Sunday, 1 January 2012

2011 baru sahaja melabuhkan tirai, 2012 datang..Setiap kali tahun baru, semestinya kita tidak lupa untuk mengatur langkah-langkah yang lebih baik pada tahun baru...

"tahun lepas pun gitu, 2010 berlalu, 2011 datang, pada awalnya plan nok gitu nok gini, tapi sampai kat tengah, dok berusaha untuk berjaya dengan azam yang dirancang..kenapa jadi macam ni?sebab TAK FOKUS...

Jadi bagaimana nak kekalkan azam?harus ada GOAL/FOKUS...fokus kepada apa?Saya sangat menghargai nasihat Prof Dr Muhaya, tulis skrip kita sendiri dan laminatekan.Bangun dari tidur baca, kemana-mana pun baca dan sentiasa ingat azam kita dan sentiasa fokus, barulah sesuatu yang kita ingin capai akan mudah terlaksana...azam bukan sekadar niatkan di awal tahun, malah ia sepatutnya berterusan kekal di benak sanubari...Azam kita bergantung kepada pemikiran kita, kalau hidup kerana dunia, jadi azam kita adalah banyak kepada hal-hal duniawi, begitulah sebaliknya.


Sejak lahir hingga mati ada proses kehidupan.Proses kehidupan ini adalah di antara 2 alam, iaitu alam roh dan alam kubur. Kalu dulu di alam roh kita telah berbaiah untuk beriman dan patuh kepada Allah, jadi di alam kehidupan ini adalah medan untuk kita membuktikan kesaksian kita dengan amalan-amalan yang diredhai Allah untuk mendapat pengakhiran hidup yang baik.Jadi tujuan hidup mestilah jelas. TUJUAN hidup ialah untuk mendapat husnul khatimah (pengakhiran yang baik). Jadi harus berkeja untuk itu.

SET AZAM
1.Kesihatan-set cara pemakanan/pengambilan makanan bermula dari sarapan ke makan malan, supplement intake etc.
2. Minda (berapa buku nak baca), prof ungku aziz ..radio apa dengar
3. Hubungan dengan Allah
 4.Hubungan sesama manusia
5. Kewangan-Merancang kewangan peribadi sebaiknya.



Thursday, 3 November 2011

Beduk Diketuk

BEDUK DIKETUK

Sebuah buku  kompilasi kisah-kisah ringkas, namun besar impaknya pada hati ini. Tulisannya  mudah diserap dan perkataan-perkataan yang digunakan sangat berbahasa. Penulisan dari hati terus sampai ke hati dan mengetuk fikiran dan hati. Beduk yang diketuk tidak membingitkan, namun membangunkan jiwa ini. Terima kasih Ustaz Pahrol Mohd Juoi.

Beduk 1- RAMAI PENGAJAR, SEDIKIT PENDIDIK
-Antara Tahu dan Sedar.Dengan akal kita mengetahui sesuatu, namun dengan hati kita menyedarinya. Ramai yang tahu dia hamba Allah namun tidak sedar dia hamba Allah. Dek kerana ketidaksedaran itu, dia bebas melakukan apa sahaja tanpa menyedari ADA yang melihat iaitu Allah (CCTV terhebat). Jadi untuk sedar, harus pindahkan ilmu di fikiran ke hati.
-Antara ajar(ta'lim) dan didik (tarbiyah). Antara pengajar dan pendidik. Yang mengajar itu lebih kepada memBERITAHU, meMAHAMkan & meNYAMPAIkan. Yang mendidik itu meNYAMPAIkan, memBIMBING, menDORONG dan meMANTAU. Jadilah seorang pendidik kerana ia jauh lebih mulia disisi Allah.
-Juga jangan kesal kalau diri tidak dihargai tetapi kesalnya kalau diri tidak berharga. Jadi, penilaian Allah itu jauh lebih baik dari penilaian manusia.

Beduk 5- CORAT-CORET ANTI-YAHUDI
Demonstrasi. Boikot barang-barang keluaran Yahudi. Boikot hedonisme. Namun yang lebih MESTI untuk melawan yahudi ialah "Hidup ikut syariat Islam. Jaga akidah. Jaga akhlak. Hidup cara Islam."

