Kejadian berlaku pada 18 Ramadhan 1431H (28 August 2010)
Babak 1: Kagum dengan ‘ke’gila’an dan ketaksuban manusia dengan sale di SOGO, KL.
Lokasi yang lebih spesifik: SALE area @ Ground floor
Penulis: Wah, pah gini seme noh orang maghi beli so’go,nok jalang susoh, Na, molek sket dgn pencapek, senang ngak orang nok curi kalu gining…[wah, ramainya orang dtng membeli di Sogo, Na, berhati2 dengan pencapek, senang orang ambil peluang nak menyeluk kalau keadaan macam ni]
Kakak (Na): Ye ar Ni(name manjaku**,), jaga molek ah beg…[betul lah Ni, jaga elok2 la bag]
Babak 2: Malang tidak berbau…
Lokasi lebih spesifik: ‘Agaknya‘ di bahagian jualan beg Carlo Rino, Ground floor
Wah, Carlo Rino 50% sale, penulis terus meluru kearah longgokan beg disitu.Dalam dok sibuk penulis berebut,memegang, mengangkat, membelek, meneliti tanpa menghiraukan keadaan sekeliling, terasa beg yang di’sandang’ terasa amat ringan. Pada asalnya, beg tepi ni memang berat mainly kerana purse yang penuh diisi dengan syiling. Kerana cuai dan keasyikan menengok beg, beg yang disandang pun dilupakan. Bila terasa ringan, penulis terus menarik beg tu dan keadaan zipnnya sudah terbuka.TERGAMAM!!betul ke ni, alamak, purse aku!! Beg tuh pun dah kebelakang badan masa tu. Memang senang la penyeluk tu nak melakukan kerja haram tu.
Ni la yang dikatakan, ‘yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran’
Denyutan nadi accelerate its velocity. Bingung seketika. Keluar dari kesibukan ke tempat yang lebih lapang. Kelihatan kelibat kakak datang sambil senyum dan bertanya “Ni, ada hok kenang dok beg?” (Ni, ada yang berkenan ke beg?)…”Na, purse hilang!”.. “Ye ke Ni?Gane plok bulih jadi?”…bercerita dan bercerita kronologi yang tidak pasti…”doh, meh kite gi customer service buat report”
PADAT: Keadaan yang memberi peluang kepada penyeluk saku untuk mencuri |
Babak 3: Report @ Customer Service
Lokasi: Customer Service @Ground Floor
Bagi pendapat penulis, Customer Service department adalah tempat terbaik yang perlu dituju sekiranya kejadian ragut belaku kepada anda.
Disini, penulis perlu mengisi borang yang mengandungi maklumat lengkap penulis dan barang-barang yang hilang termasuklah cash, kad ATM, kad pengenalan, lesen memandu, kad borong Mydin(hehe) dan pelbagai lagi.
Layanan yang mesra daripada pekerja serba sedikit mengurangkan perasaan yang agak ‘tertekan’.
“Okey, lepas ni cik naik ke Customer Service di tingkat 7, dan pihak kami akan membantu cik untuk menghubungi bank untuk tujuan pembatalan semua kad-kad ATM yang hilang”.-- “Baiklah, terima kasih=)”, penulis terus bergegas ke tingkat 7, risau kad ATM dipergunakan sewenang-wenangnya oleh pencuri.
Babak 4: Report @ Customer Service
Lokasi: Customer Service(Lost and Found) @Tingkat 7
Disini, semua pembatalan kad-kad ATM berjaya dibuat. Tiada transaksi sempat dilakukan. Risau juga sebab one of ATM card’s password is very easy.
Terima kasih kepada pihak customer service Sogo yang terus menerus berusaha menghubungi setiap bank untuk membantu pembatalan kad-kad ATM/debit dilakukan. (^_^). Sekali lagi merasa sedikit lega dek layanan mesra. Inilah baru dikatakan perkhidmatan mesra yang disenangi pelanggan. 4.5 bintang untuk merekaJ
Kata-kata akhir mereka sebelum kami keluar: “Sekiranya purse dijumpai, kami akan terus menghubungi cik=)”. Tapi nak dijadikan cerita, lepas je keluar customer service, bateri handphone habisssss… nampaknya selepas pulang ke rumah baru dapat tahu status ‘misteri kehilangan purse’.
Dan setakat tengahari ini, kes penulis adalah kes ke-3 untuk kes seluk saku(tidak termasuk kes hilang anak lagi, yang juga berlaku semasa penulis membuat laporan). Selesai laporan dibuat, datang sepasang suami isteri dalam 40-an membuat report purse isteri pun diseluk. Jadi dah empat kes berlaku sehingga tengahari.
Aduhai penyeluk saku, sungguh licik kamu, namun ingatlah balasannya, adakah kamu tenang menggunakan duit haram itu???…..
Selingan (sewaktu di customer service department):
Miss X : “Purse adik brand apa ya?”-untuk direkodkan dalam buku LOST&FOUND..
Penulis: “ROXY ”…
Miss X : Dengan yakinnya Miss X menulis “ROCK-C”…Tersenyum penulis kerana geli hati melihat ejaan yang unik ini, tapi tak tunjuk depan2 takut Miss X merasa malu…
Kawan Miss X: “Bukan macam tu ejaan dia, macam ni R-O-X-Y”, kawan Miss X menegurnya sambil tersenyum juga.
