Thursday, 22 September 2011

Europe Tour 2011

KEMBARA DI BUMI ALLAH
(EUROPE VERSION)

Summer time @London-Scotland-France-Belgium-Holland
Alhamdulillah, syukur dipanjatkan ke hadratNYA kerana dikurniakan kesempatan waktu dan kesihatan yang baik untuk  terus mengembara dibumi Allah melihat segala keindahan ciptaanNya. Sungguh indah, perjalanan yang begitu menarik dan bermakna. Melihat dan menyusuri  alam yang ternyata indah, mengagumi seni bina bangunan-bangunan yang unik, memerhati attitude dan meneladani kebaikkan dan keramah-tamahan mereka disana,disamping makanan yang enak lagi lazat serta dapat belajar beberapa perkara yang dapat dijadikan panduan dalam memandu kehidupan mendatang. 



********************************************************************************
Beberapa perkara yang berminat untuk saya kongsikan, Semoga sedikit sebanyak dapat menjadi panduan untuk mereka yang ingin memulakan perjalanan :)

Pertamanya, dari segi pengangkutan. Semestinya untuk sampai ke sana wajib la menaiki flight. Destinasi pertama kami ialah London, UK. Kami menempah Air Asia tiket seawal 8 bulan sebelum perjalanan. Ha, tiketnya tersangat murah dibandingkan harga biasa untuk ke sana. Boleh dikatakan harga total tiket pergi&balik  KL-LONDON & LONDON-KL tak sampai RM2000. Kebetulan waktu itu ialah waktu kemuncak, summer time. Waktu jutaan umat manusia berbondong-bondong ke sana.

Ryan Air

Jaringan pengangukatan disana juga sangat mudah lagi memudahkan. Untuk travel dari satu negara ke negara lain di UK dan Eropah,  kapal terbang dan eurotrain adalah antara 2 pilihan. Malah tiket kapal terbang tambang murah boleh dikatakan mampu beli. Seingat saya, hanya 10pound, kami dapat terbang dari London ke Scotland. Alang-alang pergi kesana, lebih baik explore ke seluruh pelosok yang termampu dek badan dan kaki. Antara flight pilihan yang available untuk jalan udara ialah Ryan Air dan Easy Jet. Manakala dari segi pengangkutan di darat, kami menggunakan eurostar train untuk travel di antara negara-negara Eropah. Tiket ini di beli secara online dari Malaysia dan terus dipos ke Malaysia. Tiket ini boleh digunakan selama 4 hari, regardless the date and can explore any countries within 4 days. Sempat la kami menggunakan tiket ini untuk explore France, Belgium dan Holland. 

Sedikit rumusan mengenai perjalanan kami dan cara pengangkutan yang dipilih:
Euro train @ Gare Du Nord station, Paris
London-Scotland (Glasgow) : Ryan Air
Scotland(Glasgow)-France (Paris): Ryan Air
France (Paris)-Belgium-Paris: Eurostar
France-Holland (Amsterdam): Eurostar (3 hours journey)
Holland (Schipol)- London (Stansted) : Easy Jet 
London-KL : Air Asia





Keduanya, mengenai penginapan. Sistem hotel di UK & Eropah adalah tidak sama seperti sistem di negara-negara Asia. Alhamdulillah, di France, kami dapat menginap di hotel mewah tetapi tiada bayaran dikenakan. Pelik ke? Ini adalah hasil menjadi ahli kelab sebuah kelab percutian. Namun di London, Scotland dan Holland, bilik mesti ditempah berdasarkah jumlah penginap. Hurm, dalam usaha penjimatan bajet, kami menempah bilik 2 orang untuk dihuni  4 orang. Tetapi langkah berjaga-jaga harus diperhatikan, jangan sampai terkantoi oleh pihak hotel. Perbuatan ini agak terkantoi di hotel di London dan akan diceritakan lebih lanjut dalam  post mengenai London (insyaAllah soon). Jadi, kami menggunakan alternatif untuk menginap di Malaysia Hall London dengan bantuan seorang rakyat Malaysia yang begitu baik hati. Namun di Scotland dan Holland, segalanya berjalan lancar.


