Thursday, 30 September 2010

Selamat Hari Lahir (video)

Alhamdulillah, berkesempatan juga untuk menyiapkan sebuah video berlatarbelakangkan lagu SELAMAT HARI LAHIR nyanyian kumpulan Saujana. Liriknya, rentak lagunya serta combination suara dan penyampaiannya sungguh menarik. Maka, terhasillah sebuah Music Video menggunakan latar-latar indah.
 ^.^

Music Video ini khas ditujukan buat semua sahabat yang sudah pasti dan semestinya mempunyai tarikh bersejarah lahir ke dunia. 

Semoga amal dan ilmu seiring dengan peningkatan usia,  membawa kita mencapai KEREDHAAN-Nya. 

Semoga vertical relationship dengan Allah semakin kukuh!!

 DAN sudah pasti, dengan peningkatan usia, menandakan ajal semakin dekat. Tiada lagi ulangan hari lalu. Jadikan hari ini sebagai point untuk MUHASABAH DIRI. Apa yang telah dilakukan pada hari lalu, tahun lalu, tanya diri, apa yang telah anda lakukan untuk ISLAM!!!

Pernah terbaca satu ucapan indah di hari lahir seorang sahabat: 

‎"Saudaraku, aku hanya tahu tarikh lahirmu, tapi aku tidak tahu tarikh matimu. Kuucapkan selamat ulangtahun kehidupan, semoga jadi bekalan buat matimu"






 Nukilan:

Cahaya Yang Menerangi®

Friday, 24 September 2010

Pramugari koma di tanah suci






Kisah ini bukanlah tulisan saya sendiri. Namun, kisah ini penuh dengan iktibar dan pengajaran. Sama-sama kita mengambil pengajaran darinya.







Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.



Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an.Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.

Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggaldengan nenek saya di Perak. Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga..

Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wa nita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.

Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, seg alan ya berj alan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wa nita terbabit..

Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wa nita itu tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabk an mengurus jemaahitu, saya pun bergegas menuju ke arah wa nita berkenaan. "Kakak ni sakit," kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas.Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.

"Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa dia kehospital," kata saya.Tanpa membuang masa, kami mengangkat wa nita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.


Sampai di hospital Madinah, wa nita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang,wa nita itu masih lagi koma. Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wa nita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wa nita tersebut.

Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wa nita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu. Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wa nita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatanlanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.

Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. M alan gnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wa nita tersebut masih koma. Bagaimanapun, kata
doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.

Selepas dua hari menunggu, akhirnya wa nita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wa nita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??

Saya bertanya kepada wa nita tersebut, "Kenapa kakak menangis?" "Mazlan... kakak taubat dah
Lan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat."

"Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga. Wa nita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya, "Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua am alan ibadat kakak dan suami kakak tak buat.

Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.

"Habis yang kakak pergi haji ini?"

"Yalah...kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi."

"Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa sakit?" tanya saya lagi.

Dengan suara tersekat-sekat, wa nita itu menceritakan, "Mazlan...Allah itu Maha Besar, MahaAgung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini.

"Betul ke kak?" tanya saya, terkejut.

"Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak ditarikdengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah."

"Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini... putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan.. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik." tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wa nita itu terus bercerita.

Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.

Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wa nita itu meneruskan ceritanya, "Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala.. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasaseperti menggelegak. Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan. "sambil bercerita, wa nita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.

Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar. "Mazlan...kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judidan segala macam dosa besar.

Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar. "Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak.

Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus.

Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi...kakak dihidangkan puladengan minuman yang dibuat dari nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga.Semua terpaksa kakak lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."

Saya terus mendengar cerita wa nita itu dengan tekun.. Terasa sungguh kebesaran Allah. "Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakakakan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah allah akan jadi umat yg soleh. Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji,akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan.. "

Saya termenung mendengar cerita wa nita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa.. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik am alan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk am alan kita, maka azablah kita di akhiratkelak. Alhamdulillah, wa nita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah..

"Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat... kakak taubat nasuha," katanya sambil menangis-nangis.

Sejak itu wa nita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wa nita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.

"Kakak...yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat ke..." tegur saya.

"Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar." menurut wa nita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semulasembahyang yang ditinggalkannya dahulu.

Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wa nita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.

"Tak boleh Mazlan.. Kakak takut...kakak dah merasai pedihnya azab tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak.
Kakak betul- betul bertaubat."

