Dalam Al-Quran dengan jelas menyatakan kehidupan bermulanya dari air. Antaranya dalam ayat-ayat di bawah:
" Apakah orang-orang kafir itu tidak mengetahui langit dan bumi itu keduanya adalah suatu yang padu kemudian kami pisahkan antara keduany. Daripada air kami jadikan segala sesuatu hidup." (Al-Anbiyak: 30)
" Allah mencipta kesemua jenis haiwan daripada air." An-Nur:45
Air adalah komponen yang penting untuk hidupan dan dalam kehidupan.
Ayat-ayat diatas ini jelas menunjukkan air adalah asas bagi segala hidupan. Tanpa air,hidupan tidak wujud sama sekali.
DIBUKTIKAN DENGAN KAJIAN SAINS
Air dan kehidupan tidak dapat dipisahkan,beberapa kajian sains menunjukkan air adalah asas untuk hidupan dan kehidupan manusia.
Kajian-kajian dan penemuan-penemuan sains ini membuktikan bahawa kenyataan Al-Quran bahawa segala kehidupan berasal daripada air adalah benar dan dapat disahkan melalui kajian sains.
1.BBC News dalam segmen Science And Nature (Space) /27 Mei 2006
Pakar-pakar biologi bersepakat air adalah asas kepada kehidupan . Tanpanya kehidupan tidak boleh hidup,adapun yang hidup,namun tidak boleh bersambung.
2. www.bbc.co.uk/science
Dalam membuat kajian mengenai kewujudan kehidupan di planet -planet lain, saintis akan terlebih dahulu mencari kewujudan sumber air di planet-planet tersebut.
3.Paleontological Society Special Publication Volume 9 (1999)
Tajuk: Evolution: Investigating the Evidence
"Permulaan hidupan sudah semestinya bermula di persekitatan yang mempunyai suhu yang rendah agar dengan itu air(liquid water) dapat wujud. Air diperlukan kerana ia asas kepada kehidupan. Hal ini disebabkan hanya air sahaja yang menjadi medium kepada proses-proses( yang berkaitan dengan kehidupan) dan hanya dengan air metabolisme boleh berlaku".
4. BBC News Online dalam segmen Sci/Tech
Tajuk: Springing to Life Under The Sea.
Saintis-saintis mengatakan rahsia mengenai kewujudan hidupan yang awal di dunia mungkin wujud 9000 kaki di bawah Lautan Atlantik. Disitu saintis menemui semburan hidrogen dan selepas mereka mengkaji persekitarannya,mereka merasakan ia sesuai bagi melahirkan kehidupan di peringkat awal.
Sesungguhnya telah nyata sekali kandungan Al-Quran itu mengandungi fakta-fakta dan mukjizat saintifik yang di'revealkan' beribu tahun dahulu sebelum dibuat kajian secara saintifik pada era ini. Sesungguhnya Allah itu Maha Hebat ! :)
Sentuhan Prof Dr Muhaya
(BUKU: Sejernih Sinar Matamu)
1. Kalau hendak buat apa-apa jangan fikir "apa yang orang kata", tetapi fikirkan "apa pandangan Allah".
2. Jangan kata tidak ada masa, tetapi katakan tidak cukup masa. Kalau kita pandai memperuntukkan masa dan mengawal masa, banyak perkara kita boleh buat dalam satu masa.
3. Katakan selalu, "hanya hal-hal kebaikan yang akan datang kepada saya". Tidak kira apa yang berlaku semua baik untuk saya.
4. Mesti pandai menjaga minda kita, jangan tercemar dengan perkara negatif. Apabila minda terkawal, emosi terkawal, dan tindakan juga akan terkawal.
5. Berprasangka baik kepada Allah.
6. Saring fikiran dengan membenarkan perkara positif sahaja berada di minda kita.
7. Muhasabah diri, lihat diri, jangan asyik melihat kesilapan orang.
8. Jangan tidur sebelum memaafkan semua orang yang pernah menyakitkan hati kita.
Prof Dr Muhaya: Sejernih Sinar Matamu ( by Rozninah Abd. Azib)
Ringkasan (Teori RESET MINDA) :
1. Hasil kehidupan kita ditentukan dengan bagaimana cara kita berfikir.
Berfikir secara positif, maka hasil kehidupan positif.
Jika berfikir secara negatif, maka hasil kehidupan adalah negatif.
Keputusan menghasilkan fikiran - fikiran menghasilkan emosi - emosi menghasilkan tindakan - tindakan menghasilkan hasil kehidupan.
