Saturday, 20 April 2013

Mukmin Profesional



Mukmin Profesional:
(by Ustaz Pahrol Mohamad Juoi)

Apa:

Mukmin: Baik ahlaknya & kelakuannya
Professional: Baik pekerjaannya

Menyejajarkan dan menyepadukan
·         pelaksanaan fardu ain dan fardu kifyah.
·         tanggungjawab hamba dengan khalifah
·         kesinambungan ilmu naqli dengan aqli
·         kesucian zikir (kebersihan hati) dan kekuatan fikir (kecanggihan teknologi)

Teladan/Sumber ambilan:

Nabi Muhammad SAW:
Bidang: ketenteraan, perniagaan, memimpin Negara, etc
Faktor kejayaan: Profesional dan kelakuan baik
Contoh: Dalam bidang perniagaan: Memperoleh keuntungan yang besar dalam perniagaan yang diamanahkan oleh Siti Khadijah.

::Mukmin  > Kelakuan yang baik > Jujur, amanah, tidak menipu etc.
::Profesional >  Kepakaran yan tinggi > Strategi perniagaan : Menepati waktu, pakar dalam komunikasi, kemahiran interpersonal, memahami kehendak klien , arif tentang kemudahan infrastruktur dan musim

Komponen:

7 Langkah
7 langkah
Langkah-langkah
Mukmin Profesional
Langkah 1
Menentukan arah hidup
Hidayah: Petunjuk Hidup
Langkah 2
Menetapkan tujuan hidup
Ibadah: Tujuan Hidup
Langkah 3
Mengikut jalan Islam
Syariat: Jalan Hidup
Langkah 4
Menyediakan bekalan hidup
Solat: Bekalan Hidup
Langkah 5
Memiliki pendorong hidup
Zikir: Pendorong Hidup
Langkah 6
Mengatasi halangan hidup
Dosa: Penghalang Hidup
Langkah 7
Menghadapi kesudahan hidup
Mati: Pengakhiran Hidup


  1. Menentukan arah hidup: Hidayah

Kita umpama pengembara di dunia ini. Berpindah dari alam roh ke alam dunia, dengan singgah sebentar di alam rahim. Kemudian berpindah lagi ke alam barzakh. Dan alam barzakh ibarat R&R (pusat perhentian) sebelum kealam masyar.

Di alam dunia, disini la kita menanam benih dan di akhirat kelak kita akan menuainya. Namun berpandu apakah untuk kita menanam. Itulah dia HIDAYAH.
Kalau di hutan belantara kita perlukan kompas untuk mengelakkan sesat, maka di dunia ini kita perlukan hidayah sebagai petunjuk arah dalam kehidupan.

Hidayah adalah petunjuk daripada Allah buat manusia dalam pengembaraannya yang panjang itu!

2. Menetapkan tujuan hidup: Ibadah     

Adalah penting untuk mengetahui tujuan (VISI & MISI) kita dihantar ke dunia ini.
Visi hidup seorang mukmin ialah untuk mendapat kebaikan di dunia dan di akhirat serta selamat daripada api neraka.
Apakah yang dimaksudkan kebaikan di duniadan kebaikan di akhirat?.
Di dunia ini adalah untuk memiliki kemudahan dan keselesaan hidup,juga ketenangan dan kebahagiaan. Di akhirat pula untuk mendapat keredhaan dan keampuanan Allah dan syurga yang abadi. Macam manakah untuk mencapainya.  Ialah dengan adanya misi hidup.

Misi kita ke dunia ini ialah menjadi hamba Allah dan Khalifah Allah dengan cara 24 jam beribadah.
24 jam itu tidak mustahil kerana Allah sudah nyatakan dalam firmanNya tujuan manusia dihantar ke dunia adalah untuk beribadah kepadaNya. Ibadah itu tidak terhad kepada solat semata-mata.  Ibadah itu luas definisinya, temasuk ibadah asas (solat, puasa etc), ibadah sunat (Bacaan Al-Quran, solat-solat sunat etc) dan ibadah umum (kerja , muamalat sesama manusia dan makhlukNya, etc). Yang penting niat sesuatu amalan itu kerana Allah semata-mata.

Ibadah adalah misi hidup yang menjadi penjamin untuk mencapai ‘visi hidup’ di dunia dan akhirat: tujuan dan keperluan; juga material dan kerohanian.

3. Mengikut Jalan Islam: Syariat

Tanpa jalan yang betul, visi dan misi yang tepat sekalipun tidak akan kesampaian.Menempuh jalan yang benar lebih penting daripada kemenangan.

Jalan Islam itu ialah jalan yang lurus. Teladan di jalan lurus itu ialah berdasarkan ayat dalam surah Al-Fatihah: Orang yang telah diberi nikmat, bukan jalan yang dimurkai Allah, dan juga bukan jalan orang yang sesat.

Ada beberapa tahap yang perlu dilalui untuk merasa nikmat di jalan ini. Belajar-Amal-Rasai- Cintai. Tak kenal maka tak cinta. Maka belajarlah untuk mencintai. Maka apabila sudah berada di tahap kenal & cinta ini, maka sempurnalah langkah kita menuju Allah melalui jalan yang lurus.

Syariat Islam  adalah jalan yang lurus dan tulus menuju Allah. Kebahagiaan bukan hanya ada dihujung jalan, tetapi disepanjang jalan.