Wa nita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau wanita lain pula jadi macam kakak. Semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wa nita Islam yangsengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa."

"Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni??? Allah..."

"Kakak ber azam , balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudah
bawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam."

Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wa nita tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wa nita yang benar-benar solehah. Adakah diaberbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?

Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis. Adakah ia bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala,
syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa "Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal.... .. " itu dah terlambat.





REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN

WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK, WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI

Monday, 20 September 2010

Tuntutan di Tribunal Pengguna


Merasakan diri ditipu, itulah yang menggerakkan diri saya untuk berusaha mencari hak sebagai seorang pengguna. Kesedaran mengenai kewujudan tribunal pengguna hanya bermula selepas tamat belajar. Ini membuatkan saya menyedari  mengenai satu kes yang berlaku sekitar 2 tahun lepas, dimana ketika itu saya seorang pelajar tahun 2 di UIA, yang boleh dikatakan cetek mengenai dunia luar yang penuh dengan ‘tipu daya  lagi mempedayakan’. Maklumlah, kehidupan dalam kampus sungguh ‘terjaga’.

Pertengahan Februari 2008

Al-kisah bermula ketika saya bersama seorang rakan (Rara@Aznira) ke Kuantan Parade. Dan di’approach’ oleh seorang lelaki dan bertanyakan ‘adik ni student ke?’ sambil menghulurkan sekeping kad. Dijemput dengan penuh hemah ke ‘meja mempedaya’ yang dipenuhi dengan borang dan handout2 yang tercetak pelbagai tawaran-tawaran termasuklah diskaun pelancongan, penerbangan, tiket bas, perlindungan insuran, dan potongan untuk membeli handphone dan laptop dan bermacam2 ribu tawaran lagi. Selepas ditawarkan dengan pelbagai tawaran, disamping desakan mulut manis mereka, kami dengan mudahnya mendaftar sebagai ahli kepada syarikat tersebut, so called Argung Privileged Sdn Bhd.

Ogos 2010

Saya cuba mendapatkan hak sebagai seorang pengguna dengan melaporkannya kepada tribunal pengguna. Kes ni boleh dikira agak lama kerana melebihi 2 tahun. Prosedurnya amat mudah sekali. Pihak yang menuntut cuma perlu mengisi 3 salinan Borang 1 untuk melaporkan masalah dan menyerahkannya kepada Tribunal Pengguna dan  Pihak yang dituntut (Argung). Prosedur terperinci akan diterangkan oleh pihak tribunal pengguna dengan terperinci. Selang beberapa minggu, saya menerima surat untuk memaklumkan mengenai Pendengaran Kes di Mahkamah Tribunal pengguna pada 10 Ogos 2010. Saya hadir dengan beberapa bukti yang dirasakan amat kukuh untuk menegakkan hak . Namun, perasaan kecewa agak terasa pagi itu apabila pihak yang dituntut tidak menampilkan diri mereka untuk pembicaraan face-to-face. Namun, pembicaraan harus diteruskan dengan memberi keterangan kepada Presiden Tribunal Pengguna yang bertindak sebagai hakim dalam memberi keputusan. Penulis diputuskan menang tanpa pembicaraan lanjut, disaksikan 7 lagi hadirin yang lain dan berhak mendapat kembali wang yang di’beri’ secara percuma kepda syarikat itu.Fuh, lega, Alhamdulillah….

Pengalaman hadir ke tribunal pengguna ini adalah satu pengalaman yang baru dan sangat bermakna. Disamping menyelesaikan masalah sendiri, kes2 lain dibicarakan boleh dijadikan pengajaran terbaik untuk diri sendiri dan boleh dikongsi. Bukankah  pengalaman itu adalah guru terbaik .
 Wise man says “Experience is the most brutal of teachers. But it keeps u learning!” (credit to Khadijah Lukman)

