Friday, 22 April 2011

Bosan ke hidup?



Pernah tak ungkapan ni kita dengar : “bosannya hidup!!”, “ tak tahan dah hidup, asyik ada masalah je”. Mungkin orang sekeliling kita atau dari sumber media pernah menuturkan kata-kata sebegitu.

Hurm, hakikatnya, itulah jiwa yang kosong, sifar dari matlamat hidup. Seharusnya vocab bosan, atau boring dilontarkan jauh-jauh dari minda kita.

Jiwa yang kaya sentiasa sibuk mencari redhaNya. Jiwa yang kaya sentiasa sibuk mengisi masa mengimbangi hal-hal dunia dan akhirat. Seorang muslim yang sibuk dengan peranan sebagai khalifah sentiasa terkejar-kejar berusaha menjadi hamba yang beramal kepada penciptaNya. Dunia dan akhirat disepadukan.

Hakikatnya kita dihidupkan di atas muka bumi ini sebahai HAMBA dan KHALIFAH.
“ Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku” ( Az-Zariyat 51: 56)
“ Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat :Aku hendak menjadikan khalifah di bumi” (Al-Baqarah 2:30)

Dua misi inilah yang membuatkan kita sentiasa sibuk mengisi masa dengan perkara-perkara berfaedah yang bermanfaat untuk diri sendiri, umat islam secara khusunya dan umat manusia sejagat secara umumnya. =)

Sunday, 6 March 2011

Doa Tilawah Al-Quran



::Ya Allah, Ya Tuhan kami! Rahmatilah kami dengan Al-Quran::
::dan jadikanlah Al-Quran bagi kami sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk & rahmat::
::Ya Allah, Ya Tuhan kami!Ingatkanlah kami apa yang kami terlupa daripada ayat-ayat Al-Quran::
::Ajarkanlah kami daripada Al-Quran apa yang belum kami ketahui::
::Berikanlah kami kemampuan membacanya sepanjang malam dan siang::
::dan jadikanlah Al-Quran itu hujah bagi kami (untuk menyelamatkan kami di akhirat)::
::wahai Tuhan Sekalian Alam::

Tuesday, 8 February 2011

Huda & Haiyi


Alhamdulillah, Nawwarul Huda binti Zulkefli selamat dijabkabulkan dengan pasangan, Abdul Haiyi bin Suja' pada 2 RabiulAwal 1432H ( 5 Februari 2011).

Mabruk 'alaikuma Huda & Haiyi. Semoga baitul muslim yang terbina dirahmati Allah sentiasa dan melahirkan generasi yang soleh dan solehah. 

"Nawwarul Huda bt Zulkefli, sahabatku dunia akhirat. Semoga dipermudahkan segala urusanmu. Love you and this friendship very much. "





::Selepas akad @ Masjid al-Mukarramah, Sri Damansara::

::Huda& Haiyi @ Masjid Imam al-Ghazali, Bandar Manjalara::


Tuesday, 1 February 2011

Mama, izinkan saya melihat dunia



Wah, apakah cerita disebalik tajuk entri kali ini. 

Sekadar berkongsi satu kisah yang berlaku dalam masyarakat kita, bergantung kepada pembaca untuk mentafsirnya. Nama sebenar ‘pemilik’ cerita ini dirahsiakan. Kisah Ida dan Aliya (kedua-duanya bukan nama sebenar)

****

Muni    :Ida, dari petang semalam lagi kak tengok ida macam ada masalah je, kak  tak rasa ida  sakit     perut.
Ida       :Hurm…maaf la kak, semalam ida bukan sakit perut pun, maaf la tipu. Ida ada masalah keluarga, tapi ida memang tak boleh cerita kat sape2. Berat skit masalah ni. Melibatkan maruah keluarga, terutama mak dan ayah.
Muni    :Ok ok…Takpe la, bertenang la dulu ya, yang mana kak boleh tolong kak tolong, nak mintak        pendapat ke. InsyaAllah kak cuba.
Ida       :Hurm, takpe la, ida tak kisah nk cerita ke kak.