Jadilah seperti burung kecil ketika Nabi Ibrahim dibakar oleh Raja Namrud dengan api besar. Burung kecil ini   menyumbang tenaga dengan mengambil air dengan paruhnya yang kecil lalu menitiskan ke atas nyalaan api. Lalu, perbuatan itu diherdik oleh sekumpulan burung-burung yang lebih besar. Kumpulan burung tersebut memandang usaha burung kecil itu sebagai sia-sia, mana mungkin setitis air memadamkan api yang besar itu. Jawab si burung kecil: " Aku yakin bahawa Allah tidak akan bertanya kepadaku apakah dengan usahaku api itu berjaya dipadamkan, tetapi Allah pasti bertanya APA YANG TELAH AKU LAKUKAN untuk memadamkan api itu..."

Beduk 21- WORKAHOLIC VS SOLATHOLIC
Sinergikan solat dan kerja. Pray hard, work smart. 
"Orang yang solatholic seharusnya menjadi orang yang workaholic. Solat akan membentuk orang yang mampu berkerja keras. Orang yang workaholic perlu melaksanakan solat agar mendapat kekuatan, ketenangan dan mencegahnya daripada penyelewengan seperti rasuah, penindasan dan perbalahan sewaktu melakukan kerjanya. 

Beduk 23- BIARLAH SAPI YANG DAPAT NAMA
Berbicara mengenai Toxic people. “Mengampu yang diatas, menyiku yang sebaya dan menekan yang dibawah” itu adalah sikap Toxic people. Sekiranya segala usaha kita tidak dihargai, La tahzan. Usah bersedih. Seharusnya kita bersyukur kerana Allah selamatkan kita dari sifat takbur dan riyak atas kebaikan yang kita lakukan. Lakukan sesuatu perkara dengan penuh KEIKHLASAN hanya kerana Allah.
“Siapa yang mampu menilai kita?"-Firman Allah didalam kitabNya. “Beramallah. Nanti ALLAH, RASUL &ORANG MUKMIN akan menilai amalan kamu itu.” Itulah tiga penilai yang tepat. Selain daripada 3 itu, semuanya tersasar.

Dunia itu memang tidak adil, sebab itu adanya akhirat tempat pembalasan segala ketikadilan itu.

Beduk 35- MEMERANGI BUDAYA DOSA
Apabila kemungkaran sudah menjadi satu budaya, ia tidak lagi dilihat sebagai satu kemungkaran. Ramai yang melakukan, akan membentuk budaya. Ramai melakukan, tidak bererti itu benar dan harus diteladani. Apabila dah menjadi budaya, yang salah nampak betul dan yang betul nampak salah pula. Example, budaya coupling & dating. 

Jadi macammana? Perlu la merombak karakter individu. Pendekatannya bersifat inside out, bukan outside-in. Terapkan belief system @ kepercayaan atau keyakinan @ akidah atau iman.Jadi, haruslah memahami sebenar-benarnya rukun iman yang hanya menjadi hafalan sebelum ini.

Konsepnya: 

Thursday, 22 September 2011

Europe Tour 2011

KEMBARA DI BUMI ALLAH
(EUROPE VERSION)

Summer time @London-Scotland-France-Belgium-Holland
Alhamdulillah, syukur dipanjatkan ke hadratNYA kerana dikurniakan kesempatan waktu dan kesihatan yang baik untuk  terus mengembara dibumi Allah melihat segala keindahan ciptaanNya. Sungguh indah, perjalanan yang begitu menarik dan bermakna. Melihat dan menyusuri  alam yang ternyata indah, mengagumi seni bina bangunan-bangunan yang unik, memerhati attitude dan meneladani kebaikkan dan keramah-tamahan mereka disana,disamping makanan yang enak lagi lazat serta dapat belajar beberapa perkara yang dapat dijadikan panduan dalam memandu kehidupan mendatang. 