Antara kes-kes yang boleh dikongsi(namun pihak yang menuntut dirahsiakan namanya)
  1. Semestinya kes saya adalah kes yang pertama yang didengar di mahkamah pendengaran ini yang bertarikh 10/8/10. seperti yang diterangkan, saya cuba mengemukakan bukti-bukti yang ada sebagai pengukuhan bahawa saya memang ditipu dalam kes ini. Kemenangan berpihak kepada saya.
  2. Kes ke-2 ialah mengenai pihak yang menuntut (encik A & encik B) dengan hotel yang agak terkemuka di Malaysia,yang beribupejabat di ampang. Tersebut alkisah dimana encik A dan encik B telah membuat tempahan bilik hotel, namun pada hari untuk menginap, mereka dimaklumkan bilik hotel sudah penuh dan ditawarkan hotel lain, ala-ala hotel rex, di trg (ntahla rupa macammana). Jadi, akibat tak puas hati, masuklah tribunal pengguna,
  3. Kes-3 ialah antara encik C dan Kedai cuci kereta. Kisahnya, selepas encik C menghantar kereta untuk dicuci termasuklah mencuci enjin, enjin kereta mati selepas 1KM perjalanan, dan lampu kereta tak dapat dinyalakan kerana air masuk kedalam wayar (saya tidak berapa pasti dengan kes ni, tapi ceritanya lebih kurang macam tu). Namun, dalam hal ini, presiden tribunal pengguna tidak dapat memberi keputusan akhir kerana pihak yang dituntut (syarikat cuci kereta) enggan menerima surat tuntutan yang difailkan) yang dihantar secara pos sebelum ini. Jadi, encik C dinasihatkan memberikan borang tuntutan secara direct kepada syarikat ataupun meninggalkan sahaja borang itu di syarikat tersebut sekiranya syrkt enggan menerima. Kes ini mungkin agak rumit kerana kerosakan pada bahagian kereta mestilah diperakui oleh mereka yang pakar dalam bidang ini dan kemungkinan jumlah tuntutan yang dibenarkan adalah RM10 iaitu kos untuk cuci kereta.Pembicaraan akan teruskan pada hari lain.
  4. Kes ke-4 ialah mengenai encik D dan penjual telefon bimbit (encik E). Encik D mendakwa bahawa telefon yang baru dipakai 25 hari timbul masalah. namun, encik E enggan menukarkannya dengan yang baru atau membaikinya walaupun waranti telefon tersebut adalah 1 tahun. Encik E mendakwa, kerosakan berlaku atas kecuaian encik D sendiri kerana terdapat keretakan dibahagian dalam telefon tersebut. Hakim menasihatkan mereka berdua untuk berunding untuk mencapai satu kata. Keputusan akhir tidak dipastikan kerana saya keluar awal dari mahkamah pengguna.

Pendedahan mengenai kes-kes ini tidaklah bermaksud untuk memalukan mana2 pihak, ia sekadar perkongsian yang boleh dijadikan pengajaran. Diantara keempat-empat kes diatas, hanya satu kes yang dihadiri pihak yang dituntut(ditentang) iaitu kes ke 4. mana pihak yang dituntut???hilang keberaniankah mereka untuk menjawab persoalan mengenai HAK!! Hak pengguna dan sudah tentunya ia berkaitan dengan kejujuran.Bilamana kejujuran dan sikap amanah diasingkan daripada kehidupan, maka berleluasalah penipuan diatas muka bumi Allah ini.Astaghfirullah, mohon dijauhkan.....



Nukilan,

Cahaya Yang Menerangi®
                                      


Sunday, 19 September 2010

Risiko beli kanta lekap Internet

SHAH ALAM - Taip sahaja perkataan 'kanta lekap murah' di ruangan carian di Internet, anda akan menemui puluhan blog menawarkan produk tersebut dengan pakej harga yang murah.
Namun, ramai pengguna tidak mengetahui bahawa mereka terdedah kepada risiko buta apabila menggunakan kanta lekap tersebut yang kebanyakannnya buatan Korea tanpa mendapat preskripsi daripada pegawai optometri terlebih dahulu.
Perunding Optometri Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Bariah Mohd. Ali berkata, lambakan produk itu yang dijual secara dalam talian bakal mengundang masalah kerana boleh menyebabkan masyarakat menghidap penyakit mata.
"Ramai remaja suka memakai kanta lekap yang bukan sahaja berfungsi sebagai alat bantuan penglihatan tetapi juga aksesori kecantikan kerana ia didatangkan dengan warna seperti hazel, violet, biru, hijau dan kelabu.
"Tetapi mereka perlu ingat bahawa pemakaian kanta lekap perlu diperiksa oleh pegawai optometri bagi mengelak sebarang jangkitan, alahan atau lebih kronik mengakibatkan buta," katanya ketika dihubungi di sini baru-baru ini.
Sumber: KOSMO!