Hasil kehidupan termasuklah kebahagian, ketengangan, kesihatan, dan kekayaan. 2. Fikiran akan bertindak dalam dua cara:
-Pertama, mengikut pilihan sendiri (pilihan hati)
-Jika fikiran mengikut pilihan sendiri/hati yang positif (betul), emosi akan positif, penampilan (aura) juga akan positif.
-Jika fikiran mengikut pilihan sendiri/hati yang negatif (salah), emosi akan negatif, penampilan (aura) juga akan negatif.
-Kedua, dipengaruhi faktor luaran atau persekitaran (apa-apa yang didengar, yang dilihat & yang dialami) samaada dalam bentuk positif atau negatif..
* Fikiran akan membuat pilihan dan menyaring apa-apa yang datang dari hati dan mengetuk minda/fikiran kita untuk bertindak. jadi sangatla perlu untuk mengawal pemikiran kita dari pengaruh sekililing sebelum membuat pilihan dan melaksanakan tindakan.
3. Dunia dalaman menentukan dunia luaran. ADA- BERI-DAPAT. Maksudnya, apa yang kita ADA,kita BERI dan kita DAPAT. Dunia dalaman ADA kebaikan, BERI kebaikan, dan akan DAPATkembali kebaikan.
4.Reset Minda kepada penerimaan ujian dariNya.
Sesuatu yang negatif di pandangan manusia, ianya adalah positif pada pandangan Allah. Ubah cara kita memandag sesuatu ujian yang negatif. Jangan menyalahkan takdir Allah, bersedih dan berkeluh kesah kerana ia akan mengurangkan tenaga kita. Fikiran negatif akan menghasilkan emosi negatif, emosi negatif menghasilkan tindakan negatif dan setrusnya memberi hasil kehidupan yang negatif. TETAPI reset minda dengan cara memandang, menerima dan memikirkan sesuatu kejadian yang ditakdirkan Allah kepada kita, akhirnya kita akan menjdai seorang yang tabah, redha dan bertakwa.
5. Menjaga tiga perkara:
-Pertama, pilihan KATA yang keluar dari mulut.
-Kedua, pilihan PERASAAN yang berbisik dihati dan pilihan FIKIRAN yang berlegar-legar dalam minda
-Ketiga, JANGKAAN kita. Jangkaan dan imaginasi apa yang akan berlaku dalam cara yang positif .
New tagline for Cahaya yang Menerangi:) : SIMPLE but SIGNIFICANT
Kita rasa simple je sesuatu itu, tapi sebenarnya ianya sangat-sangat la
signifikan. Sehari berlalu pasti ada sesuatu pengajaran untuk menjadikan
kehidupan kita kepada yang lebih baik.
Belajar daripada orang sekeliling, belajar dari alam, untuk menuju kepada
Pencipta kita.
Pada pandangan mata ianya mungkin
biasa-biasa aje, tapi besar impaknya.
Pada pendengaran telinga ianya bukan
penghalwa telinga, namun besar impaknya.
Pada kita, amalan tuh tak
menguntungkan lansung especially duniawi, tapi berat timbangannya di akhirat
sana.
Impaknya mengutuhkan hubungan dengan
Allah, mengikat kasih sesama manusia, meengharmonikan cipataan Allah yang lain.
Impaknya…melahirkan ketengan jiwa.
Impaknya…menghasilkan usia yang
berkat.
Dan Ianya, signifikan, membawa kita ke
syurgaNya yang abadi=)
Former name : Guangzhou TV Astronomical and Sightseeing Tower Tall : 600m-high with 2000 ft Location : Haizhu District of Guangzhou, Guangdong, China Additional info : Tallest structure in China and the Fourth-tallest freestanding structure in the world
·kesucian zikir
(kebersihan hati) dan kekuatan fikir (kecanggihan
teknologi)
Teladan/Sumber ambilan:
Nabi Muhammad SAW:
Bidang: ketenteraan, perniagaan,
memimpin Negara, etc
Faktor kejayaan: Profesional dan
kelakuan baik
Contoh:
Dalam bidang perniagaan: Memperoleh keuntungan yang besar dalam perniagaan yang
diamanahkan oleh Siti Khadijah.
::Mukmin>Kelakuan yang baik> Jujur, amanah, tidak menipu
etc.
