Alhamdulillah, berkesempatan menghadiri seminar Baitul
Muslim 2.0 di PICC Putrajaya anjuran orang-orang hebat One Heart Creative
Solution.
Sebelum ke seminar
Alhamdulilllah Allah gerakkan hati untuk mendaftar beberapa
hari sebelum seminar berlansung. Nak dapat kan tiket bukan senang, sebab da
terlepas harga early bird, kena kumpul 5 orang baru dapat harga murah sikit.
Bajet2….. 3 hari berusaha nak kumpul 5 orang,dok mesej orang ni orang tu, tapi
takde satu pun yang dapat join bersama, hehe, sebab semua ada komitmen lain.
Akhirnya, menebalkan muka mesej seorang peserta yang post dalam FB@event Seminar baitul Muslim
2.0, minta nak join kuota dia, terpaksa la walaupun segan, alhamdulillah, dia
pun tak cukup kuota lagi, baru ada 4 orang. Alhamdulillah, dapat join kuota dan
ini responya:
See. Ni adalah jalan yang dipermudahkan Allah.
Di Seminar
"Wasalam! Boleh alhamdulillah
Saya memang mencari sorang je lagi ni. Akak nak hari mana?"
See. Ni adalah jalan yang dipermudahkan Allah.
Di Seminar
2 hari.
Alhamdulillah, Alhamdulillah, dapat
kelapangan waktu dan izinNya menghadiri Seminar Baitul Muslim 2.0 di PICC
Putarajaya pada 16 & 17 February 2013.
Ia bukan untuk orang yang bakal mendirikan baitul muslim sahaja, malah
dah selamat berbaitul muslim.
Jap, jap, apa tu Baitul Muslim? Maka diterjemahkan
ia sebagai “Rumah Muslim”. Didirikan oleh 2 orang iaitu muslimin dan muslimat,
di serapkan ajaran Islam didalamnya, agar tertegaknya sebuah keluarga yang
mengamalkan ajaran-ajaran Islam dan menjadi keluarga teladan.
Penting ke baitul muslim? Of course
la, baitul muslim ni ibarat batu bata kepada pembetukkan masyarakat muslim,
seterusnya membentuk negara muslim dan khilafah muslim. Manakah mungkin sebuah
ummah itu cemerlang sedangakn di peringkat asasnya masih lompong sana, lompong
sini. Asas yang rapuh tidak akan mendirikan bangunan yang kukuh.
:: Individu Muslim>Baitul
Muslim>Masyarakat Muslim>Negara Muslim>Khilafah Muslim ::
Back to this programme, seGah namanya,
segah ituhla ilmu dan pengalaman yang di’curahkan’ daripada
penceramah-penceramah tanah air hebat ke jiwa dan minda kami peserta. Majlis
ilmu yang dinaungi jutaan malaikat.
2 hari ber’sesat’an di atas jalan
raya, tapi ia berbaloi.
2 hari jumpa sahabat-sahabat UIA yang
berperanan sebagai Volunteer hebat dari One Heart Creative, lagi la bebaloi2.
2 hari di‘curahkan ilmu’, membuka mata
hati, membuat persedian kepada pembentukan bakal baitul muslim, lagi la berbaloi
dan berbaloi dan infiniti nikmatnya. Again, Alhamdulillah J ,sedikit pun tiada penyesalan, dan
kalau ada tambahan hari, sanggup attend.
Ok, dok banyak sangat celoteh, apa
yang best sngt?
Best tuh bergantung apakah niat apa yang
nak diperolehi sepanjang seminar, kalo nak ilmu, dan dapat ilmu, memang best
dan berbaloi. Kalau pergi nak cari pasangan, tapi tak dapat, memang la tak best
kan.
Kearah pembentukkan baitul muslim,
persiapan diri mestilah dilakukan SEBELUM AKU BERNIKAH, dan semestinya la kan.