Thursday, 16 September 2010

BarakaAllahu Lakuma

BarakaAllahu Lakuma ( By: Maher Zain )
Specially dedicated to all my friends who just got married. May Allah Bless your wedding with Barakah.

We’re here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together
We’re gathered here to celebrate
A moment you’ll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever

Let’s raise our hands and make Du’a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
 

Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair.
Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.

From now you’ll share all your chores
Through heart-ship to support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure
We pray that He will fill your life
With happiness and blessings
And grants your kids who make your home
Filled with laughter

Let’s raise our hands and make Dua
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكم
وجمع بينكما في خير

بارك الله
بارك الله لكم ولنا

الله بارك لهما
الله أدم حبهما
الله صلّي وسلّم على رسول الله

الله تب علينا
الله ارض عنا
الله اهد خطانا
على سنة نبينا
 



Let’s raise our hands and make Du’a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

Barakallahu Lakuma wa Baraka alikuma
 Wa jamaah baina kuma fee khair

[Yatie & Zahied]
Kawan sedari KOSPINT. Selamat diijabkabulkan pada 12 September 2010. Gambar: Berkumpul kembali KOSPINTIAN 9903 





[Zulfa Izza & pasangan ]
Ex-class-mate from SHAMS(SMKA Sheikh Abdul Malek). Selamat diijabkabulkan pada 12 September 2010. 
Gambar: Alamak, terlebih senyum pula**,)



[Siti Zubaidah & Firdaus Fikri]
Both are course-mates from IIUM(Radiography). Selamat diijabkabulkan pada 13 September 2010.







[Azyati (k.tie) & pasangan (tiada mase ni, dok sibuk layan tetamu,he2)]
Juga couse-mate from IIUM (radiography)






[Balkis & Hilmi]
My great friend from KOSPINT. Selamat diijabkabulkan pada 30 April 2010.  Gambar: I love this dress colour=)

Sunday, 5 September 2010

Aduhai penyeluk saku...

Kejadian berlaku pada 18 Ramadhan 1431H (28 August 2010)

Babak 1: Kagum dengan ‘ke’gila’an dan ketaksuban manusia dengan sale di SOGO, KL.

Lokasi yang lebih spesifik: SALE area @  Ground floor

Penulis: Wah, pah gini seme noh orang maghi beli so’go,nok jalang susoh, Na, molek sket dgn pencapek, senang ngak orang nok curi kalu gining…[wah, ramainya orang dtng membeli di Sogo, Na, berhati2 dengan pencapek, senang orang ambil peluang nak menyeluk kalau keadaan macam ni]

Kakak (Na): Ye ar Ni(name manjaku**,), jaga molek ah beg…[betul lah Ni, jaga elok2 la bag]

Babak 2: Malang tidak berbau…
Lokasi lebih spesifik: ‘Agaknya‘ di bahagian jualan beg Carlo Rino, Ground floor

Wah, Carlo Rino 50% sale, penulis terus meluru kearah longgokan beg disitu.Dalam dok sibuk penulis berebut,memegang, mengangkat, membelek, meneliti tanpa menghiraukan keadaan sekeliling, terasa beg yang di’sandang’ terasa amat ringan.  Pada asalnya, beg tepi ni memang berat mainly kerana purse yang penuh diisi dengan syiling. Kerana cuai dan keasyikan menengok beg, beg yang disandang pun dilupakan. Bila terasa ringan, penulis terus menarik beg tu dan keadaan zipnnya sudah terbuka.TERGAMAM!!betul ke ni, alamak, purse aku!! Beg tuh pun dah kebelakang badan masa tu. Memang senang la penyeluk tu nak melakukan kerja haram tu.
Ni la yang dikatakan, ‘yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran’

Denyutan nadi accelerate its velocity. Bingung seketika. Keluar dari kesibukan ke tempat yang lebih lapang. Kelihatan kelibat kakak datang sambil senyum dan bertanya “Ni, ada hok kenang dok beg?” (Ni, ada yang berkenan ke beg?)…”Na, purse hilang!”.. “Ye ke Ni?Gane plok bulih jadi?”…bercerita dan bercerita kronologi yang tidak pasti…”doh, meh kite gi customer service buat report”