::Profesional>Kepakaran
yan tinggi>
Strategi perniagaan : Menepati waktu, pakar dalam komunikasi, kemahiran interpersonal,
memahami kehendak klien , arif tentang kemudahan infrastruktur dan musim
Komponen:
7 Langkah
7
langkah
Langkah-langkah
Mukmin
Profesional
Langkah 1
Menentukan arah hidup
Hidayah: Petunjuk Hidup
Langkah 2
Menetapkan tujuan hidup
Ibadah: Tujuan Hidup
Langkah 3
Mengikut jalan Islam
Syariat: Jalan Hidup
Langkah 4
Menyediakan bekalan hidup
Solat: Bekalan Hidup
Langkah 5
Memiliki pendorong hidup
Zikir: Pendorong Hidup
Langkah 6
Mengatasi halangan hidup
Dosa: Penghalang Hidup
Langkah 7
Menghadapi kesudahan hidup
Mati: Pengakhiran Hidup
Menentukan arah hidup:
Hidayah
Kita umpama pengembara di dunia ini. Berpindah dari alam roh ke alam dunia,
dengan singgah sebentar di alam rahim. Kemudian berpindah lagi ke alam barzakh.
Dan alam barzakh ibarat R&R (pusat perhentian) sebelum kealam masyar.
Di alam dunia, disini la kita menanam benih dan di akhirat kelak kita akan
menuainya. Namun berpandu apakah untuk kita menanam. Itulah dia HIDAYAH.
Kalau di hutan belantara kita perlukan kompas untuk mengelakkan sesat,
maka di dunia ini kita perlukan hidayah sebagai petunjuk arah dalam kehidupan.
Hidayah
adalah petunjuk daripada Allah buat manusia dalam pengembaraannya yang panjang
itu!
2.
Menetapkan tujuan hidup: Ibadah
Adalah penting untuk mengetahui tujuan (VISI & MISI) kita dihantar
ke dunia ini.
Visi hidup seorang mukmin ialah
untuk mendapat kebaikan di dunia dan di
akhirat serta selamat daripada api
neraka.
Apakah yang dimaksudkan kebaikan di duniadan kebaikan di akhirat?.
Di dunia ini adalah untuk memiliki kemudahan dan keselesaan hidup,juga
ketenangan dan kebahagiaan. Di akhirat pula untuk mendapat keredhaan dan
keampuanan Allah dan syurga yang abadi. Macam manakah untuk mencapainya. Ialah dengan adanya misi hidup.
Misi kita ke dunia ini ialah
menjadi hamba Allah dan Khalifah Allah dengan cara 24 jam
beribadah.
24 jam itu tidak mustahil kerana Allah sudah nyatakan dalam firmanNya
tujuan manusia dihantar ke dunia adalah untuk beribadah kepadaNya. Ibadah itu tidak
terhad kepada solat semata-mata. Ibadah
itu luas definisinya, temasuk ibadah asas (solat, puasa etc), ibadah sunat
(Bacaan Al-Quran, solat-solat sunat etc) dan ibadah umum (kerja , muamalat sesama
manusia dan makhlukNya, etc). Yang penting niat sesuatu amalan itu kerana Allah
semata-mata.
Ibadah
adalah misi hidup yang menjadi penjamin untuk mencapai ‘visi hidup’ di dunia
dan akhirat: tujuan dan keperluan; juga material dan kerohanian.
3. Mengikut Jalan
Islam: Syariat
Tanpa jalan yang betul, visi dan misi yang tepat sekalipun tidak akan
kesampaian.Menempuh jalan yang benar lebih penting daripada kemenangan.
Jalan Islam itu ialah jalan yang lurus. Teladan di jalan lurus itu
ialah berdasarkan ayat dalam surah Al-Fatihah: Orang yang telah diberi nikmat,
bukan jalan yang dimurkai Allah, dan juga bukan jalan orang yang
sesat.
Ada beberapa tahap yang perlu dilalui untuk merasa nikmat di jalan
ini. Belajar-Amal-Rasai-
Cintai. Tak kenal maka tak cinta. Maka belajarlah untuk mencintai. Maka
apabila sudah berada di tahap kenal & cinta ini, maka sempurnalah langkah
kita menuju Allah melalui jalan yang lurus.
Syariat
Islamadalah jalan yang lurus dan tulus
menuju Allah. Kebahagiaan bukan hanya ada dihujung jalan, tetapi disepanjang jalan.
4. Menyediakan
Bekalan Hidup: Solat
Untuk melalui jalan hidup (syariat islam) seperti juga melalui jalan
kembara di dunia, kita perlukan bekalan.Namun bekalannya bukan berbentuk fizikal seperi makanan dan minuman,
tetapi dalam bentuk kejiwaan.Bekalan
yang terbaik ialah takwa. Dan cara yang paling utama untuk mendapat takwa ialah
dengan mendirikan solat. Orang yang solat umpama orang yang berhubung dengan
Allah.
“ Kupandang solat sangat penting. Sesiapa yang menjaga solat bermakna
dia akan menjaga hukum Allah yang lain. Tetapi sekiranya dia tidak mengerjakan
solat, dia juga berkemungkinan meninggalkan amalan-amalan Islam yang lain.” –
(Saiyidina Umar al-Khattab)
Solat mampu mencegah seseorang itu dari melakukan kemungkaran.