Persiapan yang dimaksudkan ialah PERSIAPAN DIRI dan METHOD yang digunakan untuk
membentuk baitul muslim. Bila dah terbinannya Baitul Muslim, fuh, perjalanan
bermula. Banyak yang harus diperhatikan sepanjang perjalanan membentuk sebuah
keluarga yang sakinah, mawaddah wa rahmah dan dalam misi menjadikan “rumahku
syurgaku”. Dan antara yang utama dan pertama adalah menguruskan PERBEZAAN
kerana obviously men and women are from different world. Juga penekanan kepada
hubungan menantu mertua, persiapan untuk pendidikan dan pembentukkan
minda anak, dan banyak lagi petua menyemai cinta untuk BERCINTA SAMPAI SYURGA .
Sedikit perkongsian:
PRE PERKAHWINAN: SEBELUM AKU BERNIKAH
Jodoh…1,2,3 (by Ustaz
Pahrol Md Juoi)
Ni ha, dah ada cara nak dapatkan jodoh, ikut cara ni senang,
kalau ikut cara yang dipromosikan dalam drama-drama tu nanti makan hati, tak
larat nak tanggung.
Indahnya Islam sebab dah tetapkan garis panduan. Kalau nak
dapatkan sesuatu kene USAHA, bukan dok tunggu je kan rezeki turun dari langit.
- JADI SOLEH/SOLEHAH:
Nk dapat yang soleh, jadilah solehah dulu…nak yang
solehah, jadilah soleh. Dah hukum Law of Attraction, yang baik akan tarik yang
baik, yang buruk tarik yang buruk. Jangan lelaki tarik lelaki dah la, tuh da
jadi cerita lain. Dan sebenarnya inilah
USAHA. Bukan seperti yang digembar gemburkan USAHA untuk kenal itu dengan keluar
makan dua-dua, pegang-pegang.Itu bukan. Itu usaha ke ‘jahanam’, hurm, kasar ke?
Hurm, Hurm….Tepuk dada, Tanya iman…
- IKUT PILIHAN ORANG YANG BAIK
Beradalah dikalangan orang yang soleh
dan solehah. Kan kalo dah jadi baik, akan tarik yang baik,jadi linkungan
sekeliling pun InsyaAllah baik-baik. J
- IKUT CARA YANG BAIK
Ada 3 cara yang dikongsi . Firstly
guna orang tengah seperti Siti Khadijah dan Rasulullah ATAU pasangan di ‘approach’ oleh ayah seperti
kisah Umar dan Habsah ATAU offer diri(hurm?, tapi ni cara yang digunakan oleh 2
orang isteri Rasulullah, sweet kan ;))
Persiapan Diri sebelum perkahwinan:
Dalaman: SQ,IQ,EQ
SQ- Hubungan Dengan
Allah (HDA)lengkapkan diri dengan ilmu agama, mesti usaha untuk jadi baik
IQ- Hanya dengan ilmu,segalanya akan terurus.
EQ –Menguruskan emosi-emosi negatif seperti sifat marah,
cemburu etc. Pasangan adalah orang baru
dalam hidup kita dan datang dari latarbelakang yang berbeza, dan semestinya
kena belajar cara pengurusan minda dan jiwa yang baru.
Luaran:
Usaha untuk cari pendapatan yang halal, kebolehan untuk
survival.
PASCA PERKAHWINAN: BERCINTA SAMPAI SYURGA
- Meraikan perbezaan:
-COMPLETE vs COMPETE
-CONSULT vs INSULT
Sedikit perbezaan yang dapat di ‘grab’
MALE
|
FEMALE
|
|
Bahasa Cinta
|
Suka diberi SERVIS spt dikerat kukunya etc
|
Suka dipuji & dihargai
|
Buat keputusan
|
Suka buat
keputusan sendiri
|
Ingin
dibantu buat keputusan
|
Perihal teguran
|
Tak suka ditegur depan-depan
|
Boleh je kot tegur, tapi dalam cara lembut la…(ni sy tambah)
|
Aktiviti
|
Suka di
beri challenge spt
-abng,
dulu abng jemur baju 10 minit, apakata harini 7 minit
INSTEAD OF
Abang, jom
jemur baju SAMA2 (lelaki tak suka buat kerja sama2)..boleh praktikkan, hurm
|
Suka buat
kerja sama-sama
|
Bila rasa
tergugat?
|
Bila wang mulai tidak stabil
|
Bila kasih sayang mula berkurangan
|
Kehebatan
|
Logik
lebih
|
Emosi
lebih
|
- Hidupkan Sunnah : Jaga solat berjemaah, saling membantu
- Hubungan menantu dan mertua: Mertua SETARAF dengan ibu bapa sendiri. Ambil hati ibu bapa mertua.