PADAT: Keadaan yang memberi peluang kepada penyeluk saku untuk mencuri


Babak 3: Report @ Customer Service
Lokasi: Customer Service @Ground Floor

Bagi pendapat penulis, Customer Service department adalah tempat terbaik yang perlu dituju sekiranya kejadian ragut belaku kepada anda.
Disini, penulis perlu mengisi borang yang mengandungi maklumat lengkap penulis dan barang-barang yang hilang termasuklah cash, kad  ATM, kad pengenalan, lesen memandu, kad borong Mydin(hehe) dan pelbagai lagi.
Layanan yang mesra daripada pekerja serba sedikit mengurangkan perasaan yang agak ‘tertekan’.
“Okey, lepas ni cik naik ke Customer Service di tingkat 7, dan pihak kami akan membantu cik  untuk menghubungi bank untuk tujuan pembatalan semua kad-kad ATM yang hilang”.-- “Baiklah, terima kasih=)”, penulis terus bergegas ke tingkat 7, risau kad ATM dipergunakan sewenang-wenangnya oleh pencuri.


Babak 4: Report @ Customer Service
Lokasi: Customer Service(Lost and Found) @Tingkat 7

Disini, semua pembatalan kad-kad ATM berjaya dibuat. Tiada transaksi sempat dilakukan. Risau juga sebab one of ATM card’s password is very easy.
Terima kasih kepada pihak customer service Sogo yang terus menerus berusaha menghubungi setiap bank untuk membantu pembatalan kad-kad ATM/debit dilakukan. (^_^). Sekali lagi merasa sedikit lega dek layanan mesra. Inilah baru dikatakan perkhidmatan mesra yang disenangi pelanggan. 4.5 bintang untuk merekaJ

Kata-kata akhir mereka sebelum kami keluar: “Sekiranya purse dijumpai, kami akan terus menghubungi cik=)”. Tapi nak dijadikan cerita, lepas je keluar customer service, bateri handphone habisssss… nampaknya selepas pulang ke rumah baru dapat tahu status ‘misteri kehilangan purse’.
Dan setakat tengahari ini, kes penulis adalah kes ke-3 untuk kes seluk saku(tidak termasuk kes hilang anak lagi, yang juga berlaku semasa penulis membuat laporan). Selesai laporan dibuat, datang sepasang suami isteri  dalam 40-an membuat report purse isteri pun diseluk. Jadi dah empat kes berlaku sehingga tengahari.
Aduhai penyeluk saku, sungguh licik kamu, namun ingatlah balasannya, adakah kamu tenang menggunakan duit haram itu???…..


Selingan (sewaktu di customer service department):
Miss X  :  “Purse adik brand apa ya?”-untuk direkodkan dalam buku LOST&FOUND..
Penulis:   “ROXY ”…
Miss X  :    Dengan yakinnya Miss X menulis “ROCK-C”…Tersenyum penulis kerana geli hati melihat ejaan     yang unik ini, tapi tak tunjuk depan2 takut Miss X merasa malu…
Kawan Miss X:  “Bukan macam tu ejaan dia, macam ni R-O-X-Y”, kawan Miss X menegurnya sambil tersenyum juga.


Selepas kejadian, cuba tenangkan diri.Tenang tenang, sabar, sabar. Kakak-kakak penulis (K.long & Na) yang turut bersama ke Sogo juga banyak memberi kata-kata semangat. Antaranya “Takpe, duit boleh dicari”, “Anggaplah apa yang berlaku sebagai penyucian harta”. Penulis redha dengan apa yang telah berlaku. Cuma terkilan dengan beberapa perkara, pertamanya duit yang hilang adalah pemberian arwah ma yang baru pulang ke rahmatullah. Bukan duit persoalannya, cuma orang yang memberi itu very very meaningful in my life. Keduanya, kecurian ini berlaku pada bulan Ramadhan. Bulan dimana semua orang mengejar untuk mendapat maghfirah (keampunan) dariNYA, namun ada lagi segelintir masyarakat yang masih ‘jahil agama’ yang sanggup melakukan perkara terkutuk ini, hanya jika pencuri tu seorang yang mengelarkan dirinya sebagai MUSLIM!

Penulis yakin bahawa kejadian ini adalah satu ujian dan rahmat daripada Allah yang sentiasa menguji  hamba-hambaNYA. Melihat sejauh mana kesabaran dan kebergantungan hamba yang lemah ini kepadaNYA. Sejauh mana hamba ini redha dengan kehilangan?.