4. Menyediakan Bekalan Hidup: Solat

Untuk melalui jalan hidup (syariat islam) seperti juga melalui jalan kembara di dunia, kita perlukan bekalan.  Namun bekalannya bukan berbentuk fizikal seperi makanan dan minuman, tetapi dalam bentuk kejiwaan.  Bekalan yang terbaik ialah takwa. Dan cara yang paling utama untuk mendapat takwa ialah dengan mendirikan solat. Orang yang solat umpama orang yang berhubung dengan Allah.

“ Kupandang solat sangat penting. Sesiapa yang menjaga solat bermakna dia akan menjaga hukum Allah yang lain. Tetapi sekiranya dia tidak mengerjakan solat, dia juga berkemungkinan meninggalkan amalan-amalan Islam yang lain.” – (Saiyidina Umar al-Khattab)

Solat mampu mencegah seseorang itu dari melakukan kemungkaran. Sekiranya ada yang bersolat, tetapi masih melakukan maksiat dan tidak mampu mencegah kemungkaran, pasti ada yang tidak kena pada solatnya. Mungkin pada ilmunya, atau pada penghayatan, atau pada mujahadah sepanjang melakukan solat atau kegagalan kita memenuhi segala tuntutannya.

Solat adalah silah- hubungan yang menjadi ‘energi’ hati, emosi, akal dan fizikal dalam kehidupan.

5. Memiliki Pendorong Hidup: Zikir

Kita dituntut untuk mengingati Allah sepanjang masa. Solat sahaja tidak mampu untuk membawa kita sentiasa mengingati Allah. Ini kerana solat hanya pada waktu tertentu. Jadi, tambahan kepada solat adalah zikir. Zikir itu pada mengingati Allah. Bila? Setiap masa tatkala diuji senang atau susah, kaya atau miskin, sihat atau sakit , berjaya atau gagal. Itulah hitam putih dalam kehidupan pengukur kepada tara iman dan kufur seseorang.

Zikrullah adalah syarat bahagia bila rasa kehambaan dan rasa bertuhan dapat dihayati semasa menimba hikmah tersirat disebalik ujian.


6. Mengatasi Halangan Hidup: Dosa

Dosa ialah apa yang menimbulkan resah di hati kamu dan kamu benci jika ia dilihat orang”- (Sahih Muslim)

Dosa adalah penghalang dalam kembara kita untuk mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat. Belajarlah dari pendosa-pendosa yang diceritakan di dalam Al-Quran, kerana Allah ceritakan ia untuk di ambil iktibar oleh umat terkemudian.

Kejahatan itu bukan satu kebetulan, tapi ia satu kebiasaan yang terbentuk secara perlahan-lahan, tahap demi tahap. Akibatnya DOSA. Akibatnya memudaratkan hidup sehingga ke hujung jiwa jika tiada taubat yang menerpa.

Dosa adalah belenggu penjerat jiwa yang menjanjikan resah dan lemah. Taubat adalah wadah kemerdekaan menuju Allah.

7. Menghadapi Kesudahan Hidup: Mati

MATI. Ia ialah langkah terakhir. Bukan langkah terakhir dalam siri kembara kita keseluruhanya.Tapi langkah terakhir di dunia. Dalam Islam, mati bukanlah pengakhiran, tetapi mati adalah langkah pertama menuju kepada satu kehidupan yang tidak akan mati lagi.

Berdepan dengan isu kematian, manusia umumnya boleh dikategorikan kepada tiga : orang yang LUPA,TAKUT atau INGAT mati. Yang manakah kita?

Mati itu boleh datang bila-bila masa. Tidak tunggu sakit, kemalangan, bencana, hatta dalam tidur pun boleh mati.  Bersedialah.

Mati itu terlalu sakit.

Gerunnya menghadapi mati adalah tatkla sakaratul maut. Melihat wajah malaikat maut, malaikat Izrail. Malikat Izrail akan datang dengan wajah berbeza bergantung pada amalan seseorang di atas dunia.

Mati bukanlah satu pengakhiran, tetapi satu permulaan kepada satu perjalanan yang tidak akan berakhir. Ia petanda awal,….sama ada akan bahagia atau derita, selamanya!

Saya rumus:

“Cara mati seseorang ditentukan oleh cara hidupnya”
(Imam al-Ghazali)

 Jadi, marilah bervisikan kecemerlangan di dunia dan akhirat dengan bermisikan 24 jam beribadah tatkala ditaklifkan (diamanahkan) sebagai hamba dan khalifah di atas pentas dunia yang sementara ini. Visi dan misi ini mesti disejajarkan dengan berhidup di atas jalan syariat yang digariskan Allah berbekalkan solat dan zikir. Mekarkan kerendahan hati dengan sentiasa bertaubat agar dosa bukan penghalang untuk kita ke syurgaNya. Semoga pengakhiran di dunia ini dengan husnul khotimah untuk permulaan kehidupan ke-2 yang lebih abadi nan membahagiakan. Jadilah seorang Mukmin Profesional.

Rasanya tidak keterlaluan untuk mengatakan buku ini buku wajib ada di setiap rumah muslim khususnya, dan buku rujukan untuk non-muslim amnya. Jadi, sangat digalakkan untuk membeli, dijadikan koleksi sendiri dan yang penting harus BACA dan BACA (Iqra’)….Ke arah hidup yang lebih bervisi dan bermisi J


Cahaya Yang Menerangi

Kata-kata motivasi

Untuk memperbaiki manusia, baiki HATInya, untuk membaiki hati manusia, baiki dahulu SOLATnya.

Jadi Agen Kebaikkan sedari awal pagi

Islamic Calendar

Followers

Temujanji dgn ALLAH

noormunirahaab.blogspot.com. Powered by Blogger.
banner 1 banner 2