- Tarbiyatul aulad
Banyak perkongsian dalam membesarkan
anak-anak.
Dan paling saya kagumi dan inspired
ialah perkongsian daripada Ibu Wirianingsih dari Indonesia yang membesarkan 10
anak yang kesemuanya huffaz. Subhanallah. Ibu Wirianingsih dan suami telah membentuk sebuah keluarga
yang cintakan al-Quran sedari kecil. Walaupun kedua-duanya bukan huffaz, namun
ia bukan penghalang utuk mereka membentuk budaya cintakan al-quran sedari kecil
dengan mula memperkenalkan pendidikan Al-Quran di rumah. Telinga anak-anak
mereka juga dibasahi dengan kisah-kisah nabi dan sahabat, 10 kosa kota Bahasa
Arab, dan kenalkan iqra’ sebagai amalan harian wajib.
Bila diajukan soalan apakah doa khusus
yang diamalkan ibu wiwi dan suami, katanya mereka tidak pernah meninggalkan
solat malam, mengamalkan doa nabi zakaria untuk mendapat zuriat yang baik dan berpesan
agar jangan lupa untuk berdoa di waktu mustajab.
Doa Nabi Zakaria:
Subhanallah,
katanya ruang yang terbesar dalam rumahnya ialah bilik bacaan yang dipenuhi dengan ribuan buku. Dan itulah ruang
yang paling digemari anak-anaknya.
Bila diajukan soal TV, kata ibu, ibu sudah menetapkan jam
berapa,berapa jam, dan rancangan apa yang boleh ditonton. Dan banyak waktu mereka
bukan diluangkan untuk menonton TV tetapi masa itu digantikan dengan bacaan
buku.
Point-point
penting sepanjang seminar :
- Rezeki
perlu dicari (effort dari kita, effect dari Allah).
-Rezeki yang
Allah berikan SELARAS dengan tanggungjawab yang hendak kita laksanakan. Seperti
cth Rasulullah mengalas tanggungjawab berat, direzekikan Allah jodoh dengan
Siti Khadijah.
-Siapa
pasangan selepas kahwin lebih penting dari siapa dia sebelum kahwin dengan
kita.
-Sebelum
kahwin, persiapkan diri secara SQ, IQ dan EQ.
-90% couple
tidak berakhir dengan perkahwinan.90% ok! Buang masa, buang duit, buang
keberkatan dari Allah, nauzubillah.
-Kegagalan
sebelum menemui jodoh sebenarnya adalah usaha kea rah kejayaan. InsyaAllah nak
suruh kita belajar sesuatu dan jumpa orang yang lebih baik selepas itu. Allah
akan sentiasa memberi yang terbaik untuk
hamba yang baik
-Orang yang
bercinta (couple) sebenarnya SUFFER kerana mencari nilai bahagia bukan pada
tempatnya.
-Ketaatan
dengan hati bukan dengan akal.
-Kunci
syurga isteri pada suami, kunci neraka suami pada isteri.
-Berilah cinta
kepada Allah, Allah akan buka hati manusia.
-Bersyukurlah
ditemui dengan lelaki tidak setia, bersyukur kerana Allah jauhi dari lelaki
jenis tidak setia.
-Selalu
renew niat perkahwinan : Kerana Allah.
-Kena belajar
bahasa (loghat) pasangan. Penting sewaktu berinteraksi dengan ahli keluarga
pasangan.
Sekian
sedikit perkongsian, masih terlalu banyak untuk dikongsi, InsyaAllah di entri
lain.
Semoga kita semua berusaha membentuk baitul muslim yang
kukuh melahirkan baiti jannati dan bercinta sehingga ke syurga..Didoakan untuk
semua yang membaca, muslimin dan muslimat,Ameen J
Cahaya Yang Menerangi