Saturday, 11 December 2010

Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman


TRAVELOG HAJI
Mengubah Sempadan Iman


Alhamdulillah, berkesempatan jua akhirnya untuk  menghabiskan buku TravelogHaji: Mengubah Sempadan Iman, tulisan Prof. Dr Muhd Kamil bin Ibrahim. Buku ini sudah dimiliki sejak  pertengahan 2009, namun baru kini dipertengahan Zulhijjah 1431H (November 2010) baru sempat membaca dan menghabiskannya.
Tulisan ini bukanlah untuk memperincikan setiap kandungan buku. Sekadar berkongsi rasa.

Sebuah novel islam yang mampu MEMBINA JIWA DARI SENTUHAN HATI daripada seorang hamba Allah yang bernama Prof. Dr Muhd Kamil bin Ibrahim. Ianya mampu ‘memberi rasa’ dan menitiskan air mata pembacanya. Mengenali hakikat hidup BERTUHAN dan pengharapan kita sebagai seorang hamba.

Bagi pendapat saya, sebagai pembaca, kisah ini bukan sahaja boleh dijadikan pengajaran unutuk perlaksanaan haji, namun diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Ianya sudah pasti “Keyakinan kita kepada Allah dalam apa jua yang dilakukan. Hanya padanya kita mengadu, merayu dan  mengharap”


“Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan” (Ar-Rahman: 13)

2 comments:

The Traveler said...

sy pun tengah duk feeling2 baca buku ni..bila la saya akan menjadi tetamu istimewa Allah..Doakan untuk saya

noormunirah_Aab said...

content buku ini sngt2 berkesan di hati...insyaAllah sir, akan ada jemputan dari Allah, cuma masa belum tahu,smoga kita semua menjadi tetamu Allah yang istimewa =)

Kata-kata motivasi

Untuk memperbaiki manusia, baiki HATInya, untuk membaiki hati manusia, baiki dahulu SOLATnya.

Jadi Agen Kebaikkan sedari awal pagi

Islamic Calendar

Followers

Temujanji dgn ALLAH

noormunirahaab.blogspot.com. Powered by Blogger.
banner 1 banner 2