****
Memulakan penceritaan…

Ida       :Kak, adik ida beranak semalam (terus mengalir air matanya)

(Terpinga-pinga.setahunya takde lagi adik beradik ida yang dah kahwin, apetah lagi seorang adik.
Argh, meremang rasanya mendengar berita tu. Astaghfirullah.)

Sedih sangat kak. Dia beranak sorang2 dalam bilik. Memang takde orang yang perasan dia        pregnant. Perut tak nampak lansung. Ida tidur ngan dia pon memang tak perasan. Tuh yang ida                  terkilan sangat. Semalam masa beranak pun takde orang perasan. Dia panggil adik ida suruh       panggil mak nak mintak guntingkan tali pusat. Baby dah ada kat sebelah.Terkejut mak ida kak.       Memang mak pengsan la semalam. At last, panggil nurse (klinik kesihatan berhampiran) datang.

(Ida adikku, bertabahlah…)

*****
Kisah kelahiran bayi luar nikah kerap sekali kita dengar, namun dari side negatif, iaitu bila terpaparnya kisah-kisah pembuangan bayi di dada-dada akhbar dan media. Malah, makin kerap berita itu dilaporkan belakangan ini, hampir setiap hari ada berita itu.

Syukur Alhamdulillah adik ida tidak tergolong dalam ‘mereka-mereka’ yang ‘membunuh’ zuriat sendiri.

Perkongsian ini cuma ingin mebawa pembaca menyelami perasaan ahli keluarga ida.
Selama ini kebanyakan kita hanya mendengar cerita dan berita mengenai mereka yang terlibat dengan zina dan membuang bayi hasil perbuatan terkutuk itu. Bagaimana dengan perasaan keluarga mereka? Terutamanya perasaan ibu dan ayah, juga perasaan adik beradik. Bagaimana nak berhadapan dengan kaum kerabat, jiran-jiran, penduduk kampung dan sesiapa jua? Bagaimana jika yang melahirkan itu adalah saudara perempuan seibu sebapa kita?pasti kita berat untuk menerimanya. Dan belum pasti adakah saya mampu menghadapinya. Sungguh, ida dan keluarga harus kuat dalam menghadapi ujian ini.

Pernah ida merintih “Kak, ni bala dari Allah untuk keluarga ida kan”

Fuh, cuba semampu mungkin untuk menenangkan ida “apa-apa pun, ida kena yakin, ini bukan bala, tapi ini adalah ujian daripada Allah untuk keluarga ida. Menguji sejauh mana kebergantungan keluarga ida padaNYA, dan insyaAllah pasti ada hikmah disebalik ini. Keluarga ida diuji sebegini, keluarga kak diuji dalam bentuk lain. Kak kehilangan ayah dan mak dalam tahun yang sama. Ianya berat, namun, kita harus yakin,  Allah tidak akan memberati hambaNya melainkan dengan kemampuannya. Akak sangat yakin dengan itu”.

Dan setiap kali bertemu ida, kami mesti berkongsi pasal kisah ini. Dan di setiap penceritaan nya, hikmahnya dapat dicungkil. insyaAllah, Allah pasti tahu yang terbaik.