Ketiganya dari segi makanan. Makanan-makanan halal sangat mudah didapati. Restoran-restoran Arab dan Turki agak banyak disana. Jadi, pizza dan kebab menjadi santapan utama kami disana. Dari segi harga, rasanya memang berpatutan, kerana small size pizza disana lebih besar dari regular size pizza di Malaysia dan harganya lebih kurang harga di Malaysia. Namun, air mineral disana jika ditukarkan dengan duit Malaysia agaklah mahal. Satu botol air mineral 500ml berharga 1pound (~RM5). Alang-alang membeli air mineral, sangatlah elok membeli air mineral jenis EVIAN kerana ia mempunyai kelebihan dan khasiat tersendiri. Malah harganya sangat mahal di Malaysia, lebih kurang RM7 sebotol.



Pizza @ Scotland
Nasi  goreng Turki @ Scotland





Pizza @ Amsterdam, Holland
Food @ Malaysia Hall


Hablum minannas (Hubungan manusia dengan manusia)


Perjalanan yang bermakna ialah perjalanan yang membawa kita ke dalam dunia positif yang boleh dicontohi. Saya sangat bersetuju dengan pandangan yang mengatakan orang asing lebih elok budi pekertinya. Ikatan hubungan sesama manusia disana sangat rapi. Boleh dikatakan 95% orang putih yang kami 'berhubungan' di sana sangat menghormati antara satu sama lain tanpa ada riak diskriminasi di wajah mereka baik daripada kalangan pemandu bas & teksi, pihak hotel, penjaga kaunter tiket train dan pemeriksa tiket, jurujual-jurujual di kedai, pegawai imigresen serta orang ramai yang menunjukkan arah .Wah, saya benar-benar jatuh hati dengan sikap mereka.
My brother and Scottish uncle
Di Scotland, orang-orangnya begitu ramah dan baik hati untuk memberi pertolongan. Tanpa diminta, mereka sudi menawarkan diri untuk mengambil gambar kami ketika kami 'sibuk' mengambil gambar kenangan secara bergilir-gilir. Uncle dalam gambar disebelah ialah salah seorang yang datang menawarkan pertolongan untuk mengambil gambar kami.

Situasi kedua ialah di hotel kami menginap. Seorang lelaki Scottish  yang menaiki lif yang sama untuk turun ke lobi hotel dengan 'macho'nya lagi berpewatakan
 gentleman membantu kami mengangkat 4 bagasi besar yang berat belaka hingga ke pintu utama lobi. Fuh, Allah sahaja yang tahu betapa ringannya beban kami masa tu.

Disamping itu, jurujual-jurujual di kedai di sana juga sangat menghormati pembeli, sangat berbeza dengan jurujual-jurujual di Malaysia (ops sorry, but generally, mungkin mereka kurang senyuman dan tidak mesra). Perkataan 'thank you' semacam dah melekat kat bibir mereka. Contohnya semasa di kaunter pembayaran:

::once u pass the item, salesgirl will ask"do you want a bag"..."yes"...then I give her the money, and once again she says"thank you" ...."this is your balance and this your bag,thank you" with sincere  smile. They really appreciate their customer though u buy the cheapest thing in their shop.::

Situasi lain ialah: dalam perjalanan untuk menaiki train sambil mengheret 1 bagasi besar, seorang auntie datang sambil terkejar-kejar untuk memberitahu padlock di bahagian hadapan beg saya tidak dikunci. Niatnya sungguh murni kerana risau atau takut-takut saya terlupa kunci dan barang saya hilang atau tercicir.

Balik sahaja ke Malaysia, orang pertama yang menyambut kami ialah pegawai imigresen yang memeriksa pasport. Dek kerana dah terbiasa dengan sikap positif, senyuman dan layanan mesra daripada pegawai imigresen disana,kami
 expect the same thing here. Namun, kami sangat kecewa dengan sikap pegawai imigresen di kaunter tersebut. Senyuman saya dibalas dengan muka masam mencuka. Bukan niat untuk membuat perbandingan, namun fikir-fikirkanlah, mereka yang tidak beragama Islam pun boleh mengamalkan 'hubungan sesama manusia' jauh lebih baik daripada penganut Islam sendiri. Bezanya mereka tidak beriman kepada Allah. Semoga yang baik dapat diteladani;)

SEKIAN =)



















No comments:

Kata-kata motivasi

Untuk memperbaiki manusia, baiki HATInya, untuk membaiki hati manusia, baiki dahulu SOLATnya.

Jadi Agen Kebaikkan sedari awal pagi

Islamic Calendar

Followers

Temujanji dgn ALLAH

noormunirahaab.blogspot.com. Powered by Blogger.
banner 1 banner 2