Bismillahirohmanirohim
Subhanallah, hadis ini benar-benar memotivasikan. Mula mendengarnya dripda seorang ustaz dari program Daie Millenia. (Habis menitik airmata semua daie2 ni dgr hadis ni)..
Jika dihayati betul-betul, ia sangat berkaitrapat dengan niat & keikhlasan dalam apa jua ibadah dan amalan yang kita lakukan.
Terdapat 3 golongan yang hampir-hampir melangkah masuk ke dalam syurga, namun akhirnya dia dilemparkan ke dalam api neraka.Nauzubillah..Siapakah mereka?
1. Seorang mujahid
Seorang mujahid yang berjuang dan akhirnya dia mati syahid.
Dia hampir melangkah masuk ke dalam syurga, tapi sebelum dia melangkah, Allah bertanya kepadanya:
"Wahai mujahid, kenapa kamu masuk ke dalam syurga"
Berkatalah ia kepada Allah:
"Aku masuk ke dalam syurga kerana aku mati syahid, kerana berjuang di jalanMu ya Allah"
Kemudian Allah menjawab:
" Kau cuma berdusta, kau sebanrnya bukan berjuang untuk aku, tetapi kau berjuang dan syahid hanya untuk dikenang sebagai wira dan mahu diangkat sebagai pejuang didalam masyarakat selepas kematianmu"
Maka dengan itu, mujahid ini dilemparkan kedalam api neraka.
2. Seorang penyampai ilmu/mengajar ilmu kepada orang lain/daie.
Hampir sahaja melangkah masuk ke dalam syurga, Allah bertanya:
"Wahai kamu, tahukah kamu mengapa kamu masuk ke dalam syurga"
Lalu guru ini menjawab:
"Aku masuk ke dalam syurgaMu kerana semasa hidupku, aku mengajar ilmu kepada orang, ilmu yang bermanfaat, ilmu yang supaya orang semakin mendekatiMu ya Allah"
Lalu Allah berkata:
"Kau tipu, sebenarnya kau mengajarkan ilmu ketika hidupmu bukan untuk itu, Kau hanya mengajar kerana hendak dihormati sebagai guru, seorang ustaz, seorang guru, seorang alim ulama' yang mengajarkan ilmuKu kepada mereka.Maka atas sebab itu juga, kau akan aku masukkan ke dalam neraka ku"
3. Orang yang suka bersedekah.
Sudah hampir orang kaya ini menjejakkan kaki kedalam syurga, bertanya Allah kepadanya:
"Wahai hambaku, tahukah kamu mengapa kamu mendapat balasan syurgaKu?"
Maka dijawab olehnya:
"Wahai Tuhanku, aku dahulu semasa hidupku telah kau kurniakan aku dengan kekayaan, dan dengan harta kurniaanMu itu, aku gunakan untuk jalanMu, aku sedekahkan kepada anak yatim, aku berikan kepada orang miskin. Hartaku banyak kugunakan demi kepentingan memartabatkan agamaMu Ya Allah"
Lalu Allah menjawab:
" Kau tipu dalam beribadat, yang kau lakukan itu hanya demi mendapat kan gelaran dermawan ketika kau hidup satu ketika dulu, perbuatanmu itu bukan untuk mendapat redhoKu"
Dan si kaya raya ini juga turut dilemparkan kedalam api neraka yang maha siksa dan pedih azabnya.
************************************************************************
Ianya sangat berkait rapat dengan bab NIAT & KEIKHLASAN.
Formulanya mudah. Niat melakukan sesuautu amalan kerana Allah, pasti secara automatik melahirkan tindakan-tindakan yang ikhlas.
Realitinya kebanyakkan kita tahu kita perlu ikhlas, tapi apakah kita benar-benar sedar kita ini benar-benar ikhlas dalam segala amalan? Sedangkan ada perbezaan antara tahu dan sedar. Tahu itu sekadar di fikiran, sekadar teori...Namun, sedar itu pada penghayatan jiwa. Tatkala ikhlas benar-benar dihayati pada jiwa, lahirlah sifat mahmudah yang lain kerana ikhlas ialah ibu kepada segala sifat mahumudah.
Ingatlah para mujahid, daie dan dermawan...semoga setiap amalan mulia yang dilakukan itu menuntut syurga sebagai ganjarannya, bukan menuntut penghargaan manusia yang lansung tidak mampu memberi ganjaran dan balasan. Yang asalnya HERO, namun dek kerana TIDAK IKHLAS, amalan menjadi ZERO.
Wallahu'alam.
"Orang yang ikhlas itu sama sahaja, sama ada orang memujinya atau mengejinya, sama ada di belakang atau di hadapan orang, ibadahnya tetap sama"
-Saidina Ali
.
No comments:
Post a Comment