat zuriat yang baik dan berpesan agar jangan lupa untuk berdoa di waktu mustajab.

Doa Nabi Zakaria:


Subhanallah, katanya ruang yang terbesar dalam rumahnya ialah bilik bacaan yang  dipenuhi dengan ribuan buku. Dan itulah ruang yang paling digemari anak-anaknya.

Bila diajukan soal TV,  kata ibu, ibu sudah menetapkan jam berapa,berapa jam, dan rancangan apa yang boleh ditonton. Dan banyak waktu mereka bukan diluangkan untuk menonton TV tetapi masa itu digantikan dengan bacaan buku.

Point-point penting sepanjang seminar :

- Rezeki perlu dicari (effort dari kita, effect dari Allah).
-Rezeki yang Allah berikan SELARAS dengan tanggungjawab yang hendak kita laksanakan. Seperti cth Rasulullah mengalas tanggungjawab berat, direzekikan Allah jodoh dengan Siti Khadijah.
-Siapa pasangan selepas kahwin lebih penting dari siapa dia sebelum kahwin dengan kita.
-Sebelum kahwin, persiapkan diri secara SQ, IQ dan EQ.
-90% couple tidak berakhir dengan perkahwinan.90% ok! Buang masa, buang duit, buang keberkatan dari Allah, nauzubillah.
-Kegagalan sebelum menemui jodoh sebenarnya adalah usaha kea rah kejayaan. InsyaAllah nak suruh kita belajar sesuatu dan jumpa orang yang lebih baik selepas itu. Allah akan sentiasa memberi  yang terbaik untuk hamba yang baik
-Orang yang bercinta (couple) sebenarnya SUFFER kerana mencari nilai bahagia bukan pada tempatnya.
-Ketaatan dengan hati bukan dengan akal.
-Kunci syurga isteri pada suami, kunci neraka suami pada isteri.
-Berilah cinta kepada Allah, Allah akan buka hati manusia.
-Bersyukurlah ditemui dengan lelaki tidak setia, bersyukur kerana Allah jauhi dari lelaki jenis tidak setia.
-Selalu renew niat perkahwinan : Kerana Allah.
-Kena belajar bahasa (loghat) pasangan. Penting sewaktu berinteraksi dengan ahli keluarga pasangan.

Sekian sedikit perkongsian, masih terlalu banyak untuk dikongsi, InsyaAllah di entri lain.
Semoga kita semua berusaha membentuk baitul muslim yang kukuh melahirkan baiti jannati dan bercinta sehingga ke syurga..Didoakan untuk semua yang membaca, muslimin dan muslimat,Ameen J


Cahaya Yang Menerangi



No comments:

Kata-kata motivasi

Untuk memperbaiki manusia, baiki HATInya, untuk membaiki hati manusia, baiki dahulu SOLATnya.

Jadi Agen Kebaikkan sedari awal pagi

Islamic Calendar

Followers

Temujanji dgn ALLAH

noormunirahaab.blogspot.com. Powered by Blogger.
banner 1 banner 2