·kesucian zikir
(kebersihan hati) dan kekuatan fikir (kecanggihan
teknologi)
Teladan/Sumber ambilan:
Nabi Muhammad SAW:
Bidang: ketenteraan, perniagaan,
memimpin Negara, etc
Faktor kejayaan: Profesional dan
kelakuan baik
Contoh:
Dalam bidang perniagaan: Memperoleh keuntungan yang besar dalam perniagaan yang
diamanahkan oleh Siti Khadijah.
::Mukmin>Kelakuan yang baik> Jujur, amanah, tidak menipu
etc.
::Profesional>Kepakaran
yan tinggi>
Strategi perniagaan : Menepati waktu, pakar dalam komunikasi, kemahiran interpersonal,
memahami kehendak klien , arif tentang kemudahan infrastruktur dan musim
Komponen:
7 Langkah
7
langkah
Langkah-langkah
Mukmin
Profesional
Langkah 1
Menentukan arah hidup
Hidayah: Petunjuk Hidup
Langkah 2
Menetapkan tujuan hidup
Ibadah: Tujuan Hidup
Langkah 3
Mengikut jalan Islam
Syariat: Jalan Hidup
Langkah 4
Menyediakan bekalan hidup
Solat: Bekalan Hidup
Langkah 5
Memiliki pendorong hidup
Zikir: Pendorong Hidup
Langkah 6
Mengatasi halangan hidup
Dosa: Penghalang Hidup
Langkah 7
Menghadapi kesudahan hidup
Mati: Pengakhiran Hidup
Menentukan arah hidup:
Hidayah
Kita umpama pengembara di dunia ini. Berpindah dari alam roh ke alam dunia,
dengan singgah sebentar di alam rahim. Kemudian berpindah lagi ke alam barzakh.
Dan alam barzakh ibarat R&R (pusat perhentian) sebelum kealam masyar.
Di alam dunia, disini la kita menanam benih dan di akhirat kelak kita akan
menuainya. Namun berpandu apakah untuk kita menanam. Itulah dia HIDAYAH.
Kalau di hutan belantara kita perlukan kompas untuk mengelakkan sesat,
maka di dunia ini kita perlukan hidayah sebagai petunjuk arah dalam kehidupan.
Hidayah
adalah petunjuk daripada Allah buat manusia dalam pengembaraannya yang panjang
itu!
2.
Menetapkan tujuan hidup: Ibadah
Adalah penting untuk mengetahui tujuan (VISI & MISI) kita dihantar
ke dunia ini.
Visi hidup seorang mukmin ialah
untuk mendapat kebaikan di dunia dan di
akhirat serta selamat daripada api
neraka.
Apakah yang dimaksudkan kebaikan di duniadan kebaikan di akhirat?.
Di dunia ini adalah untuk memiliki kemudahan dan keselesaan hidup,juga
ketenangan dan kebahagiaan. Di akhirat pula untuk mendapat keredhaan dan
keampuanan Allah dan syurga yang abadi. Macam manakah untuk mencapainya. Ialah dengan adanya misi hidup.
Misi kita ke dunia ini ialah
menjadi hamba Allah dan Khalifah Allah dengan cara 24 jam
beribadah.
24 jam itu tidak mustahil kerana Allah sudah nyatakan dalam firmanNya
tujuan manusia dihantar ke dunia adalah untuk beribadah kepadaNya. Ibadah itu tidak
terhad kepada solat semata-mata. Ibadah
itu luas definisinya, temasuk ibadah asas (solat, puasa etc), ibadah sunat
(Bacaan Al-Quran, solat-solat sunat etc) dan ibadah umum (kerja , muamalat sesama
manusia dan makhlukNya, etc). Yang penting niat sesuatu amalan itu kerana Allah
semata-mata.
Ibadah
adalah misi hidup yang menjadi penjamin untuk mencapai ‘visi hidup’ di dunia
dan akhirat: tujuan dan keperluan; juga material dan kerohanian.
3. Mengikut Jalan
Islam: Syariat
Tanpa jalan yang betul, visi dan misi yang tepat sekalipun tidak akan
kesampaian.Menempuh jalan yang benar lebih penting daripada kemenangan.
Jalan Islam itu ialah jalan yang lurus. Teladan di jalan lurus itu
ialah berdasarkan ayat dalam surah Al-Fatihah: Orang yang telah diberi nikmat,
bukan jalan yang dimurkai Allah, dan juga bukan jalan orang yang
sesat.
Ada beberapa tahap yang perlu dilalui untuk merasa nikmat di jalan
ini. Belajar-Amal-Rasai-
Cintai. Tak kenal maka tak cinta. Maka belajarlah untuk mencintai. Maka
apabila sudah berada di tahap kenal & cinta ini, maka sempurnalah langkah
kita menuju Allah melalui jalan yang lurus.
Syariat
Islamadalah jalan yang lurus dan tulus
menuju Allah. Kebahagiaan bukan hanya ada dihujung jalan, tetapi disepanjang jalan.