“Setiap masalah, kesukaran, kehilangan, kesakitan dan apa jua yang menyeksa jiwa adalah merupakan ujian dari Allah untuk menguji sejauh mana iman kita. Iman perlu kepada ujian. Ini jelas sebagaimana maksud firman Allah  :

"Adakah manusia itu menyangka bahawa mereka dibiarkan saja  mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta."  ( al-Ankabut: 2 - 3)



Sambungan…..
Alhamdulillah, dengan instinct (suara hati) yang Allah bagi ini, penulis tidak merasa berdebar dengan kehilangan ini. Berdasarkan pengalaman yang sebelum ini pernah kehilangan barang-barang, perasaan tenang tanpa debar biasanya mempunyai pengakhiran yang menggembirakan. Biasanya penulis akan mendapat kembali barang tersebut. Lets see what happen in this case???


Babak 5: Purse Berjaya ditemui

Pukul 12.15 tengah malam, handphone baru dicas. Beberapa  voicemail masuk daripada nombor yang tidak dikenali. Ia seperti nombor dari area KL, perasaan mengharap tiba kembali akan penemuan purse  itu. Penulis terus dail ke talian 1313, dan khabar indah kedengaran::

“Your purse has been found, please collect your purse at customer service.….” Suara Miss X yang begitu dikenali. Call ni masuk sejak pukul 3 petang.

Alhamdulillah, kegembiraan tidak dapat digambarkan, purse kembali ditemui. Sujud syukur padaNYA.
(Pada hakikatnya, purse ini sangat bermakna kerana….., penemuan kembali adalah rezeki drpd Allah)
Keesokannya, penulis terus ke Sogo di Bahagian Customer Service (Lost& Found), dan berjaya mendapatkan kembali purse tersebut. Semua masih lengkap didalam purse, tapi kedudukan kad berubah-ubah dan seperti yang disangkakan, semua duit termasuklah syiling lesap.

Pengajaran daripada kisah ini.
1)      Sebarang kesusahan, kehilangan atau kegagalan yang berlaku adalah satu ujian yang perlu dihadapi dengan tenang dan sabar. Banyakkan pergantungan dan berdoa kepada Allah. Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNYA. Tidak dinafikan kehilangan itu sesuatu yang pahit untuk diterima, namun ia boleh bertukar menjadi indah sekiranya kita tenang dan cuba melihat ia dari sudut positif. Dan seterusnya, tercungkillah hikmah disebalik setiap kehilangan tersebut. Jangan putus harap pada Allah.
2)      Sekiranya berlaku hal sebegini ke atas sahabat2 sekalian, terus buat  report. Sekiranya berlaku di shopping complex, ada baiknya terus ke Customer Service Department dan seterusnya ke balai polis sekiranya melibatkan kad pengenalan, lesen etc.Bagi kes yang berlaku di tempat awam, terus buat laporan di balai polis.
3)      Bagi sahabat2 perempuan, berhati-hati ketika menyandang beg tangan anda. Pastikan zip berada di bahagian hadapan, kerana sekiranya penyeluk tersebut ingin membuka zip beg tersebut, mereka perlu bersilang tangan dengan anda, barulah zip dapat dibuka. Dan berhati-hati juga ditempat yang sibuk dan padat. (Teringat satu kisah seorang sahabat yang handphonenya yang berada di dalam poket seluar diseluk ketika mengunjungi tempat yang ramai dan padat).
4)      Pastikan ATM card’s password tidak berdasarkan tarikh lahir atau apa-apa nombor pada kad pengenalan anda. Ini kerana, sewaktu penulis membuka purse selepas ia ditemui, kad pengenalan dan Maybank card penulis berada di compartment yang sama, sedangkan pada asalnya berada di compartment yang berlainan. Ini menunjukkan penyeluk berusaha untuk membuat pengeluaran duit menggunakan no. kad pengenalan.

Semoga kisah kali ini sedikit sebanyak memberi pengajaran dan panduan kepada sahabat-sahabat sekalian.