********************************************************************************
Beberapa perkara yang berminat untuk saya kongsikan, Semoga sedikit sebanyak dapat menjadi panduan untuk mereka yang ingin memulakan perjalanan :)

Pertamanya, dari segi pengangkutan. Semestinya untuk sampai ke sana wajib la menaiki flight. Destinasi pertama kami ialah London, UK. Kami menempah Air Asia tiket seawal 8 bulan sebelum perjalanan. Ha, tiketnya tersangat murah dibandingkan harga biasa untuk ke sana. Boleh dikatakan harga total tiket pergi&balik  KL-LONDON & LONDON-KL tak sampai RM2000. Kebetulan waktu itu ialah waktu kemuncak, summer time. Waktu jutaan umat manusia berbondong-bondong ke sana.

Ryan Air

Jaringan pengangukatan disana juga sangat mudah lagi memudahkan. Untuk travel dari satu negara ke negara lain di UK dan Eropah,  kapal terbang dan eurotrain adalah antara 2 pilihan. Malah tiket kapal terbang tambang murah boleh dikatakan mampu beli. Seingat saya, hanya 10pound, kami dapat terbang dari London ke Scotland. Alang-alang pergi kesana, lebih baik explore ke seluruh pelosok yang termampu dek badan dan kaki. Antara flight pilihan yang available untuk jalan udara ialah Ryan Air dan Easy Jet. Manakala dari segi pengangkutan di darat, kami menggunakan eurostar train untuk travel di antara negara-negara Eropah. Tiket ini di beli secara online dari Malaysia dan terus dipos ke Malaysia. Tiket ini boleh digunakan selama 4 hari, regardless the date and can explore any countries within 4 days. Sempat la kami menggunakan tiket ini untuk explore France, Belgium dan Holland. 

Sedikit rumusan mengenai perjalanan kami dan cara pengangkutan yang dipilih:
Euro train @ Gare Du Nord station, Paris
London-Scotland (Glasgow) : Ryan Air
Scotland(Glasgow)-France (Paris): Ryan Air
France (Paris)-Belgium-Paris: Eurostar
France-Holland (Amsterdam): Eurostar (3 hours journey)
Holland (Schipol)- London (Stansted) : Easy Jet 
London-KL : Air Asia





Keduanya, mengenai penginapan. Sistem hotel di UK & Eropah adalah tidak sama seperti sistem di negara-negara Asia. Alhamdulillah, di France, kami dapat menginap di hotel mewah tetapi tiada bayaran dikenakan. Pelik ke? Ini adalah hasil menjadi ahli kelab sebuah kelab percutian. Namun di London, Scotland dan Holland, bilik mesti ditempah berdasarkah jumlah penginap. Hurm, dalam usaha penjimatan bajet, kami menempah bilik 2 orang untuk dihuni  4 orang. Tetapi langkah berjaga-jaga harus diperhatikan, jangan sampai terkantoi oleh pihak hotel. Perbuatan ini agak terkantoi di hotel di London dan akan diceritakan lebih lanjut dalam  post mengenai London (insyaAllah soon). Jadi, kami menggunakan alternatif untuk menginap di Malaysia Hall London dengan bantuan seorang rakyat Malaysia yang begitu baik hati. Namun di Scotland dan Holland, segalanya berjalan lancar.


Ketiganya dari segi makanan. Makanan-makanan halal sangat mudah didapati. Restoran-restoran Arab dan Turki agak banyak disana. Jadi, pizza dan kebab menjadi santapan utama kami disana. Dari segi harga, rasanya memang berpatutan, kerana small size pizza disana lebih besar dari regular size pizza di Malaysia dan harganya lebih kurang harga di Malaysia. Namun, air mineral disana jika ditukarkan dengan duit Malaysia agaklah mahal. Satu botol air mineral 500ml berharga 1pound (~RM5). Alang-alang membeli air mineral, sangatlah elok membeli air mineral jenis EVIAN kerana ia mempunyai kelebihan dan khasiat tersendiri. Malah harganya sangat mahal di Malaysia, lebih kurang RM7 sebotol.