****
Sudut rasa perasaan adik ida (Aliya)

Kehamilan tersebut berlaku di luar nikah yang sah.  Dilema dan pelbagai persoalan semestinya bertubi-tubi menerjah minda Aliya dan remaji2 yang tersilap langkah diluar sana.- apa yang harus aku lakukan, kepada siapa aku harus beritahu, bagaimana penerimaan mak, ayah, adik beradik, orang kampung, masyarakat sekiranya kehamilan ini tidak dapat disembunyikan, dimana bayi ini akan dilahirkan,siapa yang akan menyanggupi untuk menjaga bayi yang tidak diundang ini…sungguh membebani fizikal, emosi dan spiritual.
Dia mengalami tekanan emosi yang hebat sekali. Tidak mampu untuk mengadu kepada sesiapa kecuali kepada lelaki yang menyebabkan kehamilan dan ibu lelaki tersebut. Namun, tiada tindakan yang diambil ibu tersebut selain berdiam diri dan membiarkan Aliya menanggung penderitaan itu keseorangan. Bukan setakat berdiam diri, masih sempat membekalkan pil2 yang boleh mengugurkan kandungan tersebut. Astaghfirullah,  jenis ibu apakah ini!!!!  Namun , dengan kuasa Allah, bayi itu ditakdirkan untuk hidup.
“Mama, izinkan saya melihat dunia”

Dalam kitab suci Al-Quran, Allah s.w.t. merakamkan kebimbangan dan kegusaran Maryam, gadis suci yang dipilih Allah menjadi ibu kepada Nabi Isa a.s sebagai tanda kebesaranNya dalam surah Maryam ayat 19-23, mafhumnya:

Dia ( Jibril) berkata, “ Sesungguhnya aku hanyalah utusan Tuhanmu, untuk menyampaikn anugerah kepadamu seorang anak laki-laki yang suci.”
Dia (Maryam) berkata, “ Bagaimana mungkin aku mempunyai anak laki-laki, padahal tidak pernah ada orang (laki-laki)yang menyentuhku dan aku bukan seorang penzina!”
Dia (jibril) berkata, “ Demikianlah.” Tuhanmu berfirman, “ Hal itu mudah bagi-Ku, dan agar Kami menjadikannya suatu tanda (kebesaran Allah) bagi manusia dan sebagai rahmat dari Kami; dan hal itu adalah suatu urusan yang (sudah) diputuskan.”
Maka dia (Maryam) mengandung, lalu dia mengasingkan diri dengan kandungannya itu ke tempat yang jauh”
Kemudian rasa sakit akan melahirkan memaksanya (bersandar) pada pangkal pohon kurma, dia (Maryam) berkata, “ Wahai, betapa (baiknya) aku mati sebelum ini, dan aku menjadi seorang yang tidak diperhatikan dan dilupakan.”

Tentulah tidak tepat untuk membandingkan peristiwa kehamilan Maryam dengan insiden kehamilan luar nikah yang menimpa ramai gadis belia Muslim hari ini. Namun, apa yang boleh dijadikan iktibar dari kisah kehamilan ini, sekalipun kisah kehamilan Maryam adalah sebahagian petanda kekuasaan dan keagungan Allah, namun sebagai seorang wanita biasa, Maryam tetap mengalami tekanan emosi yang hebat apabila tiba saat melahirkan Nabi Isa a.s. Bolehlah dibayangkan betapa berkecamuknya perasaan dan ketakutan yang dirasai oleh wanita yang hamil diluar pernikahan yang sah.

****
‘Amar makruf, nahi mungkar’ -menyatuni fitrah manusia.

Kisah Ida dan adiknya, Aliya ialah sebuah contoh yang banyak berlaku dalam masyarakat kita. Ayuh kita sama-sama mengalas tanggungjawab amar makruf nahi mungkar. Belum cukup ‘terasa’kah kita melihat moral buruk dan pelbagai petanda kerosakan disekeliling kita. Remaja yang hamil mesti dibimbing dan diasuh untuk kembali bertaubat dan hidup dengan aqidah yang soleh dan akhlak yang mulia. Semoga Allah swt memberi kekuatan dan keazaman untuk terus beristiqamah dijalanNya.
^^

Saturday, 8 January 2011

Jom Wakaf (Pelaburan Akhirat)

Welcome to Surau Syaidina Umar Al-Khattab Bandar Seri Putra (Jom berWAQAF)
Nombor akaun BIMB: 12-038-01-004110-9 (Majlis Agama Islam Selangor)