 Nukilan:



Cahaya Yang Menerangi®
              

Saturday, 4 September 2010

Hikmah Musibah(Ujian daripada Allah SWT)





Duhai teman yang dikasihi,

Seringkali manusia, bilamana diturunkan sedikit ujian, cepat melatah. Setiap hambaNYA diuji dengan ujian berbeza. Mungkin diuji dengan kehilangan orang tersayang, kesakitan, kemiskinan, kehilangan harta benda, kegagalan diri dan sebagainya. Mungkin hati kecil bertanya, mengapa. Mengapa Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang mentakdirkan begitu? ...
Tidak kurang juga ada yang menyalahkan Allah (auzubillah, mohon perlindungan dariMu ya Allah), menyalahkan orang sekeliling, menyalahkan diri dengan menimbulkan pelbagai persoalan, kenapa tidak itu, kenapa tidak ini, kalau lah macam ni, kalau lah macam tu,dan ada juga yang menyalahkan benda yang tidak mampu berkata-kata .
Bilamana ‘kenapa’ dan ‘kalau la’ dipersoalkan, mereka seperti tidak redha dengan ketentuan yang ditakdirkan Allah.
JANGAN, JANGAN BEGITU. Dalam apa jua keadaan, kita mesti yakin bahawa setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Penulis mahu mengajak sahabat2 sekalian untuk merenung dan berfikir akan setiap bait2 indah ayat Al-Quran dibawah…. Apa jua kita persoalkan, Allah ada jawapannya…


Aduhai sahabat,

-Seringkali ujian menjengah, engkau mengatakan, “MENGAPA AKU, KENAPA BUKAN ORANG LAIN?”, “ MENGAPA AKU DIUJI”, “WHY ME??”

Ingatlah!





"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yg dusta." 
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3 





-Seringkali engkau mempersoalkan, “KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?”

Ingatlah!! 





"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." 









-Surah Al-Baqarah ayat 216




-Barangkali engkau juga merasakan bahawa terlalu berat untuk menanggung semua dugaan ini, dan terlintas “KENAPA UJIAN SEBERAT INI?” 
 

Ingatlah!!



"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." 
-Surah Al-Baqarah ayat 286




-Mungkin juga engkau RASA FRUST? 






"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." 









- Surah Al-Imran ayat 139






-Bila engkau rasa pedih dengan ujian ini, engkau juga sering melaungkan “ARGHH,AKU TAK DAPAT TAHAN!!! 





"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." 


-Surah Yusuf ayat 87





-tetapi,wahai sahabat-sahabat yang dikasihi, marilah kita bertanya “BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPI UJIAN/DUGAAN INI?” 



"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." 


-Surah Ali-Imran ayat 200






"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" 


-Surah Al-Baqarah ayat 45 







“ Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar”


-Surah Al-Baqarah ayat 153





-Engkau juga dikurniakan akal fikiran, jadi berfikirlah..”APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?





"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... .. 









Surah At-Taubah ayat 111




-D
an kembalilah kepada fitrah…. “KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?” 


"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." 









-Surah At-Taubah ayat 129 










Semoga dengan secebis bingkisan ini dapat menenangkan sedikit hati yang tengah bersedih dengan segala macam masalah yang menyelubungi diri sahabat sekalian…Sungguh, kalimah-kalimah Allah sungguh indah dan penuh dengan motivasi & inspirasi.Dalam apa jua keadaan pun kita mesti percaya dan yakin bahawa takdir Allah pasti mengandungi banyak hikmah dan kebaikan. Istilah buruk hanya ada dalam rumus pemikiran manusia. Manakala disisi Allah, segalanya punya maksud yang baik walaupun pada zahirnya tidak begitu.


Setiap musibah dan dugaan yang menjengah, mungkin kelihatannya sangat pahit, tetapi sebenarnya manis dan indah. Hanya apabila hikmahnya dapat dicungkil, insyaAllah.

Duhai sahabat, ingatlah kepada Allah sentiasa di kala susah mahupun senang. Sekiranya kita ingat Allah, maka Allah akan ingat kepada kita…kepada Allahlah sebaik2 sandaran dan tempat berlindung=)=)

Allah ta’ala berfirman,



 Ingatlah kepada-Ku, Aku juga akan ingat kepada kalian. Dan bersyukurlah kepada-Ku, janganlah kalian kufur.
 Surah Al-Baqarah ayat 152 



Nukilan,






Cahaya Yang Menerangi®
                                      

Kata-kata motivasi

Untuk memperbaiki manusia, baiki HATInya, untuk membaiki hati manusia, baiki dahulu SOLATnya.

Jadi Agen Kebaikkan sedari awal pagi

Islamic Calendar

Followers

Temujanji dgn ALLAH

noormunirahaab.blogspot.com. Powered by Blogger.
banner 1 banner 2