Pizza @ Scotland
Nasi  goreng Turki @ Scotland





Pizza @ Amsterdam, Holland
Food @ Malaysia Hall


Hablum minannas (Hubungan manusia dengan manusia)


Perjalanan yang bermakna ialah perjalanan yang membawa kita ke dalam dunia positif yang boleh dicontohi. Saya sangat bersetuju dengan pandangan yang mengatakan orang asing lebih elok budi pekertinya. Ikatan hubungan sesama manusia disana sangat rapi. Boleh dikatakan 95% orang putih yang kami 'berhubungan' di sana sangat menghormati antara satu sama lain tanpa ada riak diskriminasi di wajah mereka baik daripada kalangan pemandu bas & teksi, pihak hotel, penjaga kaunter tiket train dan pemeriksa tiket, jurujual-jurujual di kedai, pegawai imigresen serta orang ramai yang menunjukkan arah .Wah, saya benar-benar jatuh hati dengan sikap mereka.
My brother and Scottish uncle
Di Scotland, orang-orangnya begitu ramah dan baik hati untuk memberi pertolongan. Tanpa diminta, mereka sudi menawarkan diri untuk mengambil gambar kami ketika kami 'sibuk' mengambil gambar kenangan secara bergilir-gilir. Uncle dalam gambar disebelah ialah salah seorang yang datang menawarkan pertolongan untuk mengambil gambar kami.

Situasi kedua ialah di hotel kami menginap. Seorang lelaki Scottish  yang menaiki lif yang sama untuk turun ke lobi hotel dengan 'macho'nya lagi berpewatakan
 gentleman membantu kami mengangkat 4 bagasi besar yang berat belaka hingga ke pintu utama lobi. Fuh, Allah sahaja yang tahu betapa ringannya beban kami masa tu.

Disamping itu, jurujual-jurujual di kedai di sana juga sangat menghormati pembeli, sangat berbeza dengan jurujual-jurujual di Malaysia (ops sorry, but generally, mungkin mereka kurang senyuman dan tidak mesra). Perkataan 'thank you' semacam dah melekat kat bibir mereka. Contohnya semasa di kaunter pembayaran:

::once u pass the item, salesgirl will ask"do you want a bag"..."yes"...then I give her the money, and once again she says"thank you" ...."this is your balance and this your bag,thank you" with sincere  smile. They really appreciate their customer though u buy the cheapest thing in their shop.::

Situasi lain ialah: dalam perjalanan untuk menaiki train sambil mengheret 1 bagasi besar, seorang auntie datang sambil terkejar-kejar untuk memberitahu padlock di bahagian hadapan beg saya tidak dikunci. Niatnya sungguh murni kerana risau atau takut-takut saya terlupa kunci dan barang saya hilang atau tercicir.

Balik sahaja ke Malaysia, orang pertama yang menyambut kami ialah pegawai imigresen yang memeriksa pasport. Dek kerana dah terbiasa dengan sikap positif, senyuman dan layanan mesra daripada pegawai imigresen disana,kami
 expect the same thing here. Namun, kami sangat kecewa dengan sikap pegawai imigresen di kaunter tersebut. Senyuman saya dibalas dengan muka masam mencuka. Bukan niat untuk membuat perbandingan, namun fikir-fikirkanlah, mereka yang tidak beragama Islam pun boleh mengamalkan 'hubungan sesama manusia' jauh lebih baik daripada penganut Islam sendiri. Bezanya mereka tidak beriman kepada Allah. Semoga yang baik dapat diteladani;)

SEKIAN =)



















Wednesday, 31 August 2011

Pre- & Pasca- Ramadhan

Berlalunya Ramadhan kareem.
Gambar hiasan : Antara dua, kita yang mana?

Situasinya...
Beberapa hari menghampiri ramadhan:
"esok luse dah nak puasa, aku nak berubah, nak pi terawih, solat sunat, baca quran banyak-banyak, kalo boleh satu al-quran aku nak abiskan..bla.bla.bla...."detik seseorang.

Ada juga yang kedengaran di telinga
"bulan puasa nak mula sembanhyang la"...erk, alhamdulillah

Bermacam-macam gayanya lagi.