Sekiranya ada yang bersolat, tetapi masih melakukan maksiat dan tidak mampu
mencegah kemungkaran, pasti ada yang tidak kena pada solatnya. Mungkin pada
ilmunya, atau pada penghayatan, atau pada mujahadah sepanjang melakukan solat
atau kegagalan kita memenuhi segala tuntutannya.
Solat
adalah silah- hubungan yang menjadi ‘energi’ hati, emosi, akal dan fizikal
dalam kehidupan.
5. Memiliki Pendorong
Hidup: Zikir
Kita dituntut untuk mengingati Allah sepanjang masa. Solat sahaja
tidak mampu untuk membawa kita sentiasa mengingati Allah. Ini kerana solat
hanya pada waktu tertentu. Jadi, tambahan kepada solat adalah zikir. Zikir itu
pada mengingati Allah. Bila? Setiap masa tatkala diuji senang atau susah, kaya
atau miskin, sihat atau sakit , berjaya atau gagal. Itulah hitam putih dalam
kehidupan pengukur kepada tara iman dan kufur seseorang.
Zikrullah
adalah syarat bahagia bila rasa kehambaan dan rasa bertuhan dapat dihayati
semasa menimba hikmah tersirat disebalik ujian.
6. Mengatasi
Halangan Hidup: Dosa
“Dosa ialah apa yang menimbulkan
resah di hati kamu dan kamu benci jika ia dilihat orang”- (Sahih Muslim)
Dosa adalah penghalang dalam kembara kita untuk mencapai kecemerlangan
dunia dan akhirat. Belajarlah dari pendosa-pendosa yang diceritakan di dalam Al-Quran,
kerana Allah ceritakan ia untuk di ambil iktibar oleh umat terkemudian.
Kejahatan itu bukan satu kebetulan, tapi ia satu kebiasaan yang
terbentuk secara perlahan-lahan, tahap demi tahap. Akibatnya DOSA. Akibatnya
memudaratkan hidup sehingga ke hujung jiwa jika tiada taubat yang menerpa.
Dosa
adalah belenggu penjerat jiwa yang menjanjikan resah dan lemah. Taubat adalah
wadah kemerdekaan menuju Allah.
7. Menghadapi
Kesudahan Hidup: Mati
MATI. Ia ialah langkah terakhir. Bukan langkah terakhir dalam siri
kembara kita keseluruhanya.Tapi langkah terakhir di dunia. Dalam Islam, mati
bukanlah pengakhiran, tetapi mati adalah langkah pertama menuju kepada satu kehidupan
yang tidak akan mati lagi.
Berdepan dengan isu kematian, manusia umumnya boleh dikategorikan
kepada tiga : orang yang LUPA,TAKUT atau INGAT mati. Yang manakah kita?
Mati itu boleh datang bila-bila masa. Tidak tunggu sakit, kemalangan,
bencana, hatta dalam tidur pun boleh mati.Bersedialah.
Mati itu terlalu sakit.
Gerunnya menghadapi mati adalah tatkla sakaratul maut. Melihat wajah
malaikat maut, malaikat Izrail. Malikat Izrail akan datang dengan wajah berbeza
bergantung pada amalan seseorang di atas dunia.
Mati
bukanlah satu pengakhiran, tetapi satu permulaan kepada satu perjalanan yang
tidak akan berakhir. Ia petanda awal,….sama ada akan bahagia atau derita,
selamanya!
Saya rumus:
“Cara mati
seseorang ditentukan oleh cara hidupnya”
(Imam al-Ghazali)
Jadi, marilah bervisikan
kecemerlangan di dunia dan akhirat dengan bermisikan 24 jam beribadah tatkala ditaklifkan
(diamanahkan) sebagai hamba dan khalifah di atas pentas dunia yang sementara
ini. Visi dan misi ini mesti disejajarkan dengan berhidup di atas jalan syariat
yang digariskan Allah berbekalkan solat dan zikir. Mekarkan kerendahan hati
dengan sentiasa bertaubat agar dosa bukan penghalang untuk kita ke syurgaNya.
Semoga pengakhiran di dunia ini dengan husnul khotimah untuk permulaan
kehidupan ke-2 yang lebih abadi nan membahagiakan. Jadilah seorang Mukmin
Profesional.
Rasanya tidak keterlaluan untuk mengatakan buku ini buku wajib ada di
setiap rumah muslim khususnya, dan buku rujukan untuk non-muslim amnya. Jadi,
sangat digalakkan untuk membeli, dijadikan koleksi sendiri dan yang penting
harus BACA dan BACA (Iqra’)….Ke arah hidup yang lebih bervisi dan bermisi J