Selepas kejadian, cuba tenangkan diri.Tenang tenang, sabar, sabar. Kakak-kakak penulis (K.long & Na) yang turut bersama ke Sogo juga banyak memberi kata-kata semangat. Antaranya “Takpe, duit boleh dicari”, “Anggaplah apa yang berlaku sebagai penyucian harta”. Penulis redha dengan apa yang telah berlaku. Cuma terkilan dengan beberapa perkara, pertamanya duit yang hilang adalah pemberian arwah ma yang baru pulang ke rahmatullah. Bukan duit persoalannya, cuma orang yang memberi itu very very meaningful in my life. Keduanya, kecurian ini berlaku pada bulan Ramadhan. Bulan dimana semua orang mengejar untuk mendapat maghfirah (keampunan) dariNYA, namun ada lagi segelintir masyarakat yang masih ‘jahil agama’ yang sanggup melakukan perkara terkutuk ini, hanya jika pencuri tu seorang yang mengelarkan dirinya sebagai MUSLIM!
Penulis yakin bahawa kejadian ini adalah satu ujian dan rahmat daripada Allah yang sentiasa menguji hamba-hambaNYA. Melihat sejauh mana kesabaran dan kebergantungan hamba yang lemah ini kepadaNYA. Sejauh mana hamba ini redha dengan kehilangan?.
“Setiap masalah, kesukaran, kehilangan, kesakitan dan apa jua yang menyeksa jiwa adalah merupakan ujian dari Allah untuk menguji sejauh mana iman kita. Iman perlu kepada ujian. Ini jelas sebagaimana maksud firman Allah :
"Adakah manusia itu menyangka bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." ( al-Ankabut: 2 - 3)
Sambungan…..
Alhamdulillah, dengan instinct (suara hati) yang Allah bagi ini, penulis tidak merasa berdebar dengan kehilangan ini. Berdasarkan pengalaman yang sebelum ini pernah kehilangan barang-barang, perasaan tenang tanpa debar biasanya mempunyai pengakhiran yang menggembirakan. Biasanya penulis akan mendapat kembali barang tersebut. Lets see what happen in this case???
Babak 5: Purse Berjaya ditemui
Pukul 12.15 tengah malam, handphone baru dicas. Beberapa voicemail masuk daripada nombor yang tidak dikenali. Ia seperti nombor dari area KL, perasaan mengharap tiba kembali akan penemuan purse itu. Penulis terus dail ke talian 1313, dan khabar indah kedengaran::
“Your purse has been found, please collect your purse at customer service.….” Suara Miss X yang begitu dikenali. Call ni masuk sejak pukul 3 petang.
Alhamdulillah, kegembiraan tidak dapat digambarkan, purse kembali ditemui. Sujud syukur padaNYA.
(Pada hakikatnya, purse ini sangat bermakna kerana….., penemuan kembali adalah rezeki drpd Allah)
Keesokannya, penulis terus ke Sogo di Bahagian Customer Service (Lost& Found), dan berjaya mendapatkan kembali purse tersebut. Semua masih lengkap didalam purse, tapi kedudukan kad berubah-ubah dan seperti yang disangkakan, semua duit termasuklah syiling lesap.
Pengajaran daripada kisah ini.
1) Sebarang kesusahan, kehilangan atau kegagalan yang berlaku adalah satu ujian yang perlu dihadapi dengan tenang dan sabar. Banyakkan pergantungan dan berdoa kepada Allah. Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNYA. Tidak dinafikan kehilangan itu sesuatu yang pahit untuk diterima, namun ia boleh bertukar menjadi indah sekiranya kita tenang dan cuba melihat ia dari sudut positif. Dan seterusnya, tercungkillah hikmah disebalik setiap kehilangan tersebut. Jangan putus harap pada Allah.
2) Sekiranya berlaku hal sebegini ke atas sahabat2 sekalian, terus buat report. Sekiranya berlaku di shopping complex, ada baiknya terus ke Customer Service Department dan seterusnya ke balai polis sekiranya melibatkan kad pengenalan, lesen etc.Bagi kes yang berlaku di tempat awam, terus buat laporan di balai polis.
3) Bagi sahabat2 perempuan, berhati-hati ketika menyandang beg tangan anda. Pastikan zip berada di bahagian hadapan, kerana sekiranya penyeluk tersebut ingin membuka zip beg tersebut, mereka perlu bersilang tangan dengan anda, barulah zip dapat dibuka. Dan berhati-hati juga ditempat yang sibuk dan padat. (Teringat satu kisah seorang sahabat yang handphonenya yang berada di dalam poket seluar diseluk ketika mengunjungi tempat yang ramai dan padat).
4) Pastikan ATM card’s password tidak berdasarkan tarikh lahir atau apa-apa nombor pada kad pengenalan anda. Ini kerana, sewaktu penulis membuka purse selepas ia ditemui, kad pengenalan dan Maybank card penulis berada di compartment yang sama, sedangkan pada asalnya berada di compartment yang berlainan. Ini menunjukkan penyeluk berusaha untuk membuat pengeluaran duit menggunakan no. kad pengenalan.
Semoga kisah kali ini sedikit sebanyak memberi pengajaran dan panduan kepada sahabat-sahabat sekalian.
Cahaya Yang Menerangi®
No comments:
Post a Comment