"Bandingan (pahala) orang-orang yang membelanjakan harta mereka (termasuk wakaf) pada jalan Allah seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan 7 tangkai dan tiap2 tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan Allah melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Mala Luas (KurniaanNya) lagi Maha Mengetahui." (Surah Al-Baqarah: 261)

Surau Saidina Umar Al-Khattab yang sedang dalam pembinaan sekarang terletak di Bandar Seri Putra iaitu di Jalan Seri Putra 2/4 di sebelah Taman Permainan Kanak-kanak Fasa 7. Kos keseluruhan pembinaan surau ini dianggarkan sebanyak RM790,000.00, walaubagaimanapun sumbangan sehingga 31 Disember 2010 masih di tahap yang sangat rendah. Sehubungan dengan itu, AJK surau menjemput muslimin dan muslimat untuk menyertai skim waqaf yang telah ditubuhkan melalui akaun Majlis Agama Islam Selangor. Penyertaan waqaf dikecualikan cukai.

Nombor akaun BIMB: 12-038-01-004110-9 (Majlis Agama Islam Selangor)

Maklumat nombor rujukan deposit sangat diperlukan bagi membolehkan wang sumbangan dikeluarkan daripada akaun tersebut bagi tujuan pembinaan surau.

Bagi membolehkan resit dikeluarkan, sila emelkan maklumat nama, no K/P, alamat rumah, amaun yang dimasukkan ke bank beserta nombor rujukan deposit ke emel surausyaidinaumar@yahoo.com atau ke emel mdhisyamuddin @yahoo.com.

Ayuh sahabat2, semoga rezeki pemberiaanNya lebih diberkati dengan sedikit sumbangan ini.Seseungguhnya Allah sebaik2 penilai =)

Thursday, 6 January 2011

Sydney

:: MODE: Travelogue around the world was activated ::

::Viewed from plane during dawn::
Subhanallah^^,
Arrived at Sydney International Airport 

::General view of Sydney::
Picture taken from Taronga Zoological Park

::Sydney Opera House::
A multi-venue performing arts centre
Situated on Bennelong Point in Sydney Harbour,close to the Sydney Harbour Bridge (pic below)

::Sydney Harbour Bridge::
The bridge is locally nicknamed " The Coat Hanger" because of its arch-based design

Where to go??

:: Darling Harbour::

::A bird and its free life::

:: Taronga Zoo::
"Am I taller than Sydney Tower?"
::Ferry-One of public transports  in Sydney::
Ferries are the most sublime form of public transport on Sydney Harbour.
Provides services to Manly, Taronga Zoo, Balmain, and other locations.
I went to Manly and Taronga Zoo using this ferry service:)
:: Sydney Fish Market::
A huge market incorporates a working fishing port, wholesale fish market, fresh seafood retail market, a bakery, a gift shop, a fruit and vegetable market, a florist, a beverage outlet, a seafood cooking school, indoor seating and an outdoor promenade for visitors.


:: A variety of delicious seafood!! at Sydney Fish Market::

This is where I stayed in
:: Malaysia Hall Sydney::

Thursday, 23 December 2010

Isi Masamu dengan bacaan Mathurat

Bismillahirahmanirahim....Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang saya mulakan...

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal " {190}


" (yaitu) orang-orang yang megingati Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), "Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka" {191}


(Ali-Imran: 190-191)



Ayuh kita ambil masa sejenak, mengingati dan berfikir, kalau  boleh dikira berapa kali, berapa jam, berapa minit dan berapa saat kita telah mengingati Allah pada hari ini, dan pastinya ia tidak dapat dihitung secara kuantiti. No exact word can describe the quantity of it. Namun, kita boleh 'merasa' adakah Allah hadir dalam jiwa kita pada hari ini. Dan kita mesti ingat, hadirnya Allah dalam jiwa dan gerak geri kita hanya sekiranya kita yang 'menghadirkan' Allah.

"Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu."
 ( Al-Baqarah : 152)

Mungkin ada yang menjawab, "mestilah, aku kan solat tadi, pasti la ingat Allah". Alhamdulillah, semoga Solat yang didirikan mampu memberikan rasa kehadiran Allah dalam hati kita. Semoga kusyuk dan fokus itu sentiasa menemani. Itu amalan yang wajib. Alangkah indahnya hidup ini yang wajib itu disulami amalan2 sunat untuk merapatkan dan meningkatkan lagi keimanan kita kepada Allah. Membaca Mathurat salah satu darinya. 

Mungkin ada yang tidak pernah mendengar APA ITU Mathurat, mungkin tahu tapi tidak mengetahui apakah KELEBIHAN mathurat. Sekadar berkongsi...

Secara ringkasnya, Mathurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan Rasulullah. ia merupakan susunan mantap yang merangkumi dua aspek, 1) membesarkan dan mengagungkan Allah yang Maha Mulia, 2)kemudian pengharapan dan doa hamba. Bagi seseorang muslim, seharusnya masa kita tidak berlalu begitu sahaja. Dikala pagi dan petang sentiasa bertasbih, beristighfar, tahmid dan berdoa kepaa Allah dengan zikir yang ma'thur (yang berasal dari Nabi SAW). Jiwa yang tenang lagi tenteram pasti hadir apabila kita mengingati Allah.

"Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram" 
( Ar-Ra'd: 28)

Antara kelebihannya....

1. Dimulakan dengan "Aku berlindung dengan Allah yang Maha Mendengar, Lagi Maha Mengetahui dari gangguan syaitan yang terkutuk"
(Menunjukkan setiap jiwa kita mesti menyerahkan diri kepadaNYA sebelum melakukan aktiviti dan berusaha menghindarkan diri dari sesuatu yang boleh menyesatkan dari mengingati Allah).

2. Memuji Kebesaran Allah, Bertasbih
3. Doa teguh pendirian dalam Islam
4. Mensyukuri nikmat pemberianNya
5. Mengakui Segala Nikmat Dari Allah
6. Meninggikan Asma'NYA
7. Menghindari diri dari Syirik (yang disedari mahupun tidak)
8. Berlindung dari kejahatan Makhluk
9. Menghindari dan melindungi diri dari sifat sedih dan gelisah, lemah diri dan malas, pengecut dan bakhil, serta dari cengkaman hutang dan penindasan orang. 
10. Memohon dilimpahkan kesihatan yang baik (Termasuklak tubuh badan, pendengaran dan penglihatan)
11. Mohon dihindari daripada kekakafiran dan kemiskinan (kefakiran) serta dari azab kubur.
12. Memohon Keampunan Allah

Membaca mathurat tidak perlukan masa yang lama. Alangkah indahnya sekiranya sedikit masa kita diluangkan khas untuk bacaan mathurat dalam sehari.Lebih elok jika kita menghafalnya. Tak kira tempat dan masa, ianya mudah meniti di bibir dan di hati. Contohnya ketika memandu ke tempat kerja, sambil menunggu traffic light hijau, sambil menunggu pesakit datang, sambil membancuh air dan sambil  itu dan sambil ini....mengingati allah tidak mengira tempat dan masa..Ayuh sahabat2 sekalian :)  Perbuatan yang di'paksa' pada awalnya pasti menjadi satu 'tabiat' yang sukar untuk ditinggalkan. Pasti, hidup akan merasa lebih tenang.... :);)

Al-Mathurat ini adalah hadiah daripada arwah Teacher Wanorhiza semasa Form 2. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan solehah.


Nukilan:
Cahaya Yang Menerangi®

Kata-kata motivasi

Untuk memperbaiki manusia, baiki HATInya, untuk membaiki hati manusia, baiki dahulu SOLATnya.

Jadi Agen Kebaikkan sedari awal pagi

Islamic Calendar

Followers

Temujanji dgn ALLAH

noormunirahaab.blogspot.com. Powered by Blogger.
banner 1 banner 2