Pokoknya, umat islam menjadikan Ramadhan itu sebagai bulan untuk memperelokkan penampilan, pergaulan serta ibadah. Madrasah untuk memulakan perubahan. Mereka berlumba-lumba untuk memperbanyak amal dan melakukan ibadah kerana Ramadhan bulan Rahmat dan keampunan.Solat berjemaah, solat sunat rawatib,solat sunat terawikh, membaca dan tadabur Al-quran, memperbanyak sedekah dan amal jariah & pelbagai amalan mulia lagi. Pendek kata, semuanya amalan yang menharapkan pahala dan redha dariNya.

Namun...
Selepas Ramadhan berlalu...
Apakah kita masih konsisten dalam melakukan amal ibadah dan menjaga kualiti ibadah seperti yang dilakukan ketika bulan Ramadhan. Ramai antara 'mereka'(mereka merujuk kita kepada umat manusia) yang 'kembali' pada kebiasaan. Pergaulan tidak diperhatikan lagi. Kualiti amal ibadah menurun.Solat sunat dikerjakan bila ada masa lebih, sedekah bila ada wang lebihan bulanan, Al-quran  cukup sekadar membaca tanpa mentadabur. Tanpa memahami nilai dan makna puasa sebenar, proses membentuk akhlak yang mulia dan menaik taraf tingkatan taqwa akan terbantut setelah Ramadhan menghilang.
Adakah kita melaksanakan segala amalan mulia di Bulan Ramadhan kerana Allah menjanjikan pahala berganda lantas bermalas-malasan di luar Ramadhan kerana Allah tidak melipatgandakan pahala??
Tepuk dada tanya iman kita...dimanakah kita tergolong?

Mereka yang benar-benar berjaya di madrasah Ramadhan ialah mereka yang berjaya mengaplikasikan apa yang dipelajari dan diamalkan 'disana' setelah bergraduasi dari madrasah ini. Ini bermakna, amalan-amalan mulia terus diamalkan secara konsisten pada 11 bulan selepas Ramadhan sehingga masuk kembali ke madrasah mulia ini untuk memperbaiki kualiti amal ibadah.

Akhir kalam,didoakan agar bulan Ramadhan sentiasa menjadi madrasah terbaik dalam membentuk akhlak dan meningkatkan taqwa bagi melahirkan mukmin dan mukmimah sejati. Jadilah hamba kepada Allah, bukannya hamba kepada Ramadhan...
Salam Aidilfitri. Hari untuk kembali kepada fitrah.....Semoga bertemu Ramadhan seterusnya ;)

||Cahaya Yang Menerangi||





Saturday, 27 August 2011

7 sunnah penting, jom beramal denganya!


Salam, (ini adalah perkongsian daripada sahabi Nurhafizah bt Yaakob, semoga sentiasa dilimpahi rahmatNya)
Ihya Ramadhan Al Mubarakh
Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.
Kedua:
Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.
Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.
Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.
Keenam:
Jaga wudhuk terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhuk. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhuk senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".
Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua.

Sunday, 21 August 2011

Berakhirnya kemewahan dunia

Sekadar renungan...
(Sumber: Maher Zain Malaysian Fan Club: Hazrul Syazwan. Cited from Prof Dr Muhaya)


1. Jangan bangga berkulit putih, kerana kulit terakhir kita = TANAH LIAT
2. Jangan bangga dengan rumah besar, kerana rumah terakhir kita = KUBUR
3. Jangan bangga dengan baju mahal, kerna baju terakhir kita = KAIN KAFAN
4. Jangan bangga dengan kenderaan besar, kerana kenderaan terakhir kita = KERANDA
5. Jangan bangga dengan minyak wangi berjenama, kerana wangian kita terakhir = KAPUR BARUS


* Kemewahan dan kesenangan didunia adalah pinjaman semata-mata, dan ianya adalah amanah yang harus dipikul dengan sebaik-baiknya. Pengakhiran kita menentukan siapa kita sebenarnya di hadapan Allah ;)



Kata-kata motivasi

Untuk memperbaiki manusia, baiki HATInya, untuk membaiki hati manusia, baiki dahulu SOLATnya.

Jadi Agen Kebaikkan sedari awal pagi

Islamic Calendar

Followers

Temujanji dgn ALLAH

noormunirahaab.blogspot.com. Powered by Blogger.
banner 1 banner 2