4. Menyediakan
Bekalan Hidup: Solat
Untuk melalui jalan hidup (syariat islam) seperti juga melalui jalan
kembara di dunia, kita perlukan bekalan.Namun bekalannya bukan berbentuk fizikal seperi makanan dan minuman,
tetapi dalam bentuk kejiwaan.Bekalan
yang terbaik ialah takwa. Dan cara yang paling utama untuk mendapat takwa ialah
dengan mendirikan solat. Orang yang solat umpama orang yang berhubung dengan
Allah.
“ Kupandang solat sangat penting. Sesiapa yang menjaga solat bermakna
dia akan menjaga hukum Allah yang lain. Tetapi sekiranya dia tidak mengerjakan
solat, dia juga berkemungkinan meninggalkan amalan-amalan Islam yang lain.” –
(Saiyidina Umar al-Khattab)
Solat mampu mencegah seseorang itu dari melakukan kemungkaran.
Sekiranya ada yang bersolat, tetapi masih melakukan maksiat dan tidak mampu
mencegah kemungkaran, pasti ada yang tidak kena pada solatnya. Mungkin pada
ilmunya, atau pada penghayatan, atau pada mujahadah sepanjang melakukan solat
atau kegagalan kita memenuhi segala tuntutannya.
Solat
adalah silah- hubungan yang menjadi ‘energi’ hati, emosi, akal dan fizikal
dalam kehidupan.
5. Memiliki Pendorong
Hidup: Zikir
Kita dituntut untuk mengingati Allah sepanjang masa. Solat sahaja
tidak mampu untuk membawa kita sentiasa mengingati Allah. Ini kerana solat
hanya pada waktu tertentu. Jadi, tambahan kepada solat adalah zikir. Zikir itu
pada mengingati Allah. Bila? Setiap masa tatkala diuji senang atau susah, kaya
atau miskin, sihat atau sakit , berjaya atau gagal. Itulah hitam putih dalam
kehidupan pengukur kepada tara iman dan kufur seseorang.
Zikrullah
adalah syarat bahagia bila rasa kehambaan dan rasa bertuhan dapat dihayati
semasa menimba hikmah tersirat disebalik ujian.
6. Mengatasi
Halangan Hidup: Dosa
“Dosa ialah apa yang menimbulkan
resah di hati kamu dan kamu benci jika ia dilihat orang”- (Sahih Muslim)
Dosa adalah penghalang dalam kembara kita untuk mencapai kecemerlangan
dunia dan akhirat. Belajarlah dari pendosa-pendosa yang diceritakan di dalam Al-Quran,
kerana Allah ceritakan ia untuk di ambil iktibar oleh umat terkemudian.
Kejahatan itu bukan satu kebetulan, tapi ia satu kebiasaan yang
terbentuk secara perlahan-lahan, tahap demi tahap. Akibatnya DOSA. Akibatnya
memudaratkan hidup sehingga ke hujung jiwa jika tiada taubat yang menerpa.
Dosa
adalah belenggu penjerat jiwa yang menjanjikan resah dan lemah. Taubat adalah
wadah kemerdekaan menuju Allah.
7. Menghadapi
Kesudahan Hidup: Mati
MATI. Ia ialah langkah terakhir. Bukan langkah terakhir dalam siri
kembara kita keseluruhanya.Tapi langkah terakhir di dunia. Dalam Islam, mati
bukanlah pengakhiran, tetapi mati adalah langkah pertama menuju kepada satu kehidupan
yang tidak akan mati lagi.
Berdepan dengan isu kematian, manusia umumnya boleh dikategorikan
kepada tiga : orang yang LUPA,TAKUT atau INGAT mati. Yang manakah kita?
Mati itu boleh datang bila-bila masa. Tidak tunggu sakit, kemalangan,
bencana, hatta dalam tidur pun boleh mati.Bersedialah.
Mati itu terlalu sakit.
Gerunnya menghadapi mati adalah tatkla sakaratul maut. Melihat wajah
malaikat maut, malaikat Izrail. Malikat Izrail akan datang dengan wajah berbeza
bergantung pada amalan seseorang di atas dunia.
Mati
bukanlah satu pengakhiran, tetapi satu permulaan kepada satu perjalanan yang
tidak akan berakhir. Ia petanda awal,….sama ada akan bahagia atau derita,
selamanya!
Saya rumus:
“Cara mati
seseorang ditentukan oleh cara hidupnya”
(Imam al-Ghazali)
Jadi, marilah bervisikan
kecemerlangan di dunia dan akhirat dengan bermisikan 24 jam beribadah tatkala ditaklifkan
(diamanahkan) sebagai hamba dan khalifah di atas pentas dunia yang sementara
ini. Visi dan misi ini mesti disejajarkan dengan berhidup di atas jalan syariat
yang digariskan Allah berbekalkan solat dan zikir. Mekarkan kerendahan hati
dengan sentiasa bertaubat agar dosa bukan penghalang untuk kita ke syurgaNya.
Semoga pengakhiran di dunia ini dengan husnul khotimah untuk permulaan
kehidupan ke-2 yang lebih abadi nan membahagiakan. Jadilah seorang Mukmin
Profesional.
Rasanya tidak keterlaluan untuk mengatakan buku ini buku wajib ada di
setiap rumah muslim khususnya, dan buku rujukan untuk non-muslim amnya. Jadi,
sangat digalakkan untuk membeli, dijadikan koleksi sendiri dan yang penting
harus BACA dan BACA (Iqra’)….Ke arah hidup yang lebih bervisi dan bermisi J
Ini adalah catatan ke tempat kerja, bukan saja-saja saya mencatatnya, namun ianya untuk saya renungkan hikmah, bukan setakat waktu ini, dan semoga ada pengajaran yang boleh diambil kepada pembaca...
Tatkala semua sibuk membawa diri ke pusat rezeki, saya pun juga memulakan langkah. Namun sebelum itu, Allah gerakkan hati untuk memeriksa keadaan tangki air kereta...Nah, ia kosong,amat.. walaupun baru 2 hari yang lepas baru diisi.Jadi ia agak menunjukkan 'sign&symptom" yang tidak positif. Air diisi dan perjalanan bermula...Terima kasih Allah mengerakkan hati memeriksa keadaan tangki air.
Perjalanan bermula. Ia tidak dekat, tidak juga terlalu jauh, lebih kurang 40 minit perjalanan(kebiasaan). Dari Cheras, saya susuri lebuhraya KESAS ke Shah Alam, dan ia tidak seperti hari biasa...
kalau hari2 biasa boleh 'pecut' tanpa risau keadaan kereta yang dipandu...
namun hari ini agak kena berjaga-jaga...
Kalau ikut pengalaman sebelum ini, temperature biasanya naik selepas 20 minit perjalanan selepas air diisi.
Jadi saya kena berjaga-jaga, boleh kata setiap minit tengok temperature level.. Alhamdulillah, sentiasa dalam keadaan normal..
Dalam hati tidak putus berharap pada yang Esa, Allah SWT..
Sebelum masuk exit ke Shah Alam, saya singgah dulu di Petrol station untuk 'relek'kan kereta...Alhamdulillah, temperature masih maintain selepas 35 minit perjalanan...dan ini dengan Izin Allah, dan ini kerja Allah...Terima kasih Allah kerana mempermudahkan sampai saat ini..
Meneruskan perjalanan memasuki exit ke Shah Alam, dalam tahap yang lebih sukar kerana harus menempuh himpunan kereta yang berpusu-pusu untuk ke Shah Alam dan beberapa lampu isyarat, ini tahap sukar dengan keadaan kereta seperti itu...Namun, Allah tenangkan hati, paksikan sahaja keyakinan kepadaNya, Allah sentiasa bersama, tawakal padaNya,....alhamdulillah temperature tetap maintain walaupun kereta sudah menandakan ketidaktahanannya...kereta mula ber'getar' tapi masih boleh dipandu...tenang, dan harus tenang,,,dalam hati harus mengaharapkan kemudahan dari Allah...Terima kasih Allah dengan kurniaan perasaan yang tenang dan pengharapan kepadaMu...
Jem diredah, trafic light di lepasi, roundabouts di susuri....Alhamdulillah tiba di tempat kerja, yang mengambil masa hampir 1 jam untuk hari ini kerana berlaku sedikit kesesakan jalanraya...Subhanallah, ia juga kerja Allah yang memudahkan untuk tiba dengan selamat dan mudah....Terima kasih Allah. Masuk saja tempat parking, jarum temperature mula bergerak ke atas,meluahkan ketidaktahanannya, nah, temperature sudah naik!..dan , secara fizikalnya atau teknikalnya, temperaturenya memang dijangkakan akan naik kerana saya yakin ada something happen pada tangkinya dan ini juga berdasarkan pengalaman lalu, namun bila ia nak naik itu luar kawalan kita....dan saya yakin setiap sesuatu akan berlaku hanya dan hanya dengan IZIN ALLAH. Dan dalam setiap kesusahan, paksikan keyakinan kita pada Allah bilamana kita buntu jalan penyelesaiannya. InsyaAllah dipermudahkan, dan nikmat Allah itu sangat besar. Terima kasih Allah kerana bukan di atas jalanraya yang jem, namun diparking. 'Ala kulli hal Alhamdulillah.
Syukur pada Allah. Catatan ini ditulis bukan mengharapkan apa2, bukan menunjukkan apa2, ia ditulis sebagai pengajaran untuk saya dan pembaca, hamba2 yang dhaif ini. HAMBA itu perlukan TUHAN. Tidak kira keadaan, tempat dan waktu.
Harap pada Allah itu bukan pada waktu susah sahaja, juga dikala senang. Tatkala senang kita syukur, tatkala susah kita sabar. Sungguh nikmat perasaan itu. :)
"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada azab kubur; daripada azab api neraka jahanam; daripada fitnah ketika hidup dan mati; dan daripada fitnah Al-Masih Dajjal".
Doa Nabi Zakaria AS agar dikurniakan Zuriat Yang Baik
"Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan". (Ali-'Imran 3: 38)