Friday, 8 February 2013

Reset Minda Bakal Pengantin

Reset Minda Bakal Pengantin 

Islam itu indah. Islam meletakkan banyak guidelines untuk mendapat cinta manusia bernama suami/isteri yang diredhai Allah. Di bawah adalah ringkasan indah "Reset Minda bakal Pengantin" daripada Prof Dr Muhaya( Ikimfm) plus elaborasi dan ulasan sedikit drpd Cahaya Yang Menerangi.

Pra-perkahwinan:

-Tujuan: Bertanya pada diri sendiri. Apakah tujuan sebenar perkahwinan yang bakal didirikan? Adakah kerana cinta? Kalau kerana cinta semata-mata, ia adalah sia-sia kerana cinta boleh hilang. Tetapi sekiranya kerana ALLAH, cinta insyaAllah akan datang dengan sendirinya. Jangan terlalu materialistik, berkira pasal gaji dan mementingkan paras rupa.

-Istikharah: Untuk memilih bakal suami dan isteri, beristikharalah dengan Allah dan pastikan juga bakal pasangan sama-sama melakukan solat istikharah. InsyaAllah selepas istikharah, segala keputusan yang dibuat adalah bimbingan daripada Allah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Dan insyaAllah akan redha dan pasrah apa jua yang bakal dihadapi.

-Belanja: "Lagi tinggi belanja lagi kurang nilai, lagi kurang belanja lagi tinggi nilai sebuah perkahwinan" (Quoted dr prof). Dan ianya sangat benar. Perbelanjaan biar memudahkan kedua-dua pihak, tidak menyusahkan dan ikut kemampuan masing-masing. Jangan sampai berhutang sampai menyusahkan diri selepas perkahwinan. Belanja mesti ikut kemampuan. Hantaran dulang pun ikut kemampuan. Perbelanjaan kad kahwin pun tak perlu mahal-mahal.

-Pergaulan: Jaga pergaulan sebelum perkahwinan iaitu jaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Tempoh bertunang bukan tempoh untuk bertindak seperti orang yang dah berkahwin. Jangan mulakan sesuatu yang mulia (Perkahwinan) dengan kemaksiatan kerana ia mengundang murka Allah. Redha Allah sangat penting untuk membina sesebuah perkahwinan. Masakan mengharapkan sesuatu yang indah selepas perkahwinan tapi dimulakan perkahwinan itu dengan kemurkaan Allah.

-Mahar: Sebaik-baik perkahwinan ialah rendah nilai maharnya. Era ini, harga mahar ditentukan oleh tahap pendidikan. Sebaiknya ikutlah kemampuan pemberi. Apa yang diberi semasa perkahwinan itu tidaklah penting. Yang penting bakal suami itu mampu memberi layanan dan didikan yang baik selepas perkahwinan.

-Bakal pasangan: Tentukan bakal suami/isteri menjaga solat fardhunya, bacaan al-fatihah pun betul, kalau lelaki boleh jadi imam ke tak dan apakah tujuan kehidupan masing-masing. Mana mungkin bakal ketua keluarga yang tidak mematuhi perintah Allah dapat mematuhi peraturan manusia.Kalau solat pun tak juga, manakan hubungan dengan manusia dan suami/isteri dijaga dengan baik. Kenali bakal keluarga bakal pasangan. Bukan sahaja urusan solat, malah urusan aurat dan pergaulan sangat harus diambil kira.

- Goody bag: Biarlah yang diberi kepada tetamu sesuatu yan bermanfaat seperti buku kecil yang bermanfaat seperti buku amalan doa etc, makanan yang berkhasiat, cd ceramah dan apa yang dapat dimanfaatkan. Pahala pun berpanjangan.

-Kursus pra-perkahwinan: Bukan sekadar menghadirkan diri atau jasad, juga harus menghadirkan hati. Hayati sebenar-benarnya setiap pengisian. Usai kursus bukan sijil sahaja, tapi mengetahui akan hukum-hukum dapalm perkahwinan.

- Akhirnya, IJAB KABUL, syukur ada orang sanggup mempersuamikan/memperisterikan kita. Lakukan sujud syukur. Betapa ramai orang diluar sana yang tiada pasangan hidup

"Permudahkan walimah, Allah sayang"

-Jangan fikirkan apa orang kata, tapi fikir apa Allah lihat-

No comments:

Kata-kata motivasi

Untuk memperbaiki manusia, baiki HATInya, untuk membaiki hati manusia, baiki dahulu SOLATnya.

Jadi Agen Kebaikkan sedari awal pagi

Islamic Calendar

Followers

Temujanji dgn ALLAH

noormunirahaab.blogspot.com. Powered by Blogger.
banner